Bab 3 - TCI Lelaki 'Kuda'

Romance Completed 27688

Awdra berkalih ke kanan. Kemudian ke kiri. Dia sudah tidak boleh lena lagi. Dia menguap kecil.

Cahaya matahari pagi yang terik memancar memaksa dia membuka mata. Tangan didepa sambil meregangkan otot-otot badan. Dia memisat mata sambil tersenyum mamai.

Subuh!

Terus dia duduk 90 darjah. Mata terbuka luas. Cuak dibuatnya memikirkan tentang solat Subuh yang sudah ketinggalan.

Kejap... aku cuti lah!

Awdra geleng kepala. Pening dengn diri sendiri. Tatkala matanya terpandang satu figura yang sedang duduk termenung di kerusi sebelah tingkap kaca besar bilik suite hotel itu terus dia memisat mata.

Betul ke apa aku tengok ni?

Tiba-tiba mindanya teringat sesuatu. Pantas dia menekup mulut yang sudah terlopong luas. Kepala digeleng-geleng.

Dengan rasa cemas, dia menyelak selimut yang membaluti tubuhnya. Dia menarik nafas lega. Full bertutup. Bahkan stokin pun masih tersarung.

Ah, lantaklah!

Beg silang di tepi katil diambil lalu disilang ke bahu dengan berhati-hati. Kasut sneakers slip-on bercorak cheacker board diambil. Terinjit-injit dia berjalan di belakang lelaki itu.

"Where do you want to go? "

Awdra telan air liur. Sambim tersengih, perlahan-lahan dia menoleh memandang lelaki yang sedang menyilang tangan memandangnya itu. Serius saja wajahnya. Tampak tegas.

"Eh, Encik ni siapa? "

"Who are you?And how come I can get in here? " soal lelaki itu tajam.

"Er.. I think you've misunderstood. It not like what you think, "

Mustahil lah dia buat sesuatu dengan lelaki ini. Seingat dia, dia dalam perjalanan pulang ke rumah.

"What do you think I think about? " giat lelaki itu.

"Apa yang awak fikir saya buat? " soal Awdra spontan.

Eh, translate balik ni dah kenapa Awdra oi?

"Don't repeat my question. Tell me clearly. Macam mana aku boleh masuk dalam bilik ni, dengan kau terbaring atas lantai. Explain it, young lady. "

Amboi, kasarnya bahasa. Terbaring atas lantai? Aku?

Awdrs kerut dahi seketika. Serta-merta kejadian sebelum dia pengsan akibat terhantuk itu terlayar kembali di fikiran. Mata terbeliak besar menandakan dia terkejut.

"Awak! Awak yang menyusahkan saya! Awak yang pengsan, awak yang tak sedarkan diri. Separuh mati tahu tak saya papah awak masuk dalam bilik ni? Orang dah tolong tak reti hargai pulak, "

Jari telunjuk dituding bertubi-tubi ke wajah Tengku Cairel. Awdra merengus. Sempat dia menjelirkan lidahnya kepada Tengku Cairel yang berwajah cemberut itu. Pintu bilik dibuka.

Kebetulan dia ternampak seorang pekerja pembersihan. Lantas dia mendekati lelaki itu.

"Dik, boleh pinjam telefon? "

"Eh, Cik Awdra? Boleh, boleh. "

Pemuda itu kemudian menghulur telefon bimbitnya kepada Awdra. Awdra tersenyum sambil menyambut huluran pemuda itu. Laju jari runcingnya mendail nombor Arisa.

"Assalamualikum. Awdra ni, "

"Wa'alaikumussalam.. Hoi! Kau pergi mana? Tahu tak kami semua risau? Kau ni suka buat orang risau macam ni! "

Awdra menjauhkan telefon dari telinga lantas dia menggosok laju telinganya. Bingit! Kepala digeleng perlahan.

"Haa, aku tahu. Kau ada kat pejabat kan? Hantar aku balik, sekarang."

"Ewah, ewah. Suka hati kau je mengarah. Kau tahu tak, Amir sampai sikit lagi nak buat police report pasal kau hilang tau? "

Ah, mula sudah dia ni membebel.

"Ris, kau nak ke tak hantar aku balik ni? "

"Ya lah, ya lah. Aku pergi basement dulu, "

"Okay! Aku tunggu. "

Panggilan ditamatkan. Telefon dihulur kembali kepada pemuda tadi.

"Terima kasih, "

"Sama-sama,"

Pemuda itu kemudian berjalan pergi bersama troli besar berisi cadar kotor. Beg silang dibuka. Baru saja dia ingin mengeluarkan dompetnya, tiba-tiba disambar Tengku Cairel.

"Hey! Bagi balik! "

"Bagi balik? " Tengku Cairel senyum sinis.

Kad pengenalan Awdra dikeluarkan. Lantas dompet di zip kembali. Terbeliak mata Awdra melihat.

"Eh, nak buat apa tu? "

"I'm going to keep this first. Meet me tomorrow. Nanti aku miss call, " Tengku Cairel menayang kad pengenalan Awdra.

Terpinga-pinga Awdra menyambut dompetnya yang dihulur lelaki itu. Rasanya lelaki itu baru saja mengambil kad pengenalannya. Dah tu, macam mana dia mahu mencari kerja?

"Tell the room service. I need my breakfast, "

"Who's care about your room service? "

Awdra merengus. Suka hati saja mahu mengarah orang. Tengku Cairel yang sudah terlopong itu dijeling tajam.

Awdra berjalan selamba meninggalkan bilik Suite itu.

"Hey! Young lady! "

******

"Eh, kurang ajar betul! "

"Entahnya. Orang dah tolong, tak ucap terima kasih. Kalau aku lah kan, Awdra.. Dah lama aku hempuk kepala dia tu kat bath tub biar pecah. "

Awdra senyun segaris. Jus smoothie strawberi disedut dengan penyedut minuman. Kuat berangan betul.

"Kau ada cakap kat Pak Lang kau? " soal Umirah.

Awdra geleng.

"Ish, kau ni. Ni kira harassment tahu tak? Kau jugak cakap kan, masa kau pengsan tu atas lantai. Datang mana pulak cerita kau tiba-tiba ada atas katil tu? Ni mesti dia ambil kesempatan atas kau ni, " Arisa membuat telahan.

"Entah lah. Tapi aku bangun-bangun masa tu baju aku okay je. Tak ada kesan kena buka langsung. "

"Hmm. Jadi, bila nak jumpa lelaki tu? " soal Umirah.

"Dia kata esok, "

"Esok? Esok kerja lah. Dia tak kerja ke? Ni mesti menganggur ni, " Arisa membuat telahan lagi.

"Itu aku tak nak masuk campur. Apa aku tahu, aku malas nak jumpa orang tak kenang budi macam dia tu. And aku nak cari kerja. "

"Eh, aku ingat kau kerja kat hotel? "

"Umi, aku study engineering lah. Bukan hospitality. "

"Memang lah. Tapi itukan peninggalan arwah Papa kau. Kalau aku jadi kau lah Awdra, aku dah tak payah dah fikir nak cari kerja ke buat part-time ke macam kau. Senang, manage hotel je. " seloroh Arisa.

"Kau ni kuat berangan kan? " Awdra mencebik.

"Well, macam baru kenal aku hari ni kan? "

Arisa silang tangan lalu melirik ke arah Umirah. Umirah hanya angkat bahu. Mereka sendiri pun pelik dengan Awdra. Susah payah membuat kerja sambilan untuk mencari wang buat kos perubatan ibu Awdra. Kalau mereka jadi Awdra, habis saja belajar terus uruskan hotel peninggalan arwah ayah Awdra. Tak perlu Umirah susah-susah mohon jadi doktor pelatih dan Arisa susah-susah berpusing satu Petaling Jaya ini mencari kerja. Mujur saja Pak Lang Awdra sudi memberi bantuan.

"Eh, korang. Aku dah lewat ni. Lunch hour dah nak habis. Nanti masuk lambat, kena marah pulak. Gotta go, "

Arisa bangkit mencapai beg tangannya lalu berjalan pergi. Sempat gadis yang menyarung sut pejabat itu melambai ke arah Umirah dan Awdra.

"Aku nak pergi bayar dulu lah. Lepas tu nak tapau makanan untuk Zahira dengan Azwa. Dia orang minta aku belikan tadi, " Umirah bangkit dari kerusi.

Awdra hanya mengangguk.

"Kunci? " Tapak tangan disuakan.

"Oh, nah. " Cepat-cepat Umirah mengeluarkan kunci kereta dari beg tangannya.

"Aku drive eh? Lagipun aku ada tempat nak singgah kat area hospital tu. " pelawa Awdra.

"Hmm, okay. "

Awdra bangkit. Beg silang dicapai lalu dia
berjalan keluar. Sempat dahinya berkerut. Terlihat dua sekawan lelaki sedang berbual. Salah seorangnya mirip dengan lelaki malam tadi. Namun dia buat tidak peduli saja. Pelanduk dua serupa barangkali.

"Apa ni?! "

Terbeliak mata memandang sebuah kereta Porsche Cayenne putih yang diparkir senget. Menghalang kereta Honda City Umirah untuk keluar.

Macam sengaja je ni!

"Ish, siapa TCI 21 ni? Serabut lah! "

Mahu masuk ke depan pintu pun tak lepas. Inikan pula mahu masuk ke dalam dan menghidupkan enjin kereta.

Tuan kereta ni memang nak kena penampar selipar jepun dengan aku ni.

"Kejam betul kau ni, Rel. " Mahmud membuat statement.

Tengku Cairel mencebik. Dua tangan tegap berototnya disilang. Dia bersandar di kerusi.

"Betul cakap Hud tu, Rel. Aku bukan nak menangkan perempuan tu. Tapi tak salah kan apa dia buat? Dia just nak tolong kau je, " tambah Adriz.

"Korang tak tahu macam mana terkejutnya aku masa aku bangun awal pagi tu. Cuak tahu tak bila nampak perempuan tu pengsan atas lantai, "

"Eleh, eleh. Lepas tu kau kena tangkap cintan kan? " giat Mahmud.

"Nonsense, "

Mahmud senyum sinis. Jus mangga disisip sedikit. Sempat dia menggeleng perlahan.

"Since kau tak interested dengan the girl, why not kau bagi aku tengok IC dia? Mana tahu aku pulak boleh try? " seloroh Mahmud.

"In your dream, "

"So bila kau nak jumpa dia? " soal Adriz.

"Aku bagitahu dia esok. "

"Ada number? " soal Adriz lagi.

Tengku Cairel geleng kepala.

"Ish, potong stim lah kau ni! Baru aku berangan nak on the phone dengan dia. " marah Mahmud.

Tengku Cairel laju saja menjeling tajam le arah Mahmud.

"Aku dah text kau suruh siasat pasal perempuan tu kan? "

Mahmud terdiam.

"Ada eh? "

"Ada lah. Pagi tadi aku text, "

"Uish, peluang keemasan ni! "

Terus Mahmud membuka aplikasi Whatsapp di telefon. Tersengih-sengih dia membaca mesej dari Tengku Cairel.

"Cantik, Rel! Minggu ni jugak aku bagi detail perempuan tu, "

"Make it real, "

Tengku Cairel membuang pandang keluar. Matanya tiba-tiba terbeliak besar. Serta-merta dia bangkit tatkala terlihat ada kelibat berpakaian serba hitam seakan merosakkan keretanya.

Kereta kesayangan aku!

"Eh, kau apahal ni? " soal Mahmud pelik.

"Kereta aku! Aku gerak dulu, korang tolong bayarkan makanan aku eh? Nanti aku bayar balik, "

Tengku Cairel laju saja berjalan keluar meninggalkan Mahmud dan Adriz yang terpinga-pinga. Mahmud terus geleng kepala.

"Dia cakap apa? Aku tak dengar lah, " omel Adriz.

"Kereta dia lah. Sayang sangat kereta dia tu, "

Adriz turut sama menggeleng. Dia kemudian sama-sama memandang keluar seperti Mahmud. Melihat pergaduhan live Tengku Cairel dan gadis yang memakai t-shirt putih dengan kardigan labuh hitam dan dipadankan dengan seluar slack hitam itu.

"Hoi! "

Awdra senyum. Dia menoleh sambil tangan mencekak pinggang.

"Haa, sampai pun tuan kereta ni. "

"Kau?! "

"Awak lagi! "

"Hey, kau buat apa hah dengan kereta aku? " soal Tengku Cairel bengang.

Pantang betul dia kalau ada orang mengacau kereta kesayangannya itu. Kereta itulah kereta yang dia beli hasil dari titik peluh sendiri. Mestilah kesayangan! Sekarang dah faham kan?

"Daa, tak nampak kereta awak ni dah halang kereta saya nak keluar? " jari telunjuk Awdra ditunjuk ke kereta Umirah.

"Huh, menyusahkan! " Tengku Cairel merengus.

Terlopong mulut Awdra tidak percaya. Bagai baru disambar petir tatkala mendengar kata-kata Tengku Cairel.

Menyusahkan?

Aku menyusahkan?

Ada jugak nanti mamat ni betul-betul makan penampar mahal aku.

"Dah alang-alang kau ada kat sini, aku ada benda nak bincang. "

Awdra jongket sebelah kening. Kurang faham maksud Tengku Cairel.

Bincang?

Tengah panas begini?

Sah, mamat ni memang sewel.

"For what? "

"Yaa, we need to discuss this thing kalau kau tak nak aku buat police report pasal kau. "

Awdra melopong dengan wajah marah. Dia merengus geram.

"Report for what? Hello, saya tak buat apa-apa pun kat awak. And one more thing, bak balik IC saya. Saya nak cari kerja lah, " Awdra menghulur tapak tangannya.

Tengku Cairel senyum sinis. Anak rambut sebelah kiri digaru.

"Aku boleh buat report yang mengatakan kau telah mencabuli hak asasi kemanusiaan aku dengan membawa aku masuk ke dalam bilik tu tanpa kebenaran dan pengetahuan aku, "

Terlopong mulut Awdra. Eh, dia tolong bukan cabul! Apa ni?

"You want your IC, right? " giat Tengku Cairel.

"Mestilah! Bagi balik! "

"Then, you should agree with my requirement. "

"Requirement? Motif? " Awdra kerut dahi.

"Because kau sentuh aku tanpa kebenaran aku, "

Awdra kerut dahi marah. Terbeliak mata mendengar kata-kata Tengku Cairel. Makin panas hati melihat senyum sinis lelaki itu.

"What? Hey, how dare you? Awak ingat
saya ni tak ada maruah ke? Saya belum segila yang awak fikir untuk sentuh mana-mana lekaki. Saya masih waras! "

"Habis masa kau bawak aku masuk dalam bilik tu, tak fikir maruah kau? " soal Tengku Cairel sengaja memprovokasi.

"What is wrong with you? Awak ni yang tak ada maruah sebenarnya tiba-tiba nak kata orang pulak apahal? " mata Awdra terjegil geram.

Argh... kalau ada parang ayahnya di tangan, agaknya sudah terkerat lapanlah lelaki ini.

"Aip aip aip, nak aku buat police report ke? " giat Tengku Cairel.

"Okay, fine. So, what's your requirement? " Awdra merengus.

Tengku Cairel senyum sinis.

"Text aku malam ni. Nanti aku send the location. "

"But.. "

"But what? "

"Saya tak ada phone, "

"What?! "

Manusia apa hidup zaman teknologi canggih begini tapi tak ada telefon?

Dia ni time travel dari zaman Paleolitik ke?

"Ergh.. never mind. I'll give you one, "

Tengku Cairel lantas membuka dompet yang tadi dikeluarkan dari dalam saku seluarnya. Kad dihulur kepada Awdra.

"Nanti kau jumpa mana-mana public phone, kau call. "

Awdra hanya mengangguk. Kad dibelek-belek. Nampak mahal juga. jenis kertasnya. Design cantik pun cantik. Tiba-tiba dia tersenyum. Sedaya-upaya dia cuba menahan ketawa.

Iman? Pfftt...

"Iman? Seriously? " Awdra ketawa.

"What? Apa yang kelakar sangat? "

"Nama awak Iman? Fuh.. kenapa tak Sissy Iman je? Uish, terer gila mak awak
bagi nama, " Awdra masih lagi dengan sisa tawanya.

"People call me Cairel, bukan Iman. "

"Oo, pronounce Cairel tu bunyi huruf K ke rupanya? Ingat huruf C tadi. Pelik jugak, Cairrrrrel.... "

Tengku Cairel ketap bibir. Mata dipejam rapat. Kedua tangan disilang.

Ada aku penyet jugak budak kecil ni!

"Tak payah lah nak ejek nama aku sangat. Tak nak, bagi balik. "

"Eh, jangan macam tu. Tak elok buruk siku. Kad mahal ni kut, mestilah saya simpan. "

"Huh. Kau ni pandai betul cakap pasal orang. "

"Apa? " Awdra kerut dahi.

"Ya lah, cakap orang je lebih, habis nama kau tu? Kenapa tak Aidil Fitri je? Kenapa Awdra Fitri? "

Awdra mengetap bibir geram. Tengku Cairel dijeling tajam.

"Dah, blah lah. Kereta awak ni menyemak betul! "

Adriz dan Mahmud yang melihat hanya menggeleng.

"Nampaknya TCI dah jumpa Miss Right dia. " seloroh Mahmud.

"Serious? "

"And aku sure gila Cairel ada plan nak kenakan perempuan tu, "

"Plan? Motif? "

"Ya lah. Macam kau tak kenal Cairel. Mesti dia ada plan nak kenakan perempuan tu, "

"Apa-apa je lah, Hud. Aku nak balik dulu ni. Nak lawat Maira, "

Mahmud hanya menganggukkan kepalanya. Dia membiarkan saja Adriz bangkit dari kerusinya lalu berjalan ke kaunter pembayaran.

"Berapa? "

Adriz menoleh. Memandang gadis setinggi bahunya yang sedang mengeluarkan dompet dari beg tangannya.

"Dua puluh ringgit, "

"Sekejap eh, "

Dompet dibuka. Umirah membelek-belek dompet. Serta-merta matanya terbeliak.

Ini dompet baru beli semalam! Dompet lama yang ada duit. Aduh...!

"Kenapa, Cik? " soal juruwang itu.

"Er.. kalau saya cancel order boleh? " soal Umirah.

Adriz terus menoleh. Dahinya berkerut. Tahulah yang gadis itu tidak punya wang yang mencukupi.

"Tapi, Cik... "

"It's okay, " potong Adriz.

Umirah menoleh kanan. Terpaksa juga dia mendongak untuk melihat lelaki di sebelahnya itu. Tinggi semacam.

"Tak apa ke? "

"Tak apa. Saya bayar. Dua puluh kan? "

Umirah mengangguk. Dia memandang saja Adriz yang mengeluarkan sehelai not lima puluh ringgit dari dalam dompet lalu dihulur kepada juruwang.

"Sekali dengan meja 12, " tambah Adriz.

"Ni bakinya, Encik. "

"Terima kasih, Encik. " ucap Umirah.

"Small matter. Tak payah bayar balik. Saya ikhlas, "

Adriz lantas berjalan keluar dari cafe itu. Umirah mengeluh perlahan. Dia kemudian berjalan keluar. Dari jauh terlihat Awdra sedang bergaduh dengan seorang lelaki.

Aduh... dia buat lagi!

"Awak ni memang selfish kan? Bagi balik lah IC saya tu. Saya nak cari kerja macam mana? "

Cepat-cepat Umirah berlari ke arah Awdra.

"Awdra, kenapa ni? "

Awdra hanya merengus. Tangan disilang sambil mata cuba memandang tempat lain.

"Er.. saya minta maaf bagi pihak kawan saya ni. Harap Encik tak besar-besarkan hal ni ya? "

"Tak payah minta maaf. Bukan salah aku, dia ni mula dulu. " Awdra mencebik. Jari telunjuk ditunjuk ke arah Tengku Cairel.

Eh eh minah ni. Aku langgar kejap lagi baru tahu. Mulut macam mak nenek.

Tengku Cairel hanya mengangguk. Lantas dia masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan lalu kereta dipandu keluar dari petak parkir.

"Siapa lelaki tu? " soal Umirah.

"Tu lah lelaki semalam! "

"Hah?! "

- - - - - - - -
From Author
- - - - - - - -

Disebabkan ramai yang request nak update chapter every day, boleh tapi tak boleh hari-hari.

Sejak demenjak ni, I'm very busy. Sibuk dengan itu ini. Assignment itu assignment ini.

So, Zahwa akan update chapter malam hari Jumaat, malam hari Sabtu dan malam hari Ahad.

And, one more good news...

Dalam hari Isnin sampai Khamis tu, kalau ada masa Zahwa akan update satu chapter randomly. Tapi, Zahwa tak janji every week ada tau.. kalau tak busy Zahwa akan update randomly.

So, senantiasa lah bersabar. Hehehehe...

Love,

ZAHWA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience