Bab 35 - Epilog Cinta

Romance Completed 27688

"Jumpa lagi dua minggu, "

Saidatul mengangguk. Dia senyum nipis.

"Jangan lupa tau update dengan Sai and Dini pasal Abang. Kalau something happened, inform us. Insha Allah, kami akan berdesup fly balik Malaysia. " jamin Saidatul.

Awdra ketawa kecil. Dia mengangguk perlahan.

"Take care, Awdra. Kami masuk dulu, " ucap Tengku Houdini.

"Hmm, ya lah. Saya balik dulu. Nak jenguk Cairel, "

"Bye! " Saidatul melambai tinggi.

Awdra turut melambai ke arah Saidatul dan Tengku Houdini yang sama-sama menarik beg bagasi bersama. Pasangan suami isteri baharu itu tu akan ke Jepun untuk berbulan madu dan dalam masa yang sama untuk menguruskan MoU bersama wakil syarikat kolaborasi di sana.

Awdra mengerling skrin telefonnya. Telefon pemberian Tengku Cairel. Dia mengeluh panjang. Teringat pula akan lelaki itu.

Sudah tiga minggu, Tengku Cairel koma tidak sedarkan diri sejak kemalangan yang menimpa mereka semasa mereka mahu menyeberang jalan. Seminggu bertarung nyawa di ICU kini dipindahkan ke wad biasa.

Semua... salah dia. Dia lah punca. Dia punca Tengku Cairel kemalangan.

Pemandu kereta yang melanggar Tengku Cairel pun sudah dibawa ke muka pengadilan. Silap pemandu itu juga yang memandu sambil berbual di telefon. Namun Tengku Adeline tak mahu besar-besarkan hal ini. Biar pihak polis dan pihak makhamah saja yang uruskan. Nyawa Tengku Cairel lebih penting.

Sempat dia menoleh memandang Tengku Houdini dan Saidatul yang sudah melepasi pintu perlepasan. Dia senyum sendiri.

Awdra melangkah keluar dari lobi perlepasan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur itu. Pintu kereta dibuka lalu enjin dihidupkan. Keretanya meluncur laju menuju ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

******

"Awdra nak jenguk Cairel? " tegur Tengku Soelihah.

Dia yang baru saja keluar dari wad Tengku Cairel terus menutup pintu. Tak mahu menganggu lena cucunya itu. Matanya tertancap pada satu plastik merah berisi buah oren di tangan kanan Awdra.

"Ha'ah. Singgah sekejap lepas dah hantar Sai dengan Dini pergi airport. "

"Oh, ya? Dia orang dah boarding ke? " soal Tengku Soelihah.

Awdra kerling jam tangannya. Dia memandang Tengku Soelihah lalu mengangguk.

"Dah, "

"Masuklah. Mum pun ada kat dalam, "

Awdra mengangguk. Pintu selak wad ditolak. Dia senyum nipis memandang Tengku Adeline yang sedang membacakan surah Yasin.

"Aunty, "

Tengku Adeline menoleh. Buku Yasin ditutup lalu diletak atas meja dresser katil. Dia senyum kepada Awdra.

"Awdra bawa apa tu? " soal Tengku Adeline.

"Bawa oren sikit. Mana tahu kut-kut Cairel bangun ke, boleh makan sama-sama. " seloroh Awdra. Sengaja bergurau demi mahu menyedapkan hati sendiri.

Tengku Adeline mengeluh perlahan. Dia senyum nipis. Tangan Awdra digenggam lembut.

"Awdra, Mummy harap Awdra banyakkan bersabar. Semua yang jadi ni ada hikmah. Insha Allah, Allah akan mudahkan urusan kita. Mum percaya, jodoh Awdra dengan Cairel panjang. " ucap Tengku Adeline.

"Insha Allah, Mummy. "

"Mum keluar dulu eh? Nenda ada kat luar kan? "

Awdra mengangguk.

"Nanti lepas Isha, giliran Fai jaga Rel. Kasihan Awdra dari minggu lepas lagi asyik bermalam kat hospital. "

"It's okay. Lagipun minggu lepas Pak Lang bagi EL jadi Awdra banyak masa nak teman Cairel. "

"Mum balik dulu eh? " Tengku Adeline mengusap perlahan bahu Awdra sebelum melangkah keluar.

Beg plastik merah diletak atas meja dresser. Sebiji oren diambil dari dalam plastik merah itu. Dia duduk di kerusi tempat Tengku Adeline duduk tadi.

"Cairel.. "

Terus dia menghela nafas dalam-dalam. Rasa sebak mula menyelubungi diri. Tiba-tiba saja dia rasa sedih. Mungkin kerana dia melihat Tengku Cairel terbaring tidak sedarkan diri.

Setiap malam dia melakukan solat hajat. Berdoa semoga Tengku Cairel kembali sedar. Mungkin, sekarang belum masanya untuk lelaki itu sedarkan diri.

"Cuba teka saya bawa apa? "

Awdra senyum memandang Tengku Cairel biarpun dia tahu senyumannya tidak dibalas. Wajahnya bertukar hampa.

"Saya bawa oren. Kalau awak dah sedar, kita boleh makan sama-sama. "

Buah oren tadi dikupas kulitnya. Awdra menunduk. Air mata mula menitis membasahi pipi. Mata dipejam rapat sambil cuba menahan rasa.

"Awak nak tahu kenapa saya beli oren ni? Kalau awak tahu, mesti awak ketawa. "

Awdra ketawa sendiri. Mungkin lucu dengan dirinya yang berbicara dengan Tengku Cairel yang terang-terang tidak menjawab setiap kata-katanya.

"Saya ternampak ada seorang pakcik ni jual oren dekat satu kedai ni on the way datang sini. Bila saya tengok oren ni, saya teringat dekat awak. Ya lah, muka awak kan masam macam oren ni? "

Awdra ketawa hambar. Air mata dia seka. Kemudian dia mengeluh panjang.

"Cairel, bila awak nak bangun? Saya rindu nak dengar suara awak. Rindu nak dengar awak bergurau. Saya rindu nak tengok awak senyum. "

"Bangunlah. Dah tiga minggu awak tak sedarkan diri. Janganlah buat Nenda awak, Mum awak sedih. Jangan buat saya sedih, saya tak suka. Cairel, sampai hati awak buat saya macam ni? Awak pun kejam, Cairel. " Awdra menggigit bibir.

Dia mendongak. Sungguh perasaan sedihnya tak mampu dia kawal. Air mata terus-terusan mengalir tak mahu berhenti.

"Awak, saya balik dulu lah. Nanti Fai pula datang teman awak malam ni. Oren ni... nanti awak makan ya? "

Awdra bangkit dari duduknya. Buah oren ditangannya diletak ke dalam genggaman tangan Tengku Cairel. Dia senyum nipis.

"Cepat sedar ya, Cairel? "

Dia menoleh. Berkira-kira mahu pulang ke rumah. Sejujurnya, dia tak mahu pulang. Mahu tinggal di sini menemani Tengku Cairel.

Pap!

Awdra menoleh. Matanya melihat buah oren yang jatuh bergolek di atas lantai wad. Terbeliak matanya memandang Tengku Cairel.

"Ca.... Cairel? "

*****

"Alaa.. ais krim dah habis. Nak pergi beli lagi malas lah pula, " rengek Awdra.

"Nak saya pergi beli? Sekarang pun boleh! " Serta-merta Tengku Cairel bangkit dari kerusi rodanya.

Awdra ketawa kecil. Dia menggeleng perlahan.

"Tak payah. Awak duduk je dekat sini. Awak bukannya sihat lagi. Kaki tu haa, bersimen lagi. " Awdra menjuih bibir ke arah kaki Tengku Cairel yang masih bersimen. Kepala lelaki itu masih berbalut. Pun begitu, masih tak sedar yang diri tu belum sihat.

"Saya dah sihat okay? Tak apa biar saya pergi beli. "

Awdra menggeleng laju.

"Duduk balik! Biar saya je pergi beli. Awak tunggu je dekat sini. "

"Nak ikut... "

Terus Awdra ketawa. Lucu melihat Tengku Cairel menarik muncung.

"Ei, buruknya muka! "

"Kalau macam tu, bawa saya sekali. "

Awdra merengus. Nak juga ikut! Dah sakit tu, sakit je lah. Rehat je kan senang?

Awdra menarik picu roda di sebelah kanan dan kiri kerusi roda Tengku Cairel. Nafas dihela dalam-dalam agar tenaga dalaman dapat dikeluarkan untuk menolak Tengku Cairel yang sedikit berat ini.

"Bismillah, "

Tengku Cairel menoleh. Dia senyum sendiri melihat Awdra yang sedang menolak kerusi rodanya. Rasa mahu ketawa pun ada. Ya lah, gadis bertubuh kecil itu berusaha mahu menolaknya.

"Saya tak suka lah nurse dekat hospital tu sentuh-sentuh saya. Apa kata kita kahwin? Awak boleh jaga saya. " cadang Tengku Cairel.

Kepala didongak memandang Awdra. Dia tersengih-sengih miang.

"Ei, gatal. Awak ingat nurse tu tak ada kerja ke apa nak sentuh-sentuh awak? Dia orang profesional okay? "

"Tak nak. Saya tak suka. Saya nak awak yang mandikan saya, pakaikan saya baju, bagi makan. Boleh lah? Eh? " pujuk Tengku Cairel.

Awdra mencebik bibir.

"Ish, tak nak lah! Takkan saya nak kahwin dengan awak yang kepala berbalut tangan kaki bersimen macam ni? No... tak nak. Tunggu awak sembuh dulu. Mama dah cakap kan? Lepas awak dah sembuh baru kahwin, " tegas Awdra.

"I don't care. Saya nak kahwin sekarang. Kahwin! " bentak Tengku Cairel.

"No... sembuh dulu! "

"Kahwin! "

"Sembuh! "

"Kahwin! "

"Sembuh! Sembuh! "

"Kahwin! Kahwin! "

"Sembuh! "

"Kahwin! "

"Kahwin! Eh? "

Terkebil-kebil Awdra memandang Tengku Cairel yang sakan ketawa. Dia menggaru kepala. Dia cakap kahwin ke tadi?

"Awak ni jahat lah. Jangan gelakkan saya macam tu, "

"See? Awak pun nak kahwin dulu. I'm very sure, awak mestikan nak mandi dengan saya kan? " Tengku Cairel senyum miang.

"Cairel! "

"Ya lah, ya lah. Tak gelak dah. Comel Awdra kalau marah. " usik Tengku Cairel.

Awdra ketawa kecil.

"Auliya or Audreyana? " soal Tengku Cairel tiba-tiba.

Awdra kerut dahi. Apa benda pula ni? Auliya or Audreyana?

"Pasal apa ni? "

"Our Baby-To-Be, "

Terbeliak mata Awdra. Serta merta dia menampar bahu Tengku Cairel.

"Cairel! Gatalnya! "

"Eh, eh. Muka dia merah lah, " usik Tengku Cairel.

Awdra senyum tahan ketawa. Tengok tu, pandai pula mengenakan orang. Tak padan dengan sakit.

"I will choose Audreyana. Audreyana Imani, "

"Hmm, nice choice. Good, "

"Jangan gatal sangat ya, Tengku Cairel. Kang saya tak jadi kahwin dengan awak nanti.. " ugut Awdra.

"Ya, okay, fine. Saya tak tanya lagi. " Tengku Cairel menarik muncung.

"Ada-ada je awak ni, " Awdra ketawa kecil.

Tengku Cairel, benar-benar pandai menarik perhatiannya. Dan kerana itulah, hatinya terpaku pada lelaki itu. Lelaki bertuah yang berjaya memiliki cintanya.

Tengku Cairel Iman bin Tengku Zachary Izzuddin.

TAMAT

- - - - - - - - - -
FROM AUTHOR
- - - - - - - - - -

Wah, taman jugak kan akhirnya?

Susah tau sebenarnya yang mendalami Awdra ni. By the way, thanks pada semua yang sentiasa comment and baca cerita Zahwa ni.

**big love for you

Harap-harap tak ada lah lagi kecaman untuk Sai. Kesian Sai asyik kena kecam je. Hahahahaha.

Semua watak dalam cerita Alhamdulillah, dah bahagia.

Awdra and Cairel dah nak kahwin, Dini dengan Sai dah kahwin, Hud dengan Ris dah kahwin, Adriz dengan Umi pun dah kahwin.

Harap-harap cerita ni dapat lah entertain engkome semua...!

Love,

Zahwa

Share this novel

chubs chubaka
2022-01-09 03:41:56 

nice ending. tq author.


NovelPlus Premium

The best ads free experience