Bab 16 - Demam?

Romance Completed 27688

Awdra mengerling Tengku Fairose di sebelahnya yang sedang ketawa sakan sambil tangan tak henti menyumbat popcorn masuk ke dalam mulut. Rasanya dia sudah berjanji dengan Tengku Cairel untuk berjumpa Mummy lelaki itu. Tapi adiknya pula yang datang.

"Fai, "

Punya lama Tengku Fairose membebel di dalam kereta sepanjang perjalanan tadi disebabkan dia memanggil gadis itu dengan nama penuhnya. Bernanah jugalah telinga mendengar. 'Call me Fai, or not I'll countinue nagging untill my face get into you dreams'. Huh, seriau.

"Yes? "

"Mana Tengku Cairel? "

"Abang Rel? Oh, abang Rel demam. "

Terbeliak mata Awdra. Terus dia memusing bahu menghadap Tengku Fairose.

"Demam?! "

Patut lah sudah tiga hari lesap tanpa khabar. Kali terakhir berhubung mesej pun tiga hari lepas. Itupun mesej untuk berjumpa hari ini namun adiknya pula muncul. Aneh dan pelik.

"Ha'ah. Tiga hari lepas. "

"Macam mana boleh demam? "

"Entah lah. Food poisoning kut. Lepas dia balik dari jumpa client dia, terus muntah-muntah. Esoknya demam. "

"Dia okay? " soal Awdra prihatin.

Senyuman lebar Tengku Fairose kelihatan dengan bantuan cahaya samar-samar panggung wayang. Nampak macam mahu ketawa pun ada.

Kejap, kejap. Kelakar sangat ke soalan aku?

"Wow, Sis. Dah mula care pasal Abang Rel ke? " giat Tengku Fairose.

"Eh, mana ada. " nafi Awdra.

Aku? Care?

Aku tanya je. Tanya bukan maksudnya care. Ya ke?

"Betul ke? " giat Tengku Fairose.

"Betul lah. Saya tanya je, "

Suasana kembali kekok. Masing-masing hanya memandang layar perak yang sedang menayangkan filem Avenger The End Game.

"Sis, lepas ni Mum nak jumpa. "

Haa sudah. Nak jumpa pulak? Haritu bukan main lagi tenung aku macam nak baham. Ni tiba-tiba nak jumpa. Nak baham aku betul-betul kah?

"Jumpa untuk? "

"Jumpa lah. You kan bakal menantu dia, "

Adoyai apa Tengku Cairel ni dah cakap dengan family dia? Hey, siapa kata aku nak kahwin dengan Tengku Cairel? Tak ada! Siapa kata?!

"Er.. I thought she doesn't like me? "

"Dulu ya lah. Sekarang suka. Hari-hari request dengan Abang Rel suruh bawak You jumpa dia. "

"Bila nak jumpa? "

"Lepas habis movie ni kita pergilah, " ujar Tengku Fairose.

Awdra mengangguk faham. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Dini!

"Fai, awak kenal Tengku Houdini? " soal Awdra.

Dahi gadis awal 20-an itu terus berkerut. Perlahan-lahan dia menoleh memandang Awdra. Kening jangan kata lah. Tinggi sebelah macam Ziana Zain.

"Mana You kenal dia? "

Pelik. Setahu dia, Tengku Houdini sudah lima tahun hilangkan diri sejak Sai pergi. Macam mana Awdra boleh kenal Dini sedangkan lelaki itu sudah lama menghilang?

"Oh, kami terlanggar masa kat airport haritu. Lepastu selalu lah jumpa. Saja tanya Fai sebab nama depan sama kan? Dua-dua Tengku. Kut-kut adik-beradik ke. Mana tahu? "

Makin berkerut dahi Tengku Fairose. Houdini sudah pulang ke Malaysia? Bila? Kenapa dia tak tahu pun?

"Er, Awdra. The movie ended. Jom? Kita gerak pergi rumah, " ajak Tengku Fairose.

Awdra hanya akur. Dia berjalan hanya selang beberapa langkah dari Tengku Fairose. Minda dipenuhi pelbagai soalan. Apa yang Tengku Fairose cuba rahsiakan?

"Sis, Fai pergi ambil kereta dulu. Tunggu kat East Wing. " pesan Tengku Fairose.

Awdra mengangguk. Sebaik saja Tengku Fairose melangkah pergi jauh darinya, satu keluhan dilepaskan. Dia memandang sekeliling. Kaki mula melangkah.

Dia belum cukup gila untuk jejakkan kaki di sini membelah-belah tak ingat dunia. Dia bukannya kaya macam Tengku Cairel. Duit berkepuk macam bantal kekabu gebu-gebu.

Memang arwah Papa ada wasiatkan harta. Tapi hampir keseluruhan sudah digunakan untuk membiayai kos perubatan Mama. Tiga hari selepas arwah Papa meninggal dunia, Mama terjatuh dari tangga.

Mama alami kerosakan tulang kaki yang kritikal. Mujur ketika itu Umirah ada di rumah. Sepatutnya awal lagi Mama perlu pembedahan. Cuma baru sekarang mereka dapat melunaskan hasrat itu. Ya lah, kontrak dia dengan Tengku Cairel ada juga manfaatnya.

"Panjang mengeluh, "

Awdra terus toleh belakang. Bibir mengukir senyum. Eh eh. Si handsome ni!

"Hai! "

"Hai. Jalan sorang je? "

"Eh, tak. Saya datang dengan kawan. Tengah tunggu dia ambil kereta. Awak? "

"Oh, saya saja jalan-jalan. Window shopping, " gurau Tengku Houdini.

Awdra ketawa kecil. Tengku Houdini kemudian terus menggosok belakang leher. Diserang rasa kekok pula tiba-tiba. Susah mahu kawal hati jika melihat gadis itu ketawa.

Entah. Dia sendiri keliru dengan hati sendiri. Rasa seperti dia sudah mula sukakan gadis serba hitam ini.

"Kawan saya dah sampai tu. Saya pergi dulu eh? Jumpa lagi, Dini. Bye, " Awdra melambai kecil.

"Bye, "

Tengku Houdini senyum nipis. Dia membalas lambaian Awdra. Dahi tiba-tiba berkerut melihat Ferrari 458 kuning itu.

"Fai? "

*****

"Rindunya Mum dengan bakal menantu Mum ni, "

Awdra senyum kelat. Sudah hampir lima minit wanita separuh abad ini memeluknya erat. Hampir hilang jiwa dia sekarang ini. Sesak nafas!

"Mum, lemas lah Awdra nanti. " tegur Tengku Fairose.

Mata Tengku Adeline terbeliak. Serta-merta dia meleraikan pelukannya. Awdra dibelek-belek cemas.

"Are you okay, my dear? I'm sorry. So sorry, "

"I'm okay, Auntie. Tak apa, " Awdra senyum.

"Dear, don't call me Auntie. Call me Mum. Mum. Okay? "

"Mum, " Awdra mengangguk laju.

"Good girl. "

"Sebelum Mum lupa, Awdra nak jenguk Cairel? " soal Tengku Adeline.

"Boleh ke?" Awdra menyoal kembali.

"Mesti lah boleh. Jom, " gamit wanita separuh abad itu.

Belum sempat Awdra mahu menolak, Tengku Adeline lebih dahulu menarik Awdra ikut berjalan bersamanya mendaki tangga. Tengku Adeline kemudian memulas tombol sebuah pintu kayu putih.

"Masuklah, "

Awdra akur. Dia melangkah masuk perlahan-perlahan. Dia duduk di birai katil, merenung figura Tengku Cairel yang sedang lena dibalut selimut tebal.

Di dahi lelaki itu ada kain putih yang dilipat menjadi segi empat. Sedikit basah, mungkin ingin meredakan panas badan lelaki itu.

Awdra tiba-tiba senyum sendiri. Serta-merta senyumnya mati.

Kejap. Kenapa aku senyum?

Entah lah. Tiba-tiba Tengku Cairel kelihatan kacak dalam keadaan begini. Selalu lelaki penuh dengan kata-kata menusuk seperti laser. Kini terbaring lemah melawan demam.

Gila kau ni, Awdra. Ingat pasal perjanjian tu. Olok-olok je. Cukup tiga bulan kau kena anggap kau dengan dia tak pernah berjumpa pun.

Hm, ya lah!

Awdra kemudian melarikan pandangan ke sekeliling ruang bilik. Kalau ruang tamu dah ekstravaganza, inikan pula bilik penghuni rumah. Kalau dia mahu ada bilik begini, jawabnya makan pasir tujuh keturunan.

Awdra bangkit. Tiba-tiba pergelangan tangannya digenggam lembut. Matanya terus terbeliak.

Sejuknya!

Dia pantas menoleh. Senyuman nipis dari Tengku Cairel yang berwajah pucat itu menyapa pandangan. Dia duduk kembali.

"You're here, "

"Er, saya kacau awak tidur ke? Sorry, "

Tengku Cairel menggeleng. Dia perlahan-lahan bangkit duduk bersandar.

"Jangan lah bangun. Baring je. Awak tak sihat tu, "

"It's okay. Setakat demam sikit ni tak
ada apa lah, " dalih Tengku Cairel.

"Awak okay? Dah pergi klinik? "

"Doctor said I'm okay. Food poisoning biasa je. Kenapa tanya? Concerned? " giat Tengku Cairel.

"Ma.. ma.. mana ada! Saya tanya je. Tiga hari tahu tak saya cuba call awak tak dapat. Alih-alih Fai datang rumah ajak saya datang sini, "

Tengku Cairel tiba-tiba ketawa. Dahi Awdra terus berkerut.

Apa yang kelakar? Aku tak rasa aku berjenaka. Tak ada apa yang lawak pun.

"Kenapa ketawa? "

"You're funny. Tahu pulak kau gelabah aku hilang tiba-tiba, "

"Cairel, ni tak kelakar tau. Kalau saya tahu awak sakit, awal lagi saya datang. "

"Eleh, cakaplah dah suka. "

"Hah? Apa dia? " Awdra tercengang.

"Tak ada apa. Fai ada kat bawah? "

"Ada, "

"Bekas kau nanti esok aku suruh Fai bagi. Aku tak sempat nak bagi haritu. "

"Take your time, "

Awdra bangkit dari duduknya. Getah rambut ditarik lalu rambut diikat semula.

"Nak pergi mana? "

"Balik lah, "

"Eh, tunggu lah dulu. Meluat sangat ke tengok muka aku ni? " soal Tengku Cairel bengang.

Meluat? Boleh lah jugak. Tapi tak ada lah meluat mana. Makin lama tengok, makin kuat aura handsome tu. Eheh, Awdra. Hati tu jaga. Jangan sampai suka.

"Awak baring je eh? Saya balik dulu, "

"Eh, Awdra! Tunggu, "

Laju saja Awdra melangkah keluar dari bilik tidur Tengku Cairel. Sengaja dia berjalan laju dek tak mahu Tengku Cairel bangkit dari katilnya.

"Eh, Awdra ada? " tegur Tengku Soelihah.

"Ha'ah, Nenda. Awdra dah nak balik dah, "

"Laa, awal lagi. Jom lah join lunch. Kak Dian dah siap masak dah tu, "

Awdra senyum nipis. Perutnya sudah berlagu rock kapak, tapi dia betul-betul mahu lari dari melihat wajah Tengku Cairel. Hati jadi haru! Tapi, mahu menolak kasihan pula Kak Dian.

"Jom lah. Nenda dah lama tak jumpa Awdra, " pujuk Tengku Soelihah.

Alahai.... ni aku lemah ni. Rasa bersalah pun ada. Adoi, serabut jadi Awdra Fitri ni!

"Please? " rayu Tengku Soelihah.

"Boleh, boleh. " Awdra senyum tayang gigi.

*****

Umirah duduk bersandar di kerusi ruang menunggu. Satu keluhan dilepaskan. Wajah ditongkat dengan kedua tangan.

Berat hatinya mahu mengikut permintaan Umairah. Hatinya tak sanggup. Tambah pula dengan keadaan Umairah yang begitu lemah.

"Saya berharap sangat kalau saya dah tak ada nanti, awak boleh tolong jagakan Raisya dan Rayyan untuk saya. Saya kalau boleh nak awak gantikan tempat saya andai saya dah tak ada satu hari nanti, "

Satu lagi keluhan berat dilepaskan. Kepala didongak lalu mata dipejam rapat. Hatinya berdoa moga segala rasa sesak ini sirna.

Telefon tiba-tiba berdering. Tangan lantas menyeluk ke dalam saku kot putihnya.

"Hm, ada apa? "

"Eh, kau kenapa ni? Lain macam je bunyinya? " Ariaa bersuara.

"Penat. Biasalah, "

"Lain macam eh kau punya biasa tu, "

"Kau nak apa ni? "

"Em, hujung minggu ni kau free? "

Umirah kerut dahi seketika. Minda sedang memikirkan kembali jadualnya. Risau andai ada overtime tiba-tiba.

"Tak ada apa-apa kut. Free je. Kenapa? "

"Jom, kita jalan-jalan. Kita teman Awdra cari barang untuk majlis tunang dia, "

"Hah? Awdra tunang?! "

*****

Berus di tangannya kejap ke kanan kejap ke kiri mencalit cat gouche biru lembut pada kanvas. Lukisannya sudah separuh siap.

Berus diletakkan ke atas palet cat. Dia duduk bersandar. Mata merenung lama lukisan yang separuh siap itu. Satu keluhan dilepaskan.

"Wah, siapa tu? Cantik, " puji Badriq.

Houdini menoleh. Dia hanya senyum nipis. Badriq kemudian duduk di sebuah bangku bulat tak jauh dari tempat duduk Houdini. Lama dia merenung hasil tangan Houdini.

"Siapa ni? Aku tak pernah nampak pulak dia dengan kau, "

"Aku baru kenal, "

"Ouh, " Badriq mengangguk.

"Dini, " panggil Badriq.

"Hmm, " Houdini berdehem. Tangannya bergerak menyambung kembali menyiapkan lukisannya.

"Kau pernah terfikir nak cari Sai? "

Terus Houdini menoleh memandang Badriq tajam. Seolah bengang dengan soalan lelaki itu. Macam cari masalah dengan orang.

"Kau apa masalah? "

"Aku tanya je mana tahu kau tahu pasal Sai, "

"Aku dah cari dia empat tahun, Bad. Apa yang aku jumpa? Tak ada, "

"Kau yakin kau dah cari kat semua tempat? Luar Malaysia? "

Wajah tegang Houdini beransur kendur. Sedikit sebanyak dia terfikir betulnya kata-kata Badriq. Tak semestinya Sai di dalam Malaysia. Puas dia cari. Memang tiada.

"Macam ni lah, aku tak nak seraburkan kepala otak kau. So, aku tak nak tanya lagi. Tapi aku nak tanya pasal lukisan tu, "

"Maksud kau? " Dahi Houdini terus berkerut.

"Maksud aku, apa nama dia? "

"Ni? " Jari telunjuk ditunjuk ke arah lukisan hampir siap itu.

"Haa lah. Lukisan mana lagi kau ni pun, "

"Oh, ni crush aku. " Houdini menyengih.

"Serious lah crush?! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience