Bab 30 - Jauh

Romance Completed 27813

Awdra menarik kerusi lalu duduk setentang dengan Tengku Adeline. Dia terus bergegas ke sini setelah menerima pesanan ringkas sms dari Tengku Adeline.

"Ada apa Aunty nak jumpa ni? " soal Awdra.

Tengku Adeline berdehem. Kemudian membuka beg tangan Dolce & Gabbana hitamnya lalu mengeluarkan sekeping kertas cek. Kertas cek itu diletak atas meja cafe itu. Kemudian dia mengeluarkan tiga keping tiket kapal terbang.

"Kamu ambil ni. Jumlahnya sama dengan ganti rugi dalam perjanjian pertunangan tu. Jauhkan diri dari anak saya. Saya tak nak kamu jumpa anak saya lagi. Mulakan hidup baru kamu sekeluarga dekat Jakarta. Saya harap kamu terima. "

Awdra tergamam. Dia memandang sekeping cek RM150,000 di depannya. Kemudian dia memandang Tengku Adeline. Gaya percakapannya sungguh formal seolah wanita yang menyarung blaus hijau zamrud ini tak pernah langsung mengenalinya.

"A... apa ni? "

"Jauhkan diri dari anak saya, " ulang Tengku Adeline.

"Tapi... tapi... "

Tengku Adeline mendengus geram.

"Hujung bulan depan anak saya akan bernikah dengan Saidatul. Saya harap awak jauhkan diri dari Cairel dan jangan ganggu dia lagi. Benarkan dia untuk bahagia, "

"This is not about money. Saya betul-betul ikhlas cintakan Cairel, "

Tengku Adeline mengurut dahi. Mungkin serabut dengan sikap mendesak Awdra.

"Ambil cek dengan tiket ni. Pergi ke Jakarta. Or I'll do something to your mother and your brother, " ugut Tengku Adeline.

Tengku Adeline bangkit lalu melangkah pergi membiarkan Awdra terkebil-kebil di situ. Awdra merenung lama cek itu. Dia mengeluh panjang.

Ya Allah, bantu aku.

*******

Tengku Cairel gigit bibir. Telefon diketuk-ketuk ke dagu. Dia mendesis.

"Kenapa dia tak angkat eh? " soalnya sendiri.

Dia cuba mendail nombor Awdra sekali lagi. Telefon ditekap ke telinga.

"Harap maaf. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila.... "

Tengku Cairel merengus perlahan. Dia mundar-mandir di balkoni biliknya. Sedaya-upaya sedang memikirkan mengapa Awdra sehari suntuk tidak mengangkat panggilan telefonnya.

Dini!

Dia pantas melangkah keluar dari bilik. Tengku Cairel berjalan turun ke tingkat dua. Bilik Tengku Houdini diterpa masuk.

"Dini! "

"Hooo.... oi! Orang tengah pakai baju lah! " marah Tengku Houdini yang sedang menyarung seluar.

"Oh, sorry. " Tengku Cairel berundur setapak lalu menutup pintu.

Seminit.

Dua minit.

"Dini, dah ke? " soal Tengku Cairel.

"Haa, masuklah...! "

Tengku Cairel memulas tombol pintu lalu melangkah masuk. Dia duduk di atas sofa di sudut bilik adiknya itu. Sempat dia mengerling ke arah Tengku Houdini yang sedang menyapu gel rambut dengan penuh tumpuan. Dia mencebik.

Macam handsome sangat. Pagi petang siang malam nak calit benda biru asing dekat rambut.

Jujur cakap, dia bukan sejenis lelaki yang suka calit benda gel asing ke rambut. Melekit. Dan dia sangat sensitif dengan benda melekit. Dia lebih rela syampu rambut setiap pagi dan gunakan hair conditioner.

Lantaklah orang kata old school pun. Dia peduli apa?

"Apahal masuk bilik orang maghrib macam ni? "

"Awdra ada call? Atau Dini ada call Awdra? " soal Tengku Cairel.

Tengku Houdini kerut dahi. Kemudian dia menyilang tangan merenung Tengku Cairel dengan sebelah keningnya terangkat.

"Pelik je bunyinya. Semalam ada apa-apa jadi ke? Masa Dini balik semalam, dengar macam bising-bising. Macam Mum jerit-jerit. When I want to get in, I saw Awdra. Crying. Lepas tu, Dini hantar dia balik. What happened? "

"Betul lah maknanya? Semalam explain dekat Mum. Mum dah tahu. Pasal agreement tu, "

Terbeliak mata Tengku Houdini. Mulutnya terlopong sedikit.

"Serius ah? Macam mana Mum tahu? "

"I don't know. Semalam Mum halau Awdra keluar. And after that, I don't know what happened. Dari semalam sampai sekarang call tak angkat, "

Tengku Houdini herot bibir. Dia menongkat dagu.

"Tak cuba pergi rumah dia? "

Tengku Cairel angkat wajah. Kan? Kenapa dia tak pergi rumah Awdra? Kenapa dia terfikir?

Tengku Cairel bangkit. Terus dia melangkag keluar. Sempat dia menepuk bahu Tengku Houdini.

"Thanks, bro. "

"Anytime, "

*******

Tengku Soelihah pantas membuka pintu kereta Vellfire hitam tanpa sempat dibuka pemandunya. Wajahnya masam.

"Mak Engku, " sapa Kak Dian.

"Adeline mana? "

Kak Dian terkebil-kebil memandang Tengku Soelihah. Pintu rumah dia dibuka. Tak sempat dia mahu mempersilakan majikannya itu masuk, terus saja majikannya itu menerpa masuk dengan langkah yang pantas.

"Habis lah habis lah.... " Kak Dian tergeleng-geleng.

"Adeline! Adeline! "

"Mak Engku, sabar Mak Engku. Puan tak balik lagi. " pujuk Kak Dian.

"Dia pergi mana? " soal Tengku Soelihah kasar. Semacam marah.

"Dia.... dia.... "

"Mana dia?! Cakap! "

"Dia.. dia keluar, Mak Engku. Katanya nak jumpa Awdra. Tapi dari pagi sampai sekarang tak balik-balik. " jawab Kak Dian takut-takut.

Tengku Soelihah merengus. Kemudian dia duduk di sofa ruang tamu. Lepas mendengar cerita dari Tengku Houdini semalam, dia terus bergegas pulang dari Perak. Sungguh dia tak menyangka Tengku Adeline begitu pentingkan diri.

"Eh, Bonda? Bonda dah balik? " tegur Tengku Adeline.

"Yang kat depan Lin ni apa? Jenazah? " perli Tengku Soelihah.

Tengku Adeline ketawa kecil. Kemudian dia melabuhkan punggung setentang dengan ibunya.

"Lin pergi jumpa Awdra kan? " teka Tengku Soelihah.

"Ma... ma.. mana Bonda tahu? "

"Dini told me everything, "

Tengku Adeline ketap bibir. Tangan dia genggam membentuk penumbuk. Dini!

"Dini bagitahu apa? "

"You refuse to listen to Rel's explanation. You chase Awdra out. You met her and told her to leave Cairel. What are you thinking, Adeline? Bonda kecewa dengan Lin. Ini bukan apa yang Bonda ajar Lin, "

"Bonda, ni untuk kebaikan Cairel. Takkan Lin nak biar anak Lin kahwin dengan perempuan kaki kikis? "

"Then, don't you think about Rel's feelings? Lin, you only think about your own feelings. You're selfish, "

Dada Tengku Adeline turun naik menahan marah. Dia pelik. Mengapa semua orang sibuk sebelahkan Awdra sedangkan terang-terang Awdra yang salah?

"Lin tak peduli Bonda nak kata Lin ni selfish ke apa ke. What I know, hujung bulan depan Lin nak Rel nikah dengan Sai. " tekad Tengku Adeline.

Beg tangan dia ambil dari sofa. Tengku Adeline menghentakkan kakinya ketika berjalan mendaki tangga.

"Lin, Lin! "

Tengku Soelihah mengeluh panjang. Dia mengurut dahi lalu menggeleng.

*******

"Awdra, are you serius? " soal Tuan Fudhail kurang percaya.

"Awdra serius, "

"Tapi, Awdra. Sanggup ke Awdra nak pergi sampai ke Jakarta tu? How about Mama? Mama tak sihat kan? "

Awdra melepaskan satu keluhan berat. Mata dipejam lalu dia mendongak.

"Awdra dah fikir masak-masak, Pak Lang. Ini keputusan Awdra, "

Tuan Fudhail silang tangan. Matanya memandang Awdra penuh dengan rasa kurang yakin.

"Something happened, isn't it? " teka Tuan Fudhail.

"Kalau tak, takkan lah Awdra sampai sanggup nak manage branch kat Jakarta tu kan? That branch is the most stress one to manage. "

Awdra lambat-lambat mengangguk.

"I knew it. Now, tell me. What happened? "

*******

"Siapa pulak yang datang ni? "

Awdra kerut dahi. Dia baru selesai mencuci pinggan mangkuk dalam sinki. Baru saja mahu masuk ke bilik, tiba-tiba kedengaran bunyi deruman enjin depan rumah.

Suis lampu luar rumah dibuka. Dia kemudian menyelak langsir ruang tamu. Serta-merta mata terbeliak.

Tengku Cairel!

Cepat-cepat dia menutup langsir yang dibuka sedikit tadi. Dada berombak kerana terkejut. Dia menyelak lagi langsir. Lelaki itu masih di situ.

Ting!

Serta merta mata beralih memandang telefon di atas meja ruang tamu. Dari jauh boleh nampak nama 'Cairel'. Dia telan air liur. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah meja ruang tamu. Telefon diambil lantas mesej yang baru masuk dari lelaki itu tadi dibaca.

Dia resah. Ugutan Tengku Adeline kejap-kejap terngiang di telinga. Patutkah dia keluar berjumpa Tengku Cairel? Ah, dia takut.

'I know you're still up. Keluar, please? ' -Cairel.

Awdra mengerdipkan mata beberapa kali. Macam tak percaya apa dia baca sekarang ni. Please? Ah, dia makin serba salah!

Dia menyelak lagi langsir. Terus Awdra ketap bibir. Tengku Cairel masih setia di luar. Awdra mendesis.

Lelaki ni suka sangat buat dia rasa teruk!

Mahu tak mahu terpaksa juga dia keluar. Tombol pintu rumah dipulas perlahan-lahan.

"Bismillahirahmanirahim, "

"Awdra, "

Terbuka saja pintu terus disapa dengan senyuman dari Tengku Cairel. Argh... dia senyum pulak dah! Ni yang aku lemah ni.

"Saya tak ada apa-apa nak cakap dengan awak. Balik lah, "

"But I've something to tell you. "

"Cairel, I've told you. Saya tak nak jumpa awak. Saya busy. Tak faham ke? "

"Tiba-tiba busy. Something happened, right? Okay, bagitahu saya. Mum cakap apa kat awak? "

"Mum awak tak ada cakap apa-apa, "

Tengku Cairel mengeluh perlahan. Dia meraup wajahnya.

"Awdra, you don't love me? "

"Hah? " Awdra tercengang.

Kejap-kejap. Kita iklan dulu.

Apa maksud dia 'Awdra, you don't love me?' Kejap, Cairel? Cairel....... oh, wow. Lelaki ini tak pernah gagal buat dia rasa bersalah.

"Awdra, I love you. Aishiteru. Wo Ai Ni. Seni sevmiyorum. Je t'aime. Te Amo. What other language do I have to say? "

Awdra terkedu. Serta-merta kata-kata Tengku Adeline menyerang kotak memori. Dia menggeleng perlahan.

"Jauhkan diri dari anak saya, "

Awdra pantas menggeleng. Ya! Jauhkan diri!

"Awdra? "

"Hah? " Awdra tayang muka blur.

"I know my Mum so well. Dia kalau marah sekejap je. Bila dia dah chill, dah cool, kita explain betul-betul kat Mum. Kalau Mum tak terima jugak, kita kahwin lari. Yes, yes! Kita kahwin lari? "

Terkebil-kebil Awdra memandang Tengku Cairel dengan mulut terlopong. Kalau dia ada penyakit jantung, silap-silap dah masuk hospital dah ni.

"Awdra, "

"Kejap, kejap. Awak merepek apa malam-malam macam ni? " soal Awdra.

"Awdra, I love you. How can I live without you? Is it all of this fair for us? "

Kepang....! Rasa macam kena sambar guruh!

"Cairel, look. "

"Yes, I love you too. Memang semua ni tak adil. Tapi... "

"Tapi? " ulang Tengku Cairel.

"Saya tak boleh kahwin dengan awak. I can't be together with you, "

"Kenapa pulak? " soal Tengku Cairel. Dahi sudah berkerut semacam marah.

"We're different, Cairel. Dunia awak dengan saya jauh berbeza. Saya bukan orang senang macam awak. Saya ada banyak hutang keliling pinggang. Sejak Mama jatuh sakit, saya terpaksa buat macam-macam kerja. Sampai terpaksa gadai rumah arwah Papa demi nak tanggung kos rawatan Mama. Yuran pengajian saya baru semalam saya habis bayar. Duit tu semua pun ihsan dari Pak Lang. Rumah ni ihsan Mak Ngah. Cairel, awak nak ke hidup dengan orang macam saya? "

"Salah ke? Awdra, saya terima awak seadanya. "

"Cakap memang senang, Cairel. Saya takut awak tak tunaikan kata-kata awak, "

"But I can help you. Saya boleh belikan awak rumah, saya boleh bayarkan semua hutang awak. "

Awdra senyum hambar. Perlahan-lahan dia menggeleng.

"No, Cairel. Saya tak nak awak cintakan saya atas dasar kasihan. I don't need your sympathy. "

"Then, awak nak bayar balik semua duit tu? " duga Tengku Cairel.

"Tomorrow I'll pay you the money. The whole sum. After that, saya takkan muncul lagi dalam hidup awak. I really hope that you can understand my decision, "

"Saya masuk dulu, " ujar Awdra meminta diri.

Awdra kemudian berpaling lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Sempat dia tersenyum nipis pada Tengku Cairel yang tampak terkesima.

Maafkan saya, Cairel.

Saya terpaksa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience