Bab 8 - Tiba-tiba Caring?

Romance Completed 27688

"Korang dua ada apa nak jumpa ni? "

Awdra memandang Noah dan Julia silih berganti. Kedua tangan disilang menanti jawapan mereka berdua. Hari ini dia benar-benar mahu buat perhitungan. Arisa sudah dia suruh tunggu di lobi pusat membeli-belah ini.

"Awdra, "

Tidak semena-mena Julia menggengam lembut kedua tangan Awdra. Automatik Awdra jadi kaku. Terkesima, terkejut, terpanar. Segala jenis 'ter' lah ada.

"Aku minta maaf sangat-sangat. Aku sendiri tahu macam mana kau cintakan Noah. Tapi, aku ni kawan yang tak guna sebab dah tikam belakang kau. Aku.. aku... "
"It's okay, " Awdra senyum nipis.

Julia mengangkat wajahnya memandang Awdra. Tidak berkelip mata wanita itu memandang wajah Awdra yang iras seperti ibunya itu.

"Tapi, aku.. aku dah... "

"Ju, kadang-kadang dalam hidup ni tak semua benda yang kita nak kita dapat. Semua tu rezeki. Aku anggap aku dengan Noah memang tak ada jodoh. Aku percaya Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku. Lagipun, kau yang kenalkan aku dengan Noah dulu. Kau lebih berhak, Ju. "

Julia terkesima. Hatinya rasa tersentuh dengan kebaikan Awdra. Mengapalah wanita sebaik ini diduga dengan pelbagai dugaan? Dia lebih berhak hidup dengan lebih baik.

"Awdra, "

"Yes? " Awdra memandang Noah.

"Here. The invitation to our wedding. Saya harap awak boleh datang, "

"Really? "

Sampul putih saiz 4R yang dihulur Noah itu disambut. Sampul itu lantas dibuka. Kandungannya dibaca. Tersenyum-senyum Awdra sambil mata membaca tulisan di kad itu.

"Tahniah, korang! "

"Thanks to you too, Awdra. Sepanjang saya kenal awak, awak buat saya sedar. Sedar yang kalau cinta ni tak boleh dipaksa, " ucap Noah.

"You're welcome. By the way, kalau you guys free boleh lah kita jalan-jalan sama-sama, "

"Nice idea, Awdra. Aku harap sangat kau kan jumpa lelaki yang baik, yang sesuai dengan kau. " doa Julia.

"Insha Allah, " Awdra senyum nipis.

******

Awdra mendongak ke atas. Satu keluhan berat dilepaskan. Nafas dihela panjang Kurang sedikit rasa sesak yang tadi menghurung.

"Amboi, panjangnya mengeluh. Berat sangat ke masalah tu? " tegur Tengku Cairel disebelahnya.

"Tak ada apa lah, "

"Eleh, tak ada apa konon. "

Awdra hanya mengerling Tengku Cairel yang jelas tidak berpuas hati dengannya. Eleh, kekwat je lebih!

"Kenapa saya tak pernah nampak pun adik awak sebelum ni? "

"Siapa? Fai? "

Awdra mengangguk.

"Oh, she's always like that. Like a chocolate chip. Sometimes visible, sometimes invisible. Tak ada sesiapa pun dalam family aku tahu kat mana lokasi strategik dia, "

Awdra tersenyum. Sedikit sebanyak menghilangkan dukanya. Tangan kanan naik menyeka air yang hendak keluar di ekor mata.

"Are you crying, Awdra? " soal Tengku Cairel. Terus lelaki itu mengubah posisi menghadap Awdra.

"Habuk je ni. Tak ada apa pun, " Awdra senyum nipis.

"Liar. Kalau tak kenapa mata kau merah macam tu? "

Merah? Mata aku merah? Uish, obvious sangat ke aku menangis? Baru keluar sikit je air mata. Setitis belum cukup banyak lagi nak buat mata merah membengkak.

"Like I told you, habuk je. "

"Habuk lah sangat. Aku tahu lah kenapa kau nangis, "

Tengku Cairel kemudian menghirup teh ais ikat tepi yang dibeli di gerai tepi jalan tadi sebelum dia datang ke taman ini berjumpa Awdra. Kebetulan juga dia terjumpa Awdra di sini ketika dia sedang berjoging.

Tangan kanan memegang teh ais bungkus manakala tangan kiri mencekak pinggang sambil kepala terdongak ke atas sedikit ke kanan. Air dihirup menggunakan straw bagi menghilangkan dahaga.

Apa? Ingat Tengku-Tengku ni minum air 300 kali tapis je ke? Minum air emas? Kalau nak minum teh pun kena yang first class punya daun teh?

"Mana awak tahu? "

"Informer, " Tengku Cairel sengih.

Awdra mencebik. Informer tak habis-habis. Informer dia ni pun satu juga. Busy body betul. Aku ikat kat pokok kejap lagi baru tahu.

"Ni mesti sebab Noah nak kahwin kan? " teka Tengku Cairel.

Eh, macam mana dia tahu? Ha'ah lah, ada informer. Lupa pulak.

"Dia nak kahwin dengan siapa eh? Juwita? Junita? "

"Julia, "

"Yes, yes! Julia. She's your friend, Am I right? "

Awdra menganggukkan kepalanya. Tipu kalau dia kata dia sudah move on. Memang mulut boleh cakap move on. Tapi hati yang memendam. Minda yang mengenang.

"Jangan lah buat muka macam tu. Be happy. Mesti ada hikmah why he do that to you and why he chose he instead of you. "

Awdra hanya senyum hambar.

"Be happy, okay? Jangan tunjuk muka itik kau ni depan nenda dengan Mum aku nanti. "

Pantas Awdra menjeling tajam Tengku Cairel. Sempat pula mengutuk orang. Muka itik eh kau panggil aku?

"Kalau masih rasa down jugak, kau boleh je anggap yang aku ni your real fiancee. Just for three months. "

Awdra senyum nipis. Dia mengangguk perlahan.

Kalau lah. Kalau lah aku boleh buat macam tu, Cairel.

*****

Adriz menolak pintu selak wad. Dia tersenyum tatkala melihat isterinya, Umairah sedang diperiksa oleh doktor yang baru dia kenali beberapa hari lalu.

"Terima kasih, doktor. "

"Sama-sama, " Umirah senyum nipis.

"Em, Encik Adriz. Boleh kita bincang sekejap? "

Adriz mengangguk akur. Dia kemudian membuntuti Umirah ke sebuah bilik. Kerusi setentang dengan tempat Umirah duduk ditarik lalu dia duduk.

"Doktor ada apa nak cakap dengan saya? " soal Adriz.

"This is about Mrs. Umairah, "

Terasa jantungnya berdegup laju bilamana nama isterinya terpacul keluar dari mulut Umirah. Rasa gemuruh mula menyelubungi diri.

"What is it? "

Umirah mengeluh. Dia sudah berbincang dengan doktor seniornya, Dr. Azwa. Dr. Azwa sendiri kata Umairah ada peluang yang amat tipis untuk terus hidup. Kasihan pula mahu berterus-terang dengan Adriz.

"Daripada semua examination yang kami lakukan, Puan Umairah.... "

"Kenapa? Kenapa dengan isteri saya? "

"Dia..perlukan pembedahan segera. Organ hati Puan Umairah dah terlalu lemah untuk berfungsi. Kami terpaksa ikut saranan ahli farmasi untuk kurangkan dos ubat. Tapi kami risau dos yang sedikit tu kurang efektif untuk membantu mengurangkan skit di bahagian hati Puan Umairah. "

"Encik kena banyak-banyakkan bersabar. Banyak-banyak berdoa. Kami akan cuba ikhtiar sebaik mungkin, "

"Kejap, kejap. I.. I don't understand it. What are you trying to say? " Adriz kerut dahi.

"Isteri Encik dah tak ada banyak masa. Perlukan rawatan segera. "

Allahu Akbar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience