"Kau ni kenapa? Lesu je? " soal Umirah.
"Entahnya. Patutnya kau happy, excited sebab nak beli cincin tunang. Ni tak, kita orang ni pulak yang tergedik-gedik lebih-lebih." tambah Arisa.
"Betul tu. Banyak kut kedai kita dah pergi tapi semua kau kata mahal. Bukan Tengku Adeline dah bagi kau Credit card? "
Awdra hanya diam. Malas mahu berkata lebih. Patut ke aku excited untuk pertunangan olok-olok ni? Ini cuma sekadar lakonan. L. A. K. O. N. A. N. Lakonan.
"Awdra, kau dengar tak apa kita orang cakapkan ni? " soal Umirah.
"Hah? Dengar, dengar. "
"Ya ke dengar? Nampak kau asyik termenung je dari tadi. Kau okay tak ni? " soal Arisa pula.
"Aku okay. Jom. Korang nak beli apa, beli lah. "
Arisa dan Umirah berpandangan kemudian memandang Awdra yang sudah jauh ke hadapan. Gaya bercakap tu macam Angin Monsun Timur Laut dah sampai Malaysia. Terlalu sukar sebenarnya untuk mentafsir Awdra. Dia suka memendam. Tak suka meluah. Pelik dan aneh.
"Kenapa tu? " soal Arisa.
"Entah. Angin kus-kus kut. Tah ya tah lah," Umirah angkat bahu.
Baru saja mereka mahu mengejar Awdra, tiba-tiba datang seorang lelaki menegur sahabat mereka itu. Masing-masing terlopong.
"Handsome siot! " sorak Arisa.
"Uish, Awdra ni macam magnet woh. Semua lelaki lekat, " tambah Umirah.
"Tu lah. Jealous aku, " rungut Arisa.
Awdra kerut dahi. Sudah banyak kali. Rasa macam ini bukan kebetulan lagi. Ini lebih macam dia diekori Tengku Houdini Irfan.
"Awak shopping eh? " soal Tengku Houdini.
"Yup. Dengan kawan saya, " ibu jari ditunjuk ke belakang. Umirah dan Arisa melambai ke arah Tengku Houdini. Masing-masing tersenyum miang.
Macam tak pernah nampak lelaki!
Miang!
"Oh, saya pun shopping jugak. Saja beli baju baru. Hujung minggu ni saya ada function nak attend. "
Kejap. Function? Hujung minggu? Macam tarikh sama je dengan majlis tunangnya? Tiba-tiba dia teringat kembali sewaktu dia makan tengah hari di kediaman keluarga Tengku Cairel.
"Haritu, Pak Lang Awdra datang. " Tengku Soelihah.
Awdra yang sedang mengunyah makanan tidak semena-mena tersedak. Tercungap-cungap dia mencapai air. Air diteguk rakus sambil tangan memukul dada.
Nasi masuk hidung! Pedih choy!
"Ya Allah! Okay tak? " soal Tengku Adeline.
"Okay, okay. " Awdra mengangguk.
"Boleh Nenda sambung? "
"Boleh, boleh. "
"Haa, pasal preparation Awdra jangan risau. Semua biar kami settlekan. Awdra cuma perlu cari cincin je. "
Terus Awdra melopong. Tak terkelip mat memandang Nenda dan Mum Tengku Cairel itu.
"Awdra, do you hear me? " Tengku Houdini melambai-lambai di depan muka Awdra.
"Hah? "
"Ya Allah, awak termenung? Penat saya berbuih mulut bercerita, "
"Sorry, " ucap Awdra.
"It's okay. Back to topic, awak shopping apa? Baju? Kasut? "
"Saya nak beli cincin, "
"Cincin? " Kening Tengku Houdini terangkat sebelah.
"Ha'ah. Cincin tunang, "
Air muka Tengku Houdini terus berubah. Awdra yang sedar akan perubahan itu terus mengerut dahi.
Lain macam je mukanya tu? Aku ada cakap apa-apa yang buat dia terasa ke? Cincin tunang je kut.
"Dini, are you okay? " soal Awdra.
"Me? I.. I'm okay. I'm fine. Yea, I'm fine. " dalih Tengku Houdini.
Awdra senyum hambar. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena bilamana lelaki di depannya ini semacam resah. Macam ada sesuatu yang dirahsiakan.
*****
"Termenung lagi? " tegur Badriq.
Houdini menoleh. Senyuman nipis dihadiahkan kepada Badriq.
"Nampak macam ada masalah. Tak share? "
Houdini mengeluh. Dia kemudian bersandar di kerusi sambil mata merenung lukisan potret yang digantung di dinding studio mini itu.
"Entah lah, "
"Mesti pasal perempuan dalam potret tu kan? " teka Badriq.
"Ha'ah, "
"Bro, kau tak luahkan lagi ke perasaan kau kat dia? " soal Badriq.
Gelengan Houdini mengundang keluhan Badriq. Lelaki itu kemudian meraup wajah.
"Bro, kau tak kasihan ke dekat diri sendiri? Kau sanggup nak biar diri kau asyik terkenang kisah lama sedangkan orang lain happy dengan partner masing-masing. Sudah-sudah lah tu, Dini. Ei, aku tak tahu lah nak kata apa lagi kat kau ni weh. " bebel Badriq.
"Perempuan tu dah nak jadi tunang orang, "
"Belum kahwin lagi kan? Baru nak tunang? Dini, dalam hidup ni kita perlu persaingan untuk survive. Fight for yourself. Selagi perempuan tu bukan milik siapa-siapa, kau ada hak untuk miliki dia. " hujah Badriq.
Houdini ketap bibir. Kedua tangan disilang. Kata-kata Badriq ada betulnya juga.
"How about Sai? " soal Houdini.
"Sai is your past. Kau nak hidup di masa depan ke atau di masa silam? " giat Badriq.
"Nanti lah aku fikir, " dalih Houdini.
"Tu lah kau. Asyik nanti je. Bila dah melepas, mula lah nak makan hati. Nanti sangat, " sindir Badriq.
Houdini menjeling tajam Badriq. Lelaki itu selamba saja menghirup air milo dalam kotak tanpa sedikit pun mempedulikan jelingan tajam Houdini.
*****
Puan Asiah duduk bersimpuh di sebelah anaknya yang sedang merenung sejadah tempat bersujud itu. Hati tuanya resah melihat anak perempuannya yang kerap kali termenung.
"Dira, "
Awdra menoleh. Keningnya diangkat sedikit memandang ibunya. Seolah baru tersedar dari lamunan.
"Solat istikharah ya? " soal Puan Asiah.
Awdra senyum nipis. Tanda mengiyakan soalan ibunya. Kain telekung masih lagi tersarung di kepala.
"Ma, Mama rasa apa yang Dira buat ni betul? " soal Awdra.
Puan Asiah mengenggam erat. Tangan anak tunggal perempuannya itu dielus lembut.
"Dira dah solat istikharah kan? Dira, biar Allah saja yang bagi jawapannya. Mungkin bukan sekarang, mungkin esok, mungkin lusa. Kita tak tahu. Bagitahu Mama, apa yang Dira doa? "
Awdra menghela nafas dalam-dalam. Satu keluhan dilepaskan. Mata bersinar ibunya dipandang penuh kasih.
"Kalau betul Cairel jodoh Dira, Dira doa semoga dia selalu ada di sisi Dira. Selalu jaga Dira. "
"Alhamdulillah. Semoga Allah berikan petunjuk kepada anak Mama ni, "
Awdra senyum nipis. Dia mengangguk perlahan.
"Mama lupa nak tanya, appoinment Mama bila ya? " soal Puan Asiah.
Appoinment! Ha'ah lah. Bila eh?
"Hujung minggu depan, "
"Aik, bukan hari tu hari tunang Dira? "
Mata Awdra terus terbeliak. Mulut yang terlopong lantas ditekup.
"Ha'ah lah! Macam mana ni? "
"Alaa, jangan risaulah. Majlis tu kan petang. Appoinment kan pagi, "
Ha'ah. Ya tak ya jugak. Kau ni, Awdra. Kalau datang bodoh kau tu memang tak boleh bawak bincang.
"Esok Mama nak pergi jalan-jalan. Awdra nak ikut? " soal Puan Asiah.
Awdra senyum nipis. Dia menggeleng perlahan.
"Kalau Mama pergi nanti tak boleh? Mama kan tak sihat, "
"Awdra tak payah lah hantar. Mama boleh pergi dengan Amir. Jangan risau, "
"Naik kereta siapa? "
"Ris, "
"Ris? Dia cuti ke? "
"Ai, takkan dia tak bagitahu? "
Arisa cuti? Macam pelik. Tapi senyuman Mama ni lagi pelik. Macam sesuatu.
Share this novel