Bab 24 - Kembali

Romance Completed 27688

Tengku Cairel melonggarkan tali leher. Dia bersandar di kerusi pejabatnya. Telefon kejap-kejap dikerling.

Naik bengkak jari asyik mendail nombor yang sama. Sejak dari pagi tadi lagi dia cuba menghubungi Awdra. Namun tiada jawapan balas.

Dia cuba juga menghubungi setiausaha Awdra, Jasmine. Jawapan tetap sama. Katanya Awdra cuti hari ini namun tak tahu atas sebab apa.

"Tengku, Tengku nak saya suruh Tuan Hud trace ke? " soal Qisya.

"No need. I'll find her by myself. "

Tengku Cairel bangkit dari duduknya. Blazer kelabu gelap diambil dari penyangkut baju lalu disarung ke tubuh berdada bidangnya itu.

"Tapi, Tengku..."

Tengku Cairel ketap bibir. Tangan tak jadi mahu menolak pintu kaca itu. Dia menoleh dengan senyuman plastik.

"Ya, Qisya? Ada apa? "

"Lepas ni Tengku ada meeting dengan Tuan Fudhail. Pasal projek mega dekat Jepun tu, "

Tengku Cairel tepuk dahi sendiri lalu meraup wajahnya. Ah, dia lupa. Sungguh dia lupa.

"Bila? "

"Sekarang, Tengku. Pukul dua lepas lunch, " Qisya mengerling sekilas jam tangan.

"Tak boleh postpone? Buat hari lain ke? Tak boleh? "

Qisya senyum lalu menggeleng.

"Tak boleh, Tengku. Dah dekat lima kali postpone. Kalau yang ini postpone lagi, dah langgar etiquette. "

Tengku Cairel merengus. Pintu kaca ditolak kasar.

"Okay, fine. Lets' go, "

******

Awdra mengelus lembut tangan ibunya. Pembedahan membuang sel darah beku di bahagian tulang belakang tadi berjalan lancar. Syukur pada Allah swt.

"Awdra, aku nak kena balik dah ni. Aku nak singgah rumah Umi lepas ni, " ujar Arisa.

Awdra mengangguk perlahan.

"Kirim salam kat Umi, "

"Insha Allah. Nanti Mama dah sedar call aku, okay? "

"Okay, "

Arisa kemudian menolak pintu selak wad ke kanan. Serta-merta matanya terbeliak.

"Tengku buat apa kat sini? "

Awdra terus menoleh. Terkejut juga mendengar nama 'Tengku' disebut Arisa. Matanya serta-merta membesar melihat figura Tengku Cairel yang sedang termengah-mengah itu.

"Ca.. Cairel, buat apa kat sini? " soal Awdra.

"Kenapa aku call tak angkat? " soalan Awdra dibalas dengan soalan lain.

Lelaki itu menunduk sedikit sambil sebelah tangan memegang dada yang turun naik termengah-mengah. Perlahan-lahan dia melangkah masuk. Terkebil-kebil Awdra memandang Tengku Cairel dengan dahi berkerut.

Dia ada call ke?

"Awak duduk dulu boleh? Mesti penat kan? " Awdra senyum sumbing.

Terus Tengku Cairel baring di sofa panjang di satu sudut wad itu. Tali leher dilonggarkan ikatannya. Rambut disebak ke belakang.

Awdra geleng kepala. Tak senonoh betul. Telefon diambil dari atas almari dresser. Terbeliak mata melihat missed call dari Tengku Cairel.

190?

Patut berdesup datang sini.

"Awak dah makan? "

Tengku Cairel menggeleng sambil mata dipejam rapat. Penat barangkali.

"Nak saya belikan makanan? "

Geleng.

"Kafe hospital tak nak? "

Geleng.

"Saya order Grab Food? "

Geleng lagi.

Aish, habis tu kau nak apa? Nak aku sumbat lapik bantal ni dalam mulut kau?

"I just want to stay here... with you, " ujar Tengku Cairel tenang.

Serta-merta Awdra memegang pipinya yang terasa berbahang. Fuh, ni kalau letak telur ni silap-silap jadi telur rebus ni. Dah kenapa pula pipi ni boleh panas semacam sedangkan pendingin hawa sejuknya mencengkam?

Pelik.. sungguh pelik.

******

"Addido, Saidatul. " (Selamat tinggal, Saidatul) ucap Evra. Tubuh tinggi Saidatul dipeluk erat.

"Till we meet again, "

"I hope so, "

Saidatul senyum nipis. Merawan pula rasa hati mahu meninggalkan dua sahabat yang setia bersamanya sepanjang lima tahun itu. Rasa macam tak mahu pulang ke Malaysia pun ada.

"Don't sad. Eat healthy. If you're having problems, let us know. " pesan Sarena.

"I will, Sarena. "

Saidatul menoleh setelah telinga menangkap suara pegawai operasi yang memaklumkan tentang pesawatnya yang bakal berlepas tak lama lagi.

"Vado prima io. Ci vediamo. (Saya pergi dulu. Semoga berjumpa lagi) "

"Ci vediamo, Saidatul. " Evra dan Sarena sama-sama senyum.

Saidatul memulakan langkah berjalan sambil menarik beg bagasinya. Dia menoleh lalu berjalan ke belakang.

"Addido, Sai! "

"Addido! "

*****

"Thanks tolong hantar saya balik, " ucap Awdra tersenyum.

"Sama-sama, "

Awdra kemudian mengeluarkan kunci dari dalam beg tangan lalu membuka kunci mangga. Dia menoleh.

"Walaupun saya tak dapat balas cinta awak, saya harap kita boleh terus berkawan. "

"Insha Allah, Awdra. " ucap Tengku Houdini.

"Saya... masuk dulu eh? "

Tengku Houdini mengangguk. Awdra hanya senyum nipis sebelum berjalan ke arah pintu rumah.

"Er.. Awdra! "

Awdra menoleh.

"Ya? "

"Esok petang jom kita pergi jalan-jalan? " ajak Tengku Houdini.

Awdra kerut dahi. Jalan-jalan?

"Dekat mana? "

"Adalah. Esok I'll show you. "

"Hm, okay. "

Awdra memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam rumah. Terus Tengku Houdini bersorak.

"Yes! "

Dia senyum sendiri.

*****

Tengku Fairose lekas-lekas mematikan enjin Ferrari 458 miliknya. Termengah-mengah dia berlari ke arah pintu utama rumah.

"Eh, Tengku Fai. Tak cakap pun nak datang? " tegur Kak Dian.

Tengku Fairose senyum nipis. Memang lah. Dapat saja tahu tentang kepulangan Saidatul ke Malaysia. Jadi pemandu F1 dia sebentar.

"Mum dengan Nenda ada? " soalnya.

"Ada, Tengku. "

"Kat bilik? "

"Puan kat bilik. Dah tidur agaknya. Mak Engku ada kat bilik bacaan, "

"Ha, okay okay. Thank you, Kak Dian. "

Laju saja Tengku Fairose mendaki tangga naik ke tingkat atas. Dia berlari di koridor tingkat dua menuju ke bilik bacaan. Pintu pantas dibuka.

"Nenda! "

"Uish! Apa main sergah ni, Fai?! Terkejut Nenda! " marah Tengku Soelihah.

Dengan nafas yang masih tercungap-cungap, dia duduk di sofa panjang setentang dengan Nendanya yang sedang duduk membaca buku.

"Fai, what happened? "

"Kak... " Tengku Fairose pejam mata cuba mengatur nafas. Ah, semput!

"Kak apa, Fai? "

"Kak... Kak Sai.. "

"What? What happened to her? " soal Tengku Soelihah cemas.

"Eh, Fai. Cepatlah cakap! "

"Kak Sai... Kak Sai kat Malaysia. Hah... penat! "

"Hah?! Sai kat Malaysia?! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience