Umirah berkalih ke kanan. Kemudian ke kiri. Ada satu bau kurang selesa yang menusuk salur pernafasan. Cahaya terang lampu memaksa dia kembali memejam mata.
"Umi.. "
Umirah buka matanya. Wajah Awdra dan Arisa yang sedang tersenyum ke arahnya menyapa pandangan. Di sebelah kirinya berdiri Dr. Azwa dan Dr. Zahira. Tak jauh dari tempat empat orang wanita ini berdiri ada Adriz yang sedang duduk menunduk di sofa kecil.
"Umi.. Umi okay? " soal Dr. Zahira.
Umirah mengangguk lemah. Bibir merekahnya mengukir senyum.
"Syukur... Alhamdulillah, " ucap Arisa.
"Maira macam mana? Dia okay? " soal Umirah.
Terus mereka berempat berpandangan. Riak wajah masing-masing semacam resah. Seperti ada sesuatu yang mereka rahsiakan dari Umirah.
Awdra senyum nipis memandang Umirah. Tangan wanita itu digenggam kemas lalu diusap lembut.
"Umi.. Actually.. "
******
"Maira dari awal lagi memang tak nak teruskan pembedahan tu, "
"Dia minta dekat saya supaya pesan pada awak. Tolong jagakan Adriz, Raisya dan Rayyan untuk dia. "
Umirah ketap bibir menahan sebak. Air mata yang mengalir tak mahu henti dibiar membasahi tanah perkuburan yang masih merah itu. Batu nisan marmar putih dengan pahatan nama 'Nurul Umairah Binti Abdul Umair' digenggam erat.
"Aunty Umi, janganlah nangis lagi. Mama dengan Papa selalu cakap tak elok menangis depan kubur orang. " pujuk Raisya.
"Betul tu, ustazah Rayyan kat sekolah pun cakap macam tu. Kalau kita nangis banyak-banyak, nanti orang yang dah meninggal tu tak tenang. Sebab tu Raisy dengan Ayyan nangis sehari je. " tambah Rayyan.
Umirah seka air matanya. Dia berdiri dengan lutut lalu memeluk Raisya dan Rayyan. Kagum dengan sikap mereka yang matang biarpun dugaan ini terlalu berat bagi anak kecil seperti mereka.
"Papa nangis tak? " soal Umirah.
Sejak dari pagi tadi dia keluar dari hospital, lelaki itu langsung tak berkata walau sepatah. Fahamlah dia jika lelaki itu masih bersedih atas kehilangan isteri tercinta.
"Papa tak nangis pun. Papa yang cakap dekat Raisy dengan Ayyan supaya jangan nangis. Kalau tak nanti Mama pun sedih. " ujar Raisya.
Umirah senyum nipis. Kepala Raisya dan Rayyan diusap lembut.
"Aunty Umi, "
"Ya, Rayyan? "
"Sebelum Mama masuk wad dengan ramai jururawat tu kan, Mama cakap Raisy dengan Ayyan kena panggil Aunty Umi, Umi. "
Terbeliak mata Umirah.
Umi?
*****
"Lepas ni nak pergi mana? " soal Awdra.
"Balik lah kut. Tadi dah lawat Umi. Ke nak pergi jumpa Mum? "
Awdra pantas menggeleng. Jangankan jumpa Tengku Adeline, jejak depan rumah pun dia tak berani. Mustahil dia boleh lupa macam mana Tengku Adeline ajak dia shopping sakan beli pelbagai barangan. berjenama. Boleh putus urat kaki dibuatnya
"Dini ada dekat rumah? " soalnya.
Tengku Cairel yang sedang menghirup Slurpee 7E itu terus menoleh. Sebelah kening diangkat tinggi. Muka macam marah pun ada.
"How dare you asking about my brother? Aku tunang kau, kau tahu tak? "
Awdra cebik bibir. Tanya pasal Saidatul marah, tanya pasal Dini pun marah? Sudahlah dia menjadikan Tengku Adeline sebagai orang tengah untuk memujuknya tempoh hari. Itulah salah satu punca urat kaki Awdra bagai nak putus buat marathon satu mall.
"Tunang tu agreement je. Olok-olok, kan? "
Tengku Cairel mengeluh perlahan. Terada seperti ada satu bebanan yang menghempap kepala tiap kali Awdra mengungkit hakikat pertunangan ini.
Nak cakap ke tak ni eh?
"Awdra, "
"Hm? "
"Er... actually.. I... Er.. I... lo... "
Telefon Awdra yang berdering tiba-tiba mematikan niat Tengku Cairel menyambung bicara. Terus tangan menggaru kepala.
"Kejap eh? "
Tengku Cairel senyum hambar. Dia mengangguk.
"Ha.. ya ya, Doktor. Insha Allah, saya ingat. "
"Mama? Oh, Mama okay je. Adalah batuk batuk sikit. Effect ubat lah kut kan? "
"Ha, okay okay. Nanti saya pesan dekat Mama. "
"Wa'alaikumussalam... "
Awdra geleng kepala sambil tersenyum. Ada saja pesanan penaja dari Doktor Rabiyah.
"Siapa tu? "
"Oh, doktor yang rawat Mama. "
"Bak kejap telefon, " Tengku Cairel menyuakan tangan.
"Untuk? "
"Bagi je lah, "
Awdra ketap bibir. Mahu tak mahu terpaksa juga dia menghulur telefon di tangannya kepada Tengku Cairel.
Tengku Cairel membelek-belek telefon itu. Serta-merta mata terbeliak. Dia menoleh memandang Awdra dengan muka kurang puas hati.
"Mamat kerek? Seriously? "
Terkebil-kebil Awdra memandang Tengku Cairel kurang faham situasi.
"Hah? "
"This! "
Tengku Cairel menayang telefon kepada Awdra. Turun naik dadanya bernafas. Macam mahu membaham Awdra saja wajahnya. Tidak semena-mena Awdra ketawa.
"What so funny? "
"Tu Ris yang tukar, "
"Change it, "
"Change jadi apa? "
"Abang Cairel, "
"What?! "
*****
"Tambah lah lagi, jangan malu. "
Awdra mengangguk berkali-kali. Tulang pipi naik bengkak kerana asyik tersenyum. Perut dah sebu asyik makan. Ni kena suruh tambah lagi.
Habislah berapa kilometer aku nak kena lari ni esok?!
"Mum, dah lah tu. Awdra dah kenyang lah tu, " celah Tengku Cairel.
Kasihan pula melihat Awdra. Mum tak habis menceduk lauk dan nasi masuk ke dalam pinggan Awdra.
"Laa.. dah kenyang ke? " soal Tengku Adeline.
Awdra lambat-lambat mengangguk. Bibir disenyum sungging. Sempat dia mengerling Tengku Houdini yang semacam tiada selera mahu makan.
Tak sihat kut?
"Ehem, "
Tengku Cairel tiba-tiba berdehem. Terus Awdra memandang lelaki itu. Dahinya berkerut.
Apahal?
Muka macam cicak tokek kena pijak ekor.
Tengku Cairel ketap bibir. Geram je rasa. Kalau ikutkan hati dia, dah lama dia lempar adab jauh-jauh dan terus menjerit kingkong pada Awdra. Dari tadi asyik sibuk menjeling adiknya. Macam tak pernah jumpa lelaki.
Ai, jealous ke?
Mana ada! Concern je!
Cemburu tu adalah juga sikit. Mana taknya? Kalau tengok call log telefon Awdra, nama yang paling banyak kali muncul adalah 'Dini'. Apa semua ni?
"Mum, Dini nak keluar kejap. Tak ada selera. "
Tengku Houdini bangkit dari duduknya lalu melangkah keluar dari rumah. Jiwa terasa sesak duduk semeja dengan Awdra dan abangnya. Itu baru tunang, belum kahwin lagi. Tapi.. bukan kah mereka tunangan palsu?
Bangku kayu menghadap pemandangan laman rumah yang luas dipilih sebagai tempat duduk. Dia bersandar sambil dua tangannya disilang. Satu keluhan berat dilepaskan.
Dalam-dalam banyak-banyak orang, kenapa Awdra juga yang abangnya pilih? Bukan ramai lagi perempuan yang jauh lebih baik?
"Dini, "
Tengku Houdini menoleh kanan. Awdra berdiri tak jauh dari tempat dia duduk, sambil tersenyum.
"Kenapa tak makan? " soal Awdra.
"Tak ada selera, "
Awdra mengangguk faham. Dia duduk di ruang kosong sebelah Tengku Houdini duduk.
"Er.. awak dah habis makan ke? " soal Tengku Houdini.
"Dah, habis dah. Tengah tunggu abang awak mandi kejap. Dia nak tolong hantar saya balik, "
Tengku Houdini menganggukkan kepalanya. Kemudian dia menghela nafas dalam-dalam.
"Awdra, there's something you should know. "
"Apa dia? "
"Actually, saya mula simpan perasaan dekat awak. Dah lama dah, sejak the first time we met. " luah Tengku Houdini.
"Saya faham kalau awak tolak cinta saya. Ya lah, soon you'll be my sister-in-law. Sepatutnya saya tak boleh langsung ada perasaan ini towards you. "
Awdra senyum nipis. Tahulah dia mengapa selama ini lelaki di hadapannya semacam dihantui masalah tak berpenghujung.
Tengku Cairel genggam penumbuk. Bibir diketap kuat. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana sakitnya hati dia mendegar sendiri luahan hati Tengku Houdini. Terus dia berpaling lalu mendaki tangga. Pintu yang sudah terbuka sedikit itu dibiar tidak ditutup.
"Awak layak dapat orang yang lebih baik dari saya. Saya tak sekaya awak, Dini. Saya ni cuma hidup senang pun atas ihsan orang lain. Saya dan awak tak setaraf. Dan kalau Mum awak tahu pasal perjanjian saya dengan abang awak, mungkin saya kena pergi jauh dari sini. Hilang dari pandangan semua orang, "
Tengku Houdini senyum hambar. Kepala ditunduk memandang lantai.
"Insha Allah, Awdra. "
*****
"Buon compleanno, Saidatul..! " (Selamat Hari Lahir, Saidatul)
"Buon compleanno, Saidatul..! " (Selamat Hari Lahir, Saidatul)
"Buon compleanno, Saidatul..! " (Selamat Hari Lahir, Saidatul)
"Buon compleanno, Saidatul..! " (Selamat Hari Lahir, Saidatul)
Saidatul meniup lilin kek hari jadi satu tingkat itu. Bunyi tepukan tangan dan sorakan memenuhi segenap ruang. Semuanya meraikan sambutan hari lahir gadis itu.
"Forse questa è l'ultima volta che festeggiamo il tuo compleanno, Saidatul. Ci auguriamo che venga a trovarci spesso. (Mungkin ini adalah kali terakhir kamu sambut hari lahir bersama-sama kami. Kami harap selepas ini kamu kerap melawat kami di sini) " ujar Evra.
Saidatul senyum nipis. Dia mengangguk perlahan.
"Tornerò sicuramente a trovarvi tutti. Non preoccuparti. " (Saya pasti akan datang melawat kamu semua. Jangan risau.) " jamin Saidatul.
"Don't be sad. Come, "
Sarena mendepakan tangan ingin memeluk Saidatul. Saidatul kemudian memeluk erat Evra dan Sarena.
Telefon di atas meja makan tiba-tiba berdering. Terus mereka meleraikan pelukan.
"Who's that? " soal Sarena.
"Just a second, "
Saidatul kerut dahi melihat notifikasi missed call yang berderu-deru masuk itu. Kening pula terangkat sebelah melihat nama pemanggil. Nombor yang tidak dikenali.
Dia lantas mendail nombor itu. Seminit dua panggilannya dijawab.
"Sai, is that you? "
Mata Saidatul terbeliak besar. Terus dia menjauhkan sedikit skrin telefon dari telinga lalu melihat nama pemanggil. Kemudian dia melekapkan kembali skrin ke telinga.
"Mommy? "
Share this novel