Bab 12 - Merajuk!

Romance Completed 27688

"Kau biar betul nak pergi ni? "

"Betul lah. Kita dah sampai dah pun kan? "

Dahi Tengku Cairel masih lagi berkerut. Entah lah. Dia dapat merasakan bahawa kehadiran mereka di majlis perkahwinan Noah dan Julia ini satu perkara yang tak patut dilakukan.

Seperti mendatangkan kesan. Semestinya bukan kepada dia. Namun dia risau jika ia mendatangkan kesan kepada Awdra.

"Jom lah masuk, " ajak Awdra.

Tengku Cairel hanya menurut. Sempat dia mengerling Awdra yang berbaju kurung pesak hitam dengan kain tenun Pahang corak kotak rona kehijauan. Gadis itu tampak gembira.

Ish, kalau aku lah, aku tak ingin pun nak datang wedding ex aku. Dia ni pulak beriya-iya siap ajak aku datang sekali.

Tengku Cairel menggeleng perlahan. Kerusi di sebelah tempat Awdra duduk ditarik lalu dia melabuhkan punggung.

"Nak makan apa? " soal Tengku Cairel.

"Apa-apa pun boleh, " Awdra senyum nipis.

"Jantung pisang berulam hati? " giat Tengku Cairel.

"Eh, makanan lah. Kata nak makan, "

Tengku Cairel senyum nipis. Pinggan di hadapan Awdra diambil lalu nasi minyak dikaut ke dalam pinggan.

"Eh, tak payah lah. Biar saya buat sendiri, " halang Awdra.

"Tak apa. Biar aku buat, sementara aku rajin ni. "

Awdra mengeluh perlahan. Sudahnya dia terpaksa membiarkan sahaja Tengku Cairel mengaut nasi dan lauk untuknya.

"Terima kasih, " ucapnya.

"Sama-sama, " Tengku Cairel senyum nipis.

Awdra terkesima seketika. Kejap, apa tu? Dia senyum? Senyum dekat aku?

"Apa tu? "

"Aku senyum kat kau lah. Tak nampak eh? Nak aku senyum lagi? Eee, "

Kali ini Tengku Cairel senyum lebar. Senyum hingga barisan gigi putihnya yang tersusun rapi serta lesung pipit di pipi kiri yang jelas kelihatan. Fahamlah dia mengapa Tengku Cairel ini menjadi kegilaan ramai wanita.

Senyumannya. Tampan.

Jujur dia kata, ini senyuman Tengku Cairel paling ikhlas yang pernah dia lihat. Kalau sebelum ini, senyum sinis saja yang dapat. Kali ini, entah lah. Mahu gugur jantung melihat.

"Aip, aip. Jaga mata, Awdra.Tak elok tenung anak teruna orang lama-lama sangat. " tegur Tengku Cairel.

"Mana ada! "

*****

Badriq garu kepala. Sesekali dia berdesis. Dia sedang berfikir sebenarnya.

Patutkah di memberi Houdini tentang pertemuannya dengan Tengku Cairel tempoh hari?

Dia menggeleng perlahan. Bangku kayu kosong ditarik perlahan lalu dia duduk tidak jauh dari Houdini sedang duduk membelakanginya itu.

Tak tahu memulakan bicara, dia hanya merenung kosong Houdini yang sedang mencoret kanvas dengan tekun. Gerak tangannya tajam dan lemah lembut menjadikan hasil karyanya berharga dengan nilai estetika yang tersendiri.

"Dini, "

"Hmm, "

Badriq ketap bibir. Sememangnya jawapan Houdini bukan jawapan yang dia mahu.

"Dini, "

"Apa? "

"Dini, "

"Apa? "

Nada suara Houdini naik meninggi. Berus lukisan yang tercalit warna ungu magenta dibaling jauh hingga terkena dinding. Dia kemudian memusing badan menghadap Badriq. Wajah Badriq dipandang tajam.

"Cakap apa kau nak cakap. Sekarang, " arah Houdini.

Badriq mengeluh perlahan. Anak rambut disebak ke belakang.

"Hari tu aku jumpa Tengku Cairel, "

"So? " Houdini jongket kening.

Badriq gigit bibir. Rasa macam mahu cili mulut sendiri pun ada. Kenapa lah soalan sebegitu keluar dari mulutnya? Menyesal!

"Kau nak halau aku? Kau nak aku keluar dari rumah kau? " soal Houdini.

"Bukan... "

"Habistu? Kau nak aku peluk cium dia lepas apa yang jadi? "

"Bro, bukan macam tu. Dengar dulu, "

Houdini merengus kasar.

"Cakap, "

"Ya lah. Dah lima tahun kau hilang entah pergi mana. All of sudden kau balik Malaysia. Tempat pertama kau datang lepas kau sampai Malaysia kat rumah aku. Dini, kau sepatutnya jumpa Mum kau. Dia confirm rindu gila kat kau. "

"Kau nak halau aku kan? " giat Houdini.

"Eh, bukan! Berapa kali aku nak kata? Aku nak suruh kau jumpa Mum kau, bukan aku halau kau. "

"Nanti-nanti lah aku balik. Macam lah Mum aku ingat aku, "

Badriq mengeluh. Kepala digeleng perlahan.

"Aku tak tahu lah nak kata apa lagi kat kau ni. Tapi fikirlah perasaan Mum kau. Jangan pentingkan diri, "

****

Tengku Cairel kejap-kejap mengerling ke arah Awdra. Dari tadi juadah di depan mata langsung tidak dijamah sedikit pun. Matanya sibuk memerhati Noah dan Julia yang sedang tersenyum di atas pelamin.

Dia yakin yang Awdra sebenarnya fikir yang dia sudah cukup kuat untuk melihat Noah bersama sahabat baiknya sendiri. Mungkin Noah dan Julia yang menegur Awdra tadi menambah lagi rasa perit dalam hati.

"Awdra, are you crying? "

Tangan kekarnya cuba mengalih bahu Awdra agar menghadap wajahnya. Bunyi Awdra menarik hingus seolah gadis itu sedang menangis.

"Mana ada, " pantas Awdra menyeka air mata.

"Mana ada mana ada. Semua mana ada. Dah dua kali tahu tak kau menangis depan aku macam ni. Boleh jangka lah Noah puncanya, "

Awdra mencebik.

"Awdra, look at me. "

Tengku Cairel memegang lembut kedua bahu Awdra. Matanya menyorot lembut kedua mata hazel bundar milik Awdra.

"Tak semua kita nak, kita dapat. Kadang-kadang kita lah punca orang bahagia. Kau sepatutnya beruntung. Allah tak jodohkan kau ni dengan dia sebab akan ada orang lebih baik yang akan jadi jodoh kau. Belajar terima kenyataan, Awdra. "

Perit!

Menusuk!

Sentap!

Segala jenis tertusuk, tercucuk lah ada. Namun kata-kata Tengku Cairel ada betulnya juga. Mungkin dia perantara Noah dengan Julia? Siapa tahu?

"Don't blame yourself, Awdra. You deserve to be happy. "

Awdra mengangguk perlahan. Sedikit sebanyak hatinya terpujuk dengan kata-kata Tengku Cairel. Biarpun itulah lelaki bermulut paling laser kurun ini.

"One more thing you should remember, "

"Apa dia? "

"Your future needs you. Your past doesn't, "

Menusuk lagi!

Sentap lagi!

Lelaki ni memang mulut super laser betul lah. Apa-apa yang keluar dari mulut dia pun memang menusuk ke macam mana?

"Dah, dah. Jangan jadi manja sangat. Okay? "

Awdra mengangguk akur.

"Awak, jom. Saya nak balik. "

"Awalnya? "

"Tak boleh lah lama-lama kat sini. Jadi sebak pulak, "

"Hmmm, jom lah. "

Tengku Cairel geleng kepala. Langkah dilajukan mengejar Awdra yang sudah jauh darinya. Terpaksa dia berlari kecil.

"Awak, "

"Hmm, " Tengku Cairel menghidupkan enjin kereta.

"Kalau esok esok nanti awak bawak kereta lain boleh tak? " soal Awdra.

"Kenapa? Tak suka ferrari? Boikot? " soal Tengku Cairel pula.

"Bukan. Saya tak suka kereta laju-laju sangat. Rasa macam nak muntah, "

"Banyak songeh lah kau ini. Masuk cepat. Nanti lambat sampai, "

Cepat-cepat Awdra membuka pintu sebelah tempat pemandu. Tali pinggang keledar ditarik lalu picunya dimasukkan ke dalam soket.

"Aku sayang sangat kereta ni, "

"Kenapa? "

"Kereta ni arwah Daddy yang bagi sebagai hadiah. Kereta putih tu aku sayang jugak. Dua-dua aku sayang. Tapi kereta ni lebih berharga. Sebab ini hadiah terakhir yang dia bagi sebelum dia meninggal dunia. "

Awdra gigit bibir. Rasa menyesal pula bertanya. Tak pasal-pasal dengar cerita sedih. Dia sendiri juga rasa bersalah.

Mulut kau ni Awdra. Memang....!

"Nak balik rumah atau jalan-jalan? " soal Tengku Cairel.

"Balik rumah lah. Petang ni Mama ada appoinment, "

"Good. Aku hantar, "

"Hah? Awak hantar? "

"Ya lah. Kau nak suruh siapa hantar? Amir? "

"Ish, tak nak. Mama tak kenal pun awak. "

"Dah tak kenal tu, kenal-kenalkan lah. " Tengku Cairel sengaja jongket kening.

Eh eh, dia main kening pulak. Tampar kang.

"Kenapa? Takut Mama kau suruh kau kahwin dengan aku terus esok? " giat Tengku Cairel.

"Cairel! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience