Bab 13 - Jatuh Cinta?

Romance Completed 27813

"Lama dah kenal Awdra? " soal Puan Asiah.

"Lama lah jugak, Auntie. Dalam sebulan macam tu, "

"Oh, memang dah lama kenal ke macam mana? "

Terus Tengku Cairel memandang Awdra. Semacam menanti jawapan dari Awdra. Gadis itu pula hanya mengangkat bahu.

Tak membantu langsung!

"Kami kawan lama, "

"Awdra tak pernah cerita pun? "

Gulp! Apa aku nak kelentong ni?

"Kami dah lama tak jumpa. Itu yang bila jumpa tu jadi rapat balik, " celah Awdra.

Fuh...!

"Cairel ni kerja apa ya? Ya lah, Auntie tengok tadi masa bawak kami pergi hospital Cairel bawak kereta besar. "

"Saya kerja executive, " Tengku Cairel senyum nipis.

"Oh, executive? "

Tengku Cairel mengangguk. Wah, hebat kau sekarang Cairel? Dah pandai menipu.

"Auntie sebenarnya tak selesa sangat naik kereta-kereta besar ni. Lagi-lagi bukan kepunyaan Auntie. Rasa segan, "

Tengku Cairel senyum kelat. Mama Awdra ni pun sama seperti Mumnya juga. Suka gunakan ayat yang membuat orang rasa bersalah.

"Nanti senang-senang Cairel datang lagi ziarah Auntie. Auntie bukan apa, sejak Amir masuk universiti Auntie rasa sunyi je. Awdra pula balik rumah asyik letih je. Kasihan Auntie tengok, "

Eh, macam menaruh harapan dekat aku je ni?

"Insha Allah, "

"Cairel, "

Tengku Cairel menoleh. Awdra yang menyarung t-shirt hitam lengan panjang separas punggung dengan kain batik sarung sudah berdiri tegak dengan tangannya menjinjing mangkuk tingkat.

Fuh... ayu bak hangggg!

"Cairel? "

Eh, apa main tenung-tenung ni? Nasib aku ni bukan kertas A4 , kalau tidak mesti dah tembus dah ni kena tenung.

"Cairel? "

"Cairel! " jerkah Awdra.

"Hah? "

"Ni haa, saya dah bungkuskan lauk untuk awak bawa balik. Nanti dah habis makan, jangan lupa bagi balik bekas tu. Itu je bekas yang kami ada, "

Tengku Cairel memgangguk laju. Mangkuk tingkat plastik yang dihulur Awdra disambut lembut. Bekasnya masih terasa panas.

Fuh... fresh home made!

"Thanks, "

"Sama-sama, "

"Cairel hati-hati drive ya? Jangan bawa kereta laju sangat, " pesan Puan Asiah.

"Baik, Auntie. Cairel gerak dulu ya? "

Wanita separuh abad itu hanya menganggukkan kepalanya. Sempat dia menjengah melalui cermin pandang belakang kereta. Wanita itu melambai kecil ke arahnya.

Tengku Cairel mengerling mangkuk tingkat berjenama Tupperware di tempat duduk sebelahnya. Tiba-tiba dia tersenyum.

Patut suruh bagi balik, jenama mahal rupanya.

*****

"Rel singgah kenduri anak Dato' Nawawi sekejap aje kan? Tak ada sampai boleh tapau makanan bawa balik banyak-banyak macam ni, "

"Eh, ni bukan Rel tapau, Mum. "

"Habistu? " Tengku Adeline kerut dahi.

"Ini semua, Awdra masak. "

"Wow, Awdra masak? Uish, bakal menantu impian ni, Lin. " usik Tengku Soelihah.

Tengku Soelihah yang dari tadi teruja cepat saja mencapai pinggan lalu mengaut nasi ke dalam pinggan. Tidak cukup pinggannya saja, pinggan Kak Dian pun dia juga tolong kautkan nasi. Kemudian dia memceduk lauk ke dalam pinggan. Dari gulai hingga ke acar, semua disambar.

"Nenda dengan Kak Dian makan dulu lah ya? Nak tunggu Mum Cairel ni kritik lama pulak. Nanti tak pasal-pasal Nenda gastrik. Kan, Dian? "

Kak Dian hanya mengangguk. Dia turut sama mula menjamah makanan bersama Tengku Soelihah. Tengku Adeline mencebik. Tangan disilang.

"Tell me, Cairel. Apa yang that girl letak dalam lauk-lauk ni semua? Ubat sakit perut? Ubat cirit-birit? "

"Mum, these are just foods. How could you say that? "

"Who knows? Mungkin kejap-kejap nanti Nenda berjam-jam dalam tandas sakit perut. Siapa tahu? " bebel Tengku Adeline.

"Eleh, alasan. Lin tak nak makan, sudah. Bonda suruh Dian jangan masak sampai esok pagi. Kan Dian kan? "

Kak Dian yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut itu mengangguk-angguk kepala.

"See? "

Tengku Adeline merengus geram. Mahu tak mahu terpaksa juga menceduk gulai daging itu ke dalam pinggannya. Sempat dia mengerling ke arah Tengku Cairel, Tengku Soelihah dan Kak Dian yang sedang leka menikmati juadah.

Dia mencebik. Macam sedap sangat. Nampak biasa je.

Nasi bersama sedikit gulai dan sambal disuap masuk ke mulut. Serta-merta mata terbeliak besar. Terus dia memandang ibunya.

"Sedap kan? " giat Tengku Soelihah.

"Sedap! "

******

"Saya ingat awak memang tak nak bagi saya nombor telefon awak, "

"Eh, bukan tak nak. Jangan cakap macam tu. Sebenarnya, ni bukan telefon saya. "

"Aik? Habis tu telefon siapa? Awak curi? " telah Tengku Houdini.

"Eh, bukan lah! Ini Tengku Cairel bagi, "

"Oh, "

Tengku Houdini bersandar di kerusi kedai mamak itu. Dia hanya mengerling Awdra yang sedang menikmati roti canai yang dipesan tadi.

"Awak cakap awak nak tunang dengan dia. Bila? " soal Tengku Houdini.

Awdra naikkan sedikit keningnya memandang Tengku Houdini. Air milo sejuk dihirup perlahan. Roti canai yang sedikit kering semacam melekat di pertengahan trakea.

"Tunang? "

"Ha'ah. Bila? " soal Tengku Houdini sekali lagi.

"Entah lah. Mum dia macam tak suka saya. Tapi, tak tahu lah kalau Cairel ada rancangan lain. "

"Oh, "

"Awak ni, asyik oh oh. Tak ada ke eh ke uh ke ih ke? " omel Awdra.

Tengku Houdini ketawa kecil. Ai, cantik pulak dia ketawa.

"Kelakar jugak kan awak ni? No wonder Cairel tu tangkap muat awak, "

"Tangkap muat? Merepek lah, " Awdra ketawa.

"Ya lah, tangkap muat. Pilih random. "

Awdra menggeleng perlahan. Macam-macam dia ni. Tapi macam betul jugak.

"Okay, let say. Kalau Mum dia approve awak dengan Cairel, macam mana? Still want to proceed the plan? " giat Tengku Houdini.

"For sure, yes. "

"Kalau kantoi? "

"Kantoi mean what? "

"I mean, kalau dalam masa 3 bulan awak pretend jadi tunang dia tu, awak dengan dia tertangkap. And how? What's next? "

"Dini, jangan cakap macam tu boleh? Jangan buat saya tak tetap pendirian, "

Tengku Houdini ketawa kecil. Dahi diurut perlahan.

"Saya cakap je. By the way, macam mana kalau awak jatuh cinta dengan dia? "

Awdra terdiam. Mulut yang mengunyah roti canai terhenti.

Ya tak ya kan?

Macam mana kalau dia jatuh cinta dengan Tengku Cairel?

Apa pula kesudahan cerita ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience