Bab 5 - Agreement Karut!

Romance Completed 27688

Adriz menolak perlahan pintu selak wad. Dia senyum nipis tatkala terlihat seorang wanita yang duduk di katil hospital sedang makan disuap seorang jururawat.

"Assalamualikum, "

"Wa'alaikumussalam, "

"Maira sihat? " soal Adriz.

Kerusi di sisi katil ditarik perlahan lalu dia duduk. Jururawat yang menyuap wanita yang digelar Maira itu kemudian berjalan keluar sambil menatang dulang makanan. Sempat Adriz mengucapkan terima kasih.

"Alhamdulillah, Maira okay. Abang okay? "

"Tak jugak. Susah hati abang nak tinggal Maira kat sini sorang-sorang. " luah Adriz.

Nurul Umairah senyum nipis dengan bibir merekahnya. Wajahnya pucat lesi. Tampak putih bagai tidak berdarah.

"Rayyan dengan Raisya mana? " soal Umairah.

"Ada kat rumah Mak. Petang nanti baru abang ambil. "

"Alaa, baru ingat nak spend time dengan dia orang. "

"Maira jangan risau. Esok abang bawa dia orang datang jenguk Maira. Esok kan cuti? " pujuk Adriz.

Umairah hanya mengangguk akur.

"Abang, "

Adriz menunduk memandang tangannya yang digenggam lembut oleh Umairah. Sejuknya tangan Umairah menambah rasa risau dalam hatinya.

"Abang, Maira tak rasa Maira boleh sembuh. "

"Maira, kenapa cakap macam ni? Abang tak suka Maira cakap macam ni. "

"Ajal dan maut tu pasti, abang. Maira tahu kalau abang tak redha Maira cakap macam ni. Maira izinkan kalau abang nak kahwin dengan orang lain lepas Maira dah tak ada. Raisya dan Rayyan perlukan kasih sayang seorang ibu. Kalau bukan demi Maira, buat demi Raisya dan Rayyan. Boleh? "

Adriz mengeluh perlahan. Hatinya terasa bagai direntap kasar. Terasa tubir matanya panas. Sungguh dia merasa sebak.

"Maira, Maira tidur dulu eh? Lagi lambat Maira tidur, lagi banyak Maira merepek. "

Adriz perlahan-lahan menolak bahu Umirah agar wanita itu baring di katil. Selimut ditarik menutupi tubuh isterinya. Risau jika Umairah kesejukan.

"Abang keluar dulu. Ada apa-apa Maira panggil. Okay? "

Umairah hanya senyum hambar. Dia mengangguk akur.

Adriz melangkah keluar dari wad. Air mata tak mampu lagi ditahan. Cepat-cepat dia duduk di bangku ruang legar tingkat wad itu. Dia menunduk sambil kedua tangan menongkat wajah.

"Kalau bukan demi Maira, buat demi Raisya dan Rayyan. "

Dia mengeluh panjang. Melepaskan segala keresahan dalam hati. Air mata diseka.

Dia menoleh ke kanan. Seorang wanita bertudung biru lembut menyarung kot putih sedang menekup wajah. Jelas kedengaran esak tangisnya.

"Cik, Cik nangis ke? "

Wanita itu cepat-cepat angkat wajah. Pantas saja jari-jemari menyeka air mata. Dia memandang Adriz dengan matanya yang merah akibat menangis.

"Hah? "

"Cik nangis ke? Mata merah je, "

"Eh, tak lah. Mata masuk habuk je, " dalih wanita itu.

Habuk? Mana datang habuk dalam air cond ni?

"Kejap, saya macam pernah nampak awak lah. " ujar wanita itu.

Adriz kerut dahi mendengar kata-kata wanita itu. Pernahkah mereka bertemu?

"Awak lelaki yang bayarkan makanan saya semalam, "

"Oh, awak? "

"Wah, kecil betul kan bumi ni? " Umirah senyum lebar.

"Ha'ah. Tak sangka boleh jumpa awak kat sini, "

"Eh, jap. Awak buat apa kat sini? " soal Umirah.

"Saya lawat isteri saya, " jawab Adriz.

Oh, dah kahwin.

"Awak pulak buat apa kat sini? " soal Adriz.

"Saya practical doctor kat sini. Oncology. Lagi dua bulan habis lah practical, "

"So mean awak kenal Umairah? "

"Umairah isteri awak? "

Ada riak hampa di wajah Umirah. Adriz pula kelihatan hanya mengangguk.

"Kenapa? " soal Adriz.

"Em, nothing. Oh, ya. Saya Umirah. Fathi Umirah. You can call me Umi, " ujar Umirah memperkenal dirinya.

Umairah.

Umirah.

"Saya Adriz. Adriz Rafi, "

*****

"Macam mana dengan keadaan ibu saya, doktor? "

"Macam ni lah, Cik. Saya bukan nak bebankan Cik. Saya faham kalau Cik bukan orang senang. Saya pun tak terlintas nak bebankan Cik. "

"Penyakit Puan Asiah dah makin melarat. Kalau kita tangguhkan lagi pembedahan macam haritu, saya risau penyakit Puan Asiah bertambah teruk. "

"Jadi, berapa jumlah kos keseluruhan pembedahan? " soal Awdra.

"Tiga puluh ribu ringgit, Cik. "

"Ti.. ti.. tiga puluh ribu? "

"Ya, tiga puluh ribu. Tapi, kita memang tak boleh tangguh lagi pembedahan macam sebelum ni. Duit tiga puluh ribu tu boleh dicari, Cik. Tapi nyawa ni hanya ada satu. Tiada ganti, "

Awdra terdiam. Sedikit sebanyak terkesan dengan kata-kata menusuk doktor wanita itu.

"Insha Allah, doktor. Saya akan usahakan, "

"Sama-sama kita berdoa, Cik. Semoga Allah mudahkan kita, "

"Amin, "

*****

Tengku Cairel geleng perlahan kepalanya tatkala melihat Awdra melangkah masuk ke dalam cafe. Gadis itu hanya menyarung drop-shoulder hoodie berwarna hitam yang dipadankan dengan pleated skrit juga warna hitam. Santai saja penampilannya malam ini.

Hitam.

Hitam lagi.

Dan..

Seram.

Matanya hanya memandang Awdra yang bertocang french braid itu menarik kerusi setentang dengannya lalu duduk. Beg silang Awdra letak di atas riba. Kedua tangan diletak atas meja.

"So, ada apa Tengku Cairel nak jumpa saya? "
"Order makan dulu. I'm hungry, "

"Suka hati Tengku, "

Tengku Cairel melambai tinggi tangannya ke udara. Tak lama kemudian datang seorang pelayan lelaki bersama buku menu. Buku menu yang dihulur Tengku Cairek sambut lembut. Kemudian dia membelek-belek buka menu seperti Awdra.

"Nak makan apa? " soalnya.

"Spagetti lah. Boleh? "

Buku menu diletak atas meja oleh Tengku Cairel. Awdra merengus. Lelaki ini buat tak layan saja. Geram!

"Two cup of black coffee and two plate of bolognese, "

"Okay, sir. "

Pelayan itu berlalu pergi bersama buku menu. Lima minit selepas itu datang seorang lagi pelayan yang kali ini membawa makanan yang ditempah oleh Tengku Cairel.

"Eat first, then we talk. "

Awdra hanya akur. Sudu dan garu di kedua sisi pinggan diambil lalu dia mula menjamah. Wah, sedapnya!

Tengku Cairel mengerling Awdra yang sedang makan. Terbeliak matanya terkejut. Laju betul makan! Dia separuh pun tak luak lagi. Macam vakum.

Tengku Cairel tiba-tiba berdeham lalu meletakkan satu sampul berwarna perang muda bersaiz A4. Dia sudah agak yang sampul itu akan mengundang wajah pelik Awdra.

"Apa ni? "

"Read it, " arah Tengku Cairel.

Awdra mencebik. Pinggang diletak tepi. Sampul berwarna perang muda itu diambil lalu dibuka. Kandungan di dalamnya dikeluarkan lalu dibaca.

Tidak semena-mena dia ketawa. Ketawa berdekah-dekah hingga membuatkan pelanggan lain merasa kurang selesa. Tengku Cairel sudah kerut dahi. Pelik mengapa Awdra ketawa sakan.

"Apa yang kelakar sangat? "

"Awak nak suruh saya jadi tunang awak? " soal Awdra, masih lagi dengan tawanya.

"Ya lah, macam yang kau nampak dalam agreement tu. Kenapa? Ada masalah? "

"Kejap, kejap. Lawak apa Tengku Cairel buat malam-malam macam ni? Tunang? Aduh.. Tengku ni patutnya tak payah kerja kat TRK Bersatu tu. Masuk je Maharaja Lawak, " Awdra menyambung kembali tawanya.

Tengku Cairel merengus geram. Kedua tangan sasanya disilang. Riak wajah tidak puas hati dipamer.

"Be serious, Awdra. "

"Saya serius lah ni, Tengku. Takkan lah pasal tayar kereta haus tak mahu kempis tak mahu tu pun Tengku nak berkira? "

"Hello, Cik Awdra. Tayar haus tak mahu kempis tak mahu yang kau hina tu tayar kereta kesayangan aku tahu tak? "

"Tak, tak tahu pun. " balas Awdra selamba.

Tengku Cairel ketap bibir. Geram dengan sikap bersahaja Awdra. Ingat tayar kereta dia jatuh dari langit ke? Kalau meletup haritu macam mana?

"Kira untung lagi tahu tak aku tak suruh kau bayar untuk tayar kereta aku. Nasib tak meletup, kalau meletup haritu memang aku saman kau ni. "

Awdra mencebik. Meletup? Dia bukan pakai kasut tapak paku pun. Mustahil lah nak meletup. Merepek betul.

"Tengku ni sama macam kuda. Kedekut! Mustahil bin ajaib tayar kereta tu nak meletup. Saya bukannya pakai heels tajam macam paku pun! "

Dahi Tengku Cairel serta-merta berkerut. Amboi, dia samakan aku dengan kuda? Melampau budak kecil ni.

"Kalau kau setuju nak jadi tunang aku, aku akan bagi kau RM50,000 sebulan. Macam
mana? "

Awdra telan air liur. RM50,000? Banyaknya tu. Terlebih cukup untuk kos perubatan Mama.

"Kenapa? Tak cukup? Nak aku tambah lagi? " soal Tengku Cairel sementelah Awdra hanya diam saja dari tadi.

"Eh, bukan tak cukup. Tapi, tak payah kut rasanya sampai nak bagi 50,000 sebulan. Saya yang 'rosakkan' tayar kereta Tengku, bukan Tengku. "

Tengku Cairel senyum senget. Kedua tangan diletak atas meja. Wajahnya didekatkan sedikit memandang wajah Awdra.

"Memang lah. Anggap tu duit gaji kau, "

"Duit gaji? " dahi Awdra berkerut.

"Duit gaji lah. Lepas tiga bulan, kau nak buat apa dengan duit tu buat lah. I don't care, "

Kalau dia setuju, duit tu semua dia boleh gunakan untuk pembedahan Mama. Patutkah dia setuju? Kalau tak setuju rugi pulak. Banyak tu kut.

"Just for three months, Awdra. Lepastu, kita akan bawa haluan masing-masing. "

"Kalau parents awak tanya kenapa kita berpisah lepas tiga bulan tu macam mana? " duga Awdra.

"Easy. Cakap aje lah konon-kononnya kita ni dah tak serasi. Then my Mum will fine with it and she'll never ask me about finding a wife. "

"Tengku Cairel, awak ingat saya ni barang ke sampai awak boleh guna sesuka hati. Bila nak guna, guna. Tak nak, buang. Saya ni bukan barang dagangan macam zaman Kesultanan Melayu Melaka tu tau. Saya bukan untuk dijual beli sampai nak bayar RM 5,000 sebulan. Nak saya translate jadi English? I'm not for sale. Read my lip, not for sale! " bebel Awdra sambil jari telunjuk ditunjuk ke bibirnya yang mengungkap kata.

"Then, be my wife. Senang, "

"Ergh....! " Awdra merengus geram.

Mamat sentul ni kan, aku piat-piat telinga dia baru tahu! Aku ni bukan kain lap meja kedai dua ringgit! Agreement bagai pulak. Argh... karut! Semua ni karut!

"Macam mana? " soal Tengku Cairel.

"Kalau saya tak nak? " duga Awdra.

"Kalau tak nak, terpaksa lah aku buat police report. Ya lah, kau kan dah rosakkan tayar kereta kesayangan aku. "

"Eleh, patutlah tak laku. Lepas tu nak suruh saya pulak jadi tunang Tengku pulak, " Awdra mencebik.

Tengku Cairel terkedu. Budak kecil ni baru dia tak laku ke tadi? Tak laku?!

"Ulang balik apa kau cakap, "

"Tak laku. Kenapa? Ada masalah? "

"Berani kau cakap aku tak laku eh? Ke kau nak tengok surat saman masuk dalam peti surat rumah kau? " giat Tengku Cairel.

Gulp!

"Okay, okay. Saya setuju. Mana? Mana nak sign? "

Tengku Cairel senyum senget.

"Tapi, kalau dalam masa tiga bulan tu kau mungkir perjanjian ni, kau kena bayar balik ikut jumlah duit yang ada dalam perjanjian ni. The whole sum of money. Think about it wisely, Awdra. "

Gulp! Bayar balik?

Alah Awdra, setakat tiga bulan dengan lelaki macam Tengku Cairel ni apa sangat lah. Kalau kau boleh tahan dua tahun dengan lelaki cikaro macam Noah tu, inikan pula tiga bulan dengan Tengku Cairel kerek ni.

Easy lah, bro. Easy!

"Saya setuju, "

"Good. Sign sini, "

Serta-merta Awdra mengambil pen yang dihulur oleh Tengku Cairel lalu menurunkan tandatangannya di ruang kosong yang tunjuk lelaki itu tadi.

"Nah, " Tengku Cairel meletakkan satu kotak petak segi empat tepat warna putih di atas meja.

"Apa ni? " Dahi Awdra berkerut.

"Telefon. Ambil lah, aku bagi. Number aku dah ada dalam tu. Apa-apa, call je. "

Terbeliak mata Awdra memandang kotak telefon itu silih berganti dengan Tengku Cairel yang sedang menghirup kopi.

Gila. Mamat ni memang dah gila. Biar betul nak bagi aku telefon macam tu je? i-Phone 11 ni kut. Dia ni, bagi telefon kat orang macam bagi lolipop. Selamba badak macam tu je. Ini telefon choy!

"Take it, "

"Tak nak lah. Saya tak perlu lah telefon ni semua. Public phone berlambak. Membazir je. Lagipun... saya tak reti lah guna telefon macam ni. "

"Aku boleh ajar, "

"Tak nak. "

"Ambil, "

"Tak nak saya kata! "

"Ambil! "

"Tak nak! "

"Okay, fine. Jangan marah kalau aku ambil lepas tu aku sumbat dalam tekak kau, " ugut Tengku Cairel.

Awdra merengus. Tengku Cairel dijeling tajam.

"Ya lah, ya lah. Saya ambil! "

Kotak telefon dibuka lalu telefon itu diambil. Kagum juga dia sebentar sambil tangan membelek-belek telefon itu. Sumpah jakun!

"So, mulai esok kau akan officially jadi girlfriend olok-olok aku. Next week, aku akan bawak kau jumpa family aku. Lepastu, minggu depannya kita tunang. Okay? "

"Huish, gila cepat! Tengku ni masuk F1 ke apa? Gelojoh gila, "

"Aip, watch your words, Awdra. Kau nak aku betul-betul saman kau? "

"Whatever lah, Tengku. Apa-apa pun saya nak balik dulu. Nanti mak saya marah pulak. "

Awdra bangkit dari kerusi. Beg silang diambil lalu disilang ke bahu.

"Terima kasih lah ya untuk telefon ni. Lepas tiga bulan saya janji bagi balik kat Tengku. " Awdra menunduk sedikit lalu mula melangkah.

"Eh, wait! "

Awdra menoleh. Kedua kening terangkat.

"Ya? "

"Makanan ni semua siapa nak bayar? " soal Tengku Cairel.

Awdra merengus. Tengok tu. Betul dah aku kata. Mamat ni memang dasar kuda. Kedekut!

"Tengku lah bayar. Banyak duit kan? "

Awdra sempat menjelirkan lidahnya kepada Tengku Cairel yang sudah berwajah cemberut itu. Bengang barangkali. Dia menyambung kembali langkahnya.

"Hey! Awdra! "

*****

Tengku Cairel meletakkan kasutnya ke dalam almari kasut build-in di tepi pintu masuk rumah. Pintu rumah yang tidak berkunci itu dipulas tombolnya lalu dia melangkah masuk.

"Haa, Rel. Macam mana? "

Belum tiga tapak lagi dia melangkah masuk, sudah diterpa oleh nendanya. Tengku Cairel mengeluh perlahan.

"Nenda, Rel baru sampai. Duduk pun tak sempat lagi, "

"Okay, okay. Kita duduk dulu, " terus Tengku Soelihah menggamit cucunya untuk duduk bersama di sofa ruang tamu.

"Macam mana? " soal Tengku Soelihah sekali lagi.

"Dia setuju dengan agreement tu, "

"Ish, tak kreatif lah Cairel ni. Buat agreement bagai. Ingat ni MoU ke? Kenapa tak ikut plan Nenda? Kenal dia, berkawan dengan dia, lepas tu cinta akan datang naturally. Bukan terpaksa macam yang Rel buat ni, " kritik Tengku Soelihah.

Tengku Cairel hanya diam. Sudah agak reaksi nendanya begitu. Siapa saja setuju dengan rancangannya mahu menyuruh Awdra menjadi tunangan palsu?

"At least dia setuju, "

"Setuju tu memang setuju. Tapi, macam mana Rel nak buat dia jatuh cinta dekat Rel? " giat Tengku Soelihah.

"Nenda, ni baru first step. Banyak lagi step lain. Nenda sabar lah, " dalih Tengku Cairel.

"Banyak pula step dia. Nenda sekeh nanti baru tahu! Mum Rel bagi masa 3 bulan je tau! " marah nendanya. Tangan nendanya sudah ke udara. Sudah siap sedia mahu menyekeh kepala Tengku Cairel.

"Sabar, Nenda. Sabar dulu. Biar Rel habiskan cakap dulu, " kedua tangan sudah di atas kepala, mahu melindungi kepalanya dari disekeh nendanya.

"Cakap cepat, "

"Tapi, Mum tak tahu lagi pasal ni. Tak apa ke? "

"It's okay. Nanti-nanti pun boleh cerita. So, bila Rel nak bawa dia jumpa Nenda? "

"Amboi, Nenda. Tak menyempat betul, " Tengku Cairel tersengih.

"Mesti lah. Dah lima tahun tau cucu Nenda seorang ni solo. Cepat lah cakap, "

"Rel bagitahu dia minggu depan jumpa Nenda. Rel dah suruh dia get ready. "

"Iya? Tak sabarnya nak jumpa dia. Mesti kalau depan-depan cantik kan? "

"Cantik lah jugak, "

Tengku Cairel senyum. Terbayang di minda akan wajah Awdra. Tidaklah secantik Saidatul. Namun cukup untuk menyejukkan mata memandang. Dengan anak mata hazel, pipi tembam, bibir merah semula jadi, kulit putih dan mulus bagai salji, tambah pula dengan lesung pipit di kedua pipi tatkala gadis itu senyum. Wah, iman boleh gugur!

"Eh, tersengih-sengih ni dah kenapa pula? Nenda yang tak sabar ke Rel yang tak sabar ni? Hmm? " tegur Tengku Soelihah.

"Hah? "

"Eh, dia ni. "

"Nenda, Rel naik dulu eh? "

Cepat-cepat Tengku Cairel bangkit dari duduk. Risau jika nendanya menyoal lebih-lebih. Takut tertangkap mengelamun seperti tadi. Langkah dilajukan mendaki tangga.

"Cepat-cepat tu nak ke mana? " perli Tengku Soelihah.

"Bilik lah, Nenda. Mana lagi? " laung Tengku Cairel.

Tengku Soelihah geleng kepala. Matanya memandang cucunya yang tergopoh-gapah mendaki tangga. Serupa dikejar harimau.

"Cairel, Cairel. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience