Bab 7 - Soal Siasat

Romance Completed 27688

Dari tadi mulut Awdra ternganga melihat Tengku Cairel yang sedang duduk berehat di kerusi pejabatnya. Sudah tu, sibuk membelek kertas kerjanya.

"Eh, Cik Awdra. Maaf lah ya, terduduk pulak. "

Awdra ketap bibir. Kedua tangan di sisi sudah membentuk penumbuk. Mamat cengeng ni memang dasar menyakitkan hati betul!

"Awak buat apa datang sini? "

"Aku nak jumpa Tuan Fudhail. Tapi itu lah, tak jumpa lah pulak office dia kat mana. Kat mana eh? "

Awdra pejam mata. Dia menyusun nafas dengan teratur. Menduga kesabaran betul manusia bernama Tengku Cairel ni!

"Tengku Cairel Iman Tengku Zackary Izzuddin, "

Hah ambik setepek!

"Ya saya, Cik Awdra Fitri Farouqi? " Tengku Cairel sengaja senyum senget.

Ohoi, aku sumbat jugak heels ni dalam mulut dia nanti kang!

"Pejabat Tuan Fudhail ada kat tingkat 11. Bukan kat sini, " Awdra senyum plastik.

"Oh, tingkat 11? Patut rasa macam salah masuk office je, "

"Ehem.. Tengku Cairel, mohon Tengku Cairel keluar dari pejabat saya. Saya ada banyak kerja nak dibuat ni, "

"Nak aku tolong? "

"Tak payah! " potong Awdra.

"Uish, garangnya mak aih. Tak elok tau Cik Awdra marah-marah tengah hari macam ni. Boleh cepat tua dengan darah tinggi, "

Awdra ketap bibir. Ish, si mulut laser ni. Betul-betul jugak aku sumbat masuk heels dalam mulut dia ni nanti.

"Saya banyak kerja ni. Tolonglah faham, " rayu Awdra.

Tengku Cairel teleng kepala ke kiri. Kedua tangan yang berotot itu disilang lalu diletakkan ke atas meja pejabat Awdra. Awdra yang menyarung kemeja lengan panjang warna hitam dengan skrit labuh warna hitam itu direnung dalam-dalam. Sengaja mahu menambah rasa gerun Awdra.

Awdra telan liur. Eh, tiba-tiba jadi scray pulak Tengku Cairel ni. Kejap kelakar, kejap baik, kejap jadi kejam. Dia ni ada split personality ke? Ish, menyesal pulak aku kutuk dia tadi.

"Aku datang ni nak ajak kau jumpa someone. Lagipun, sekarang waktu lunch.
Tak elok kalau skip lunch. Nanti gastrik, "

Eh, kata haritu malam Sabtu? Ini tiba-tiba tengah hari Isnin ni kenapa pulak?

"Jumpa siapa? "

Tengku Cairel senyum. Menambahkan lagi rasa kurang senang di hati Awdra. Eh eh, dia senyum pulak dah.

"Kalau nak tahu, kena lah ikut. "

Awdra hanya memandang Tengku Cairel yang segak berkemeja putih dengan satu set seluar dan blazer berona dark grey. Tali leher berwarna maroon menambah lagi karisma lelaki itu.

"Cepat lah! Tercegat pulak kau, "

"Kejap! Kejap! "

*****

Awdra hanya senyum nipis. Dia kurang selesa asyik ditenung oleh mata tajam itu sejak 15 minit yang lalu. Wanita yang sama tinggi dengannya itu sama gerun dengan Tengku Cairel. Gaya pandangan matanya saja sudah bagai harimau mahu menerkam mangsanya. Sebiji macam Tengku Cairel.

Ni adik dia ke?

Wanita bergincu merah dengan rambut hitam ikal mayang yang dibiar lepas tidak berikat itu diam saja dari tadi. Langsung tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya melainkan matanya yang semacam mahu psycho Awdra saja. Tengku Cairel di sebelahnya hanya duduk bersahaja. Macam tiada apa-apa yang terjadi!

Si Cairel ni kan, kejap lagi aku tembak guna M14 jangan tanya kenapa.

"What's your name? " soal wanita itu tiba-tiba.

"Hah? " Awdra tercengang. Terkejut tiba-tiba disoal begitu.

Uish, dingin betul suaranya. Ini baru tanya nama. Kalau tanya pasal background, silap-silap k.o. aku kat sini. Fuh... mohon dijauhi!

"I asked you, what's your name? " ulang wanita itu.

"A... A... Awdra Fitri, "

Tengku Cairel disebelahnya sedang menahan tawa. Awdra ketap bibir. Menyempat lagi kau ya? Tunggu kau nanti.

"Ehem, "

Wanita itu berdeham. Memandang Awdra dengan sebelah keningnya terangkat tinggi. Tiba-tiba dia membisikkan sesuatu
ke telinga Tengku Cairel.

"So, this is the random girl? She's quite scary. Abang bagitahu dia nak jumpa Fai ke nak jumpa arwah Daddy? " bisik wanita itu.

Serta-merta Tengku Cairel ketawa. Terkejut Awdra dibuatnya. Ya lah, wajah wanita itu nampak serius saja tapi boleh pula Tengku Cairel ketawa. Ketawa di tengah-tengah ketegangan ini.

"A big sorry for you, Fai. Abang tak cakap yang Abang nak bawa dia jumpa Fai. For your information, I like her style although it quite scary. She's unique, right? " bisik Tengku Cairel.

"Unique, my leg. "

Tengku Fairose Izyan kelihatan mencebik. Sekaligus menyebabkan Awdra rasa gemuruh.

Haa, sudah. Apa pulak mamat ni mengumpat aku kat perempuan ni sampai muka dia jadi tegang macam tu? Cairel ni kan, betul jugak aku tembak nanti ni.

"What's your name again? "

"Awdra Fitri, "

"Berapa adik-beradik? "

"2, "

"Tinggi? "

"168, "

"Saiz kasut? "

"39, "

"Favourite food? "

Eh, banyak tanya jugak dia ni. Favourite food pun nak tanya ke? Kang aku jawab makanan kucing baru tahu.

"Apa-apa pun boleh, "

"Nama ibu You? "

"Asiah, "

"Your father? "

"Farouqi, "

"You ada adik atau kakak atau abang? "

"Adik, "

"Gender? "

"Lelaki, "

"Nama? "

"Amir Firzal, "

"Umur dia? "

"18, "

"Umur You? "

"25, "

Terus Tengku Fairose memandang Tengku Cairel dengan sebelah kening terangkat tinggi. Tengku Cairel hanya berdehem perlahan. Membuat wajah tidak puas hati.

"You kenal siapa I? " soal Tengku Fairose.

Serta-merta Awdra geleng. Jelas kelihatan wajah hampa wanita yang duduk setentang dengannya itu. Mungkin jawapan dari Awdra kurang memuaskan hatinya.

"Berapa lama kenal Cai? "

Kejap, kejap. Cai? Siapa Cai? Cairel? Khairul? Khairil? Khairi Jamaludin? Khai Bahar? Kai EXO?

"Siapa Cai? " soal Awdra spontan.

Terbeliak terus mata Tengku Fairose. Serta-merta dia memandang Tengku Cairel di sebelahnya. Tengku Cairel yang turut sama memandang Tengku Fairose juga tampak terkejut.

Aku salah cakap ke? Tak kan? Kan?

"Serious You tak tahu siapa Cai? "

"Ya Allah, sumpah saya tak tahu siapa Cai yang Cik maksudkan ni. "

"Cai is my brother. Him! " jari Tengku Fairose dituding kepada Tengku Cairel.

Terbeliak besar mata Awdra. Terkejut tak terkata. Perempuan ni adik dia? Patut sama je perangainya!

"Awak adik Tengku Cairel? "

"Yup, Tengku Fairose Izyan. Nice to meet you, " Tengku Fairose senyum.

Haa, kan cantik tu senyum. Ini tidak. Muka kelat je dua kali lima macam Tengku Cairel tu.

"So, berapa lama kenal Abang Cai? " soal Tengku Fairose.

"Baru je, Tengku. "

"Ish, don't call me Tengku. Call me Fai. Beza setahun je. "

Eh, tiba-tiba mesra alam pulak? Aduh... biul jugak kepala otak aku ni nanti. Tadi serious macam hakim mahkamah, ini ramahnya bukan main lagi dengan senyum lebar sampai ke telinga.

"I like her. But make sure dia jadi isteri abang, bukan setakat tunang macam Kak Sai dulu. " bisik Tengku Fairose.

Tengku Cairel telan air liur. Mati lah aku. Kalau dia orang tahu ni hanya perjanjian semata, fuh... tak dapat bayang macam mana.

"Abang Cai layan You baik tak? "

Automatik mata Awdra memandang Tengku Cairel. Lelaki itu kelihatan seperti cacing kepanasan. Resah semacam Timbul idea jahat.

Hehehe.....

"Dia tuduh saya culik dia, "

Pantas saja Tengku Fairose menjeling tajam abangnya. Tengku Cairel sudah menggeleng laju. Menidakkan kata-kata Awdra.

"Eh, main fitnah je kau eh? Bila pula aku cakap kau culik aku? Mana ada, "

"Eleh, jangan tipu lah. Habis tu, yang awak kata saya ni tak ada maruah tu apa? " getus Awdra.

"Whoa whoa whoa, relax guys. Siapa yang betul ni? " celah Tengku Fairose.

"Abang! "

"Saya! "

Awdra dan Tengku Cairel masing-masing menuding jari ke wajah sendiri. Kemudian mereka berpandangan sesama sendiri. Masing-masing pamer wajah tidak puas hati.

"Takkan Fai tak percaya kat abang sendiri? Hmm? " giat Tengku Cairel.

"Eh, mestilah percaya. Tapi muka abang tu macam tak boleh percaya sangat. Banyak kali dah abang tipu Fai. Susah nak percaya, "

"How dare you, Fairose Izyan. " Tengku Cairel ketap bibir.

Tidak semena-mena Tengku Fairose ketawa. Tawanya mengundang pelik Tengku Cairel dan Awdra.

"Why are you laughing? " soal Tengku Cairel. Jengkel dengan tawa adiknya.

"You guys ni sesuai lah sama-sama. Dua-dua sengal! "

Awdra dan Tengku Cairel berpandangan. Masing-masing kerut dahi.

"Sesuai?! "

*****

"Kau serius ke nak tunang dengan Tengku Cairel tu? " soal Arisa.

"Serius lah, "

"Awdra, macam mana kalau dalam masa tiga bulan ni ada sesuatu jadi? Then kau terpaksa langgar perjanjian ni. Macam mana kau nak bayar ganti rugi tu? "

"Ris, aku betul-betul perlukan duit untuk kos pembedahan Mama. "

"Lepastu, senang-senang je kau percaya Tengku Cairel yang kau baru kenal hanya empat hari tu? "

"Aku tak ada pilihan, Ris. Kalau kau jadi aku, aku yakin kau pun akan buat benda sama. "

Arisa mengeluh panjang. Sesekali kepala digeleng perlahan. Dia kenal Awdra sudah lama. Dia jelas dengan sikap Awdra. Sejenis yang teguh dengan pendirian.

"How about Noah? "

"Ris, Noah dan aku dah tak ada apa-apa hubungan pun. Dia dah pulang balik semua hadiah yang family aku bagi dan aku pun dah pulang balik hadiah yang family dia bagi. "

"So, bila kau nak jumpa family Cairel? "

"Hujung minggu ni agaknya, "

"Kau dah prepare ke apa yang patut? " soal Arisa.

"Kau nak aku prepare apa, Ris? Kereta kebal Sarjan Hasan? "

"Alaaa, mana tahu kut kut...."

Terbeliak mata Awdra. Dia tahu apa yang Arisa fikirkan. Serta-merta tangannya menampar bahu Arisa.

"Ish, otak kuning! "

Arisa ketawa mengekek. Tangan kanan menggosok bahu yang sakit akibat ditampar Awdra tadi.

"Alah, kau ni tak fun lah. "

"Apa fun fun? Nak cuba masuk rumah panjang ada dua tiang putih kat luar? "

"Eh, kau ni. Tak baik tau. "

"Eleh, tak baik konon. "

"Awdra, "

Terus air muka Awdra berubah. Arisa juga sudah berwajah cemberut. Sedaya upaya Arisa menggeleng agar Awdra tidak menoleh belakang. Tapi, Awdra kan? Mana nak dengar. Kepala batu.

Awdra menoleh. Matanya membesar sedikit memandang figura lelaki yang sedang berdiri dihadapannya kini.

"Noah, "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience