Bab 21 - Siapa Dini II

Romance Completed 27813

"Dini, are you okay? Sorry. Saya tak perasan awak nak jalan tadi, "

Tengku Houdini senyum nipis lalu menggeleng perlahan. Kemeja kafling putih dibetulkan.

"It's okay, "

"Dini? "

Terus Awdra dan Tengku Houdini memandang Tengku Cairel yang sudah mengerut dahi. Serta-merta mata Tengku Houdini membesar.

"Abang buat apa kat sini? " soal Tengku Houdini.

"I'm the one who should ask you that question. Dini buat apa kat sini? "

Awdra yang di tengah-tengah perbualan itu naik pelik. Abang? Dini? Mereka berdua ni saling mengenali ke? Ke... dia orang ni adik-beradik?

"Kejap! Wait! "

Tengku Cairel dan Tengku Houdini sama-sama menoleh memandang Awdra yang sudah berwajah bengang. Masing-masing garu kepala.

"What? "

"You guys adik beradik? " soal Awdra.

"He's my younger brother, " jawab Tengku Cairel.

"Di... dia adik awak? " soal Awdea tidak percaya. Jari sudah dituding ke arah Tengku Houdini.

Tengku Houdini garu kepala. Kedengaran lelaki itu merengus perlahan.

"Look, Awdra. Saya tak ada niat pun nak tipu atau mainkan awak. I'm just waiting fir the right time to tell you, " ujar Tengku Houdini.

"Right time? "

Awdra tiba-tiba senyum. Kemudian ketawa sinis. Kelakar ya dua beradik ni jadikan aku bahan jenaka? Ingat aku ni apa? Aku dh agak dah dari awal lagi memang dia ni adik Tengku Cairel.

Sudah lah aku kutuk Tengku Cairel ni depan Dini. Tahu-tahu Dini ni adik Tengku Cairel. Rasa-rasa dia report tak kat abang dia?

"Saya balik dengan Mak Ngah, "

Awdra berpaling lalu mula melangkah. Kemudian kelibatnya hilang di sebalik lautan manusia.

Tengku Cairel memandang Awdra yang sudah juh melangkah. Kemudian dia memandang adiknya seolah meminta jawapan dengab wajahnya yang keliru.

"Tengok Dini buat apa? Kejarlah! " marah Tengku Houdini.

Terus Tengku Cairel bagai lipas kudung mengharungi lautan manusia yang berkerumun di satu tempat itu. Tengku Houdini mengeluh kemudian mengurut dahi.

*****

Puan Firjani menoleh ke kiri, memandang anak saudaranya yang dari tadi diam tanpa berkata sepatah pun. Kepalanya disandar ke tingkap kereta. Wajahnya tampak sedih.

"Nampak sedih. Ada masalah? "

Awdra menggelengkan kepalanya perlahan. Kemudian kembali merenung keluar tingkap.

"Dira tipu Mak Ngah. Tengok muka pun dah tahu, "

Awdra terus menoleh. Dia senyum nipis.

"Mak Ngah jangan risau. Nanti kalau Dira cerita, Mak Ngah pulak pening kepala. " dalih Awdra.

"Pandai aje nak tukar topik. Dira jangan main-main tau. Kalau masalah ni kita pendam, makin teruk nanti. Baik luah, "

Awdra mengeluh perlahan. Bukan niat dia mahu kecilkan hati sesiapa pun. Tak terlintas langsung.

Sejujurnya dia masih marah. Marahkan dua beradik yang mempermainkan dia seperti dia tiada perasaan. Abangnya jadikan dia alat untuk mengaburi mata Tengku Adeline. Yang si adik pula menafikan bila ditanya betulkah lelaki itu punya kaitan dengan Tengku Cairel.

Argh....! Rasa nak menjerit!

"Dira? "

"Hmm? "

"Dah sampai, "

Awdra memandang depan. Laman rumah yang kosong dengan hanya lampu luar rumah yang bernyala malap. Dari luar sudah boleh agak, ibu dan adiknya sudah lena.

"Mak Ngah, Dira masuk dulu. "

"Kejap, kejap. " halang Puan Firjani.

"Ya? "

Puan Firjani mengambil beg tangan di bawah tempat duduk. Dompet diambil lalu sekeping kad diambil. Kad tadi dihulur kepada Awdra.

"Kad apa ni? " soal Awdra sambil merenung kad di tangannya.

Puan Firjani hanya senyum seribu makna.

"Er.. kalau tak da apa-apa, Dira masuk dulu. "

Puan Firjani hanya mengangguk.

"Bye, Mak Ngah. Assalamualikum, "

"Wa'alaikumussalam. Take care, " Puan Firjani melambai kecil.

Awdra senyum kelat. Sesuatu sangat! Kunci mangga dibuka lalu dia masuk ke laman rumah.

"Eh, tak tidur lagi? "

Masuk rumah saja, mata terus dijamu dengan figura Amir yang baring terbungkang atas sofa menonton bola sepak. Tak senonoh punya orang!

"Shh... Amir nak dengar pengulas ni cakap apa. Akak bising-bising, Amir tak dengar. "

"Ada-ada je kau ni, " Awdra mencebik.

Beg tangan diletam di tepi kaki sofa. Dia kemudian duduk di sofa kosong menghadap televisyen.

"Mama dah tidur? "

"Dah lah. Kalau belum, dah lama Mama join Amir tengok bola. "

Seriously? Ingat Mama tu geng-geng dia ke? Suka hati je budak ni cakap ikut mulut dia.

"Akak balik naik siapa tadi? Tak ada bunyi kereta Abang Cairel pun, "

What? Abang Cairel? Eh eh, sejak bila Tengku Cairel ni upgrade jadi abang dia pulak? Aku ni satu-satunya kakak yang dia ada. Mana ada abang!

"Abang Cairel? "

"Haa lah. Dia kan bakal suami Akak. Bakal abang Amir jugak, "

Bakal suami?

*****

Dua tangan disilang. Lama dia merenung balkoni rumah banglo tiga tingkat itu. Sesekali dia mengeluh.

"Dini, Dini nak tahu kenapa Sai happy hari ni? "

"Kenapa Sai happy? " kopi di dalam cawan plastik dihirup perlahan.

"Sebab Abang Rel nak kahwin Sai, "

Terus dia memandang Saidatul tidak percaya. Kopi yang sudah sedia perit semacam bertambah pahit menuruni tekak.

"Lepastu? Sai setuju? "

"Mestilah Sai setuju. Sai dah lama suka Abang Rel, "

Perit. Itu saja yang mampu menggambarkan perasaannya ketika itu. Hatinya bagai tersiat-siat tiap kali nama abangnya meniti di bibir merah itu dengan senyuman.

Sekarang, mereka dua beradik bakal bertengkar kerana Awdra. Entah mengapa hidupnya jadi begini. Kalah dan tewas dengan abang kandung sendiri kerana cinta. Dia yang asyik perlu mengalah.

"Bro? "

Tengku Houdini menoleh. Wajah Badriq yang kelihatan penat menyapa pandangan.

"Kau tak nak balik? Dah lewat ni, "

"Hmm, jom. "

*****

Awdra berkalih ke kanan. Minda kosong. Dia berkalih pula ke kiri. Kemudian baring dengan kepala mengadap siling lalu meniarap.

Pelik.

Aneh.

Dari tadi persoalan ini asyik bermain di fikiran. Sudah puas dia fikirkan jawapannya. Namun satu apa pun jawapan tidak mahu munculkan diri.

Kad yang diberi Puan Firjani tadi direnung lama. Kejap dahi berkerut, kejap kening berkerut.

Kenapa Mak Ngah bagi dia kad ni?

Kad business Tengku Cairel.

Motif?

MoU pasal branch di Jepun?

Semua sudah settle minggu lepas.

Majlis tunang?

Gilang-gemilang diraikan.

Telefon pemberian Tengku Cairel tiba-tiba berdering kuat. Terus melompat ke bantal. Telefon bawah bantak diambil.

'Komander Tengku Cairel'

Terbeliak mata Awdra memandang nama yang tertera di skrin telefon. Huish, baru kejap tadi minda melayang memikirkan lelaki itu. Tak sampai beberapa minit datang panggilan dari lelaki itu.

Bismillah.

Ikon telefon diselak ke slaid kanan. Telefon kemudian diletak di telinga.

"Assalamualaikum, "

"Wa'alaikumussalam, " jawabnya.

"Marah lagi ke? " soal Tengku Cairel.

Awdra menjauhkan sedikit telefon dari telinga lalu dia ketawa. Seriously? Jenaka apakah malam-malam macam ni? Tak kelakar okay.

"Awdra? "

"Yes? "

"Are you laughing just now? "

"Eh, no. Bunyi anjing aje kot. "

Bagus, Awdra. Bagus. Sekarang kau dah pandai samakan diri kau dengan anjing. Tahniah. Satu achievement cemerlang.

"Are you sure? "

"Be serious, Cairel. Awak nak apa call malam-malam macam ni? "

Tengku Cairel gigit bibir. Kemudian dia membasahkan bibir. Garang betul minah ni malam-malam. Rasa macam ada harimau nak baham keluar dari skrin telefon ni.

"Kalau awak tak ada apa-apa nak cakap, saya letak dulu eh? Saya penat, nak tidur. "

"Wait, Awdra! "

"Awdra? "

Tengku Cairel merengus. Kepala didongak dengan mata dipejam. Wajahnya kemudian diraup dengan tangan kanan.

"I'm really sorry, Awdra. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience