Bab 4 - Jatuh Cinta?

Romance Completed 27688

Awdra melangkah masuk ke dalam kafe di hujung bangunan itu. Kepala terangkat-angkat meninjau di mana letak duduk Mak Ngahnya.

Dia tersenyum tatkala seorang wanita separuh abad yang anggun menggayakan pants suit berwarna light grey yang digandingkan bersama tudung bawal berwarna kuning mustard itu melambai ke arahnya. Laju saja langkahnya menghampiri meja tempat ibu saudaranya itu duduk.

"Mak Ngah ada apa nak jumpa ni? "

Kerusi setentang dengan wanita yang digelar Mak Ngah itu ditarik lalu dia melabuhkan punggung.

"Mak Ngah rasa Dira dah boleh teka apa Mak Ngah nak cakap kan? " giat Puan Firjani.

Awdra sandar di kerusi lalu menyilang tangan. Dia tersenyum memandang Puan Firjani.

"Pasal hotel eh? "

Puan Firjani senyum manis.

"Pandai Dira teka, "

Puan Firjani rapat dengan keluarga Awdra sejak dulu lagi. Rapat juga dengan ibu Awdra. Dia lebih suka memanggil Awdra dengan nama Dira berbanding Fitri. Lebih manis bunyinya.

"Hari tu pun Pak Lang dah ceramah Dira dah pasal hotel tu, "

"Wah, baguslah. Jadi, apa decision Dira? "

"Mak Ngah, Awdra cuma.. Awdra nak belajar berdikari. Belajar macam mana lelahnya cari rezeki. Awdra kena usaha cari duit untuk kos perubatan Mama. Awdra tak nak berdiri atas usaha orang lain. "

"Awdra, Awdra tahu kan hotel tu amanat arwah Papa? Awdra saja yang layak menguruskan hotel tu. Pak Lang dah lanjut usia, Dira. Dia tak ada waris lain kalau Awdra tak nak ambil alih hotel. Anak Mak Ngah masih kecil, Dira. Sebaya dengan Amir. Belum cukup layak untuk ambil alih hotel. Wasiat arwah Papa sendiri dah tertulis, kalau Dira dah 25 tahun Dira mesti ambil alih hotel. " ceramah Puan Firjani panjang lebar.

Awdra mengeluh panjang. Tangan naik memicit dahi.

"Awdra bukan nak langgar wasiat arwah Papa, Mak Ngah. Beri Awdra masa, "

"Berapa lama lagi, Dira? "

"Tiga bulan. Tiga bulan dan lepas tu Dira akan take over hotel. "

"Promise? "

"Promise, "

*******

"Terima kasih, Pak Cik. "

Pintu kereta teksi dibuka lalu ditutup kembali. Hanya mengiringinya kereta itu hingga hilang dari pandangan.

"Awdra, "

Terbeliak mata Awdra. Dahinya terus berkerut marah.

Dia lagi!

"What do you want? "

"Awdra, I can explain it. Tolong, dengar dulu apa saya nak cakap. "

"Dengar apa lagi, Noah? Awak yang pilih untuk curang. Bukan saya, "

Gugusn kunci dikeluarkan dari dalam beg silang. Tangan Awdra berpusing-pusing membuka mangga pagar rumah teresnya itu. Kunci pagar dibuka lalu ditutup kembali.

"Balik lah, Noah. Awak dah tak ada kaitan apa lagi dengan saya. "

"But.. "

"Balik, " potong Awdra.

"Hmm, okay. Saya balik dulu. Kirim salam kat Mama awak, "

Awdra hanya mengangguk. Matanya melihat saja Noah yang melangkah longlai ke kereta. Sempat lelaki itu menoleh memandang Awdra.

Awdra berjalan ke arah pintu rumah. Gugusan kunci yang disangkut pada jari kelingking dibawa ke aras mata. Anak kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci lalu kunci dipulas ke kanan. Pintu terbuka lalu dia mencabut kembali kunci.

"Assalamualikum, "

"Wa'alaikumussalam. Haa, Awdra pergi mana semalam? Tahu tak Mama risau? "

Masuk-masuk saja ke dalam rumah sudah disapa oleh ibunya. Ibunya kelihatan sedang mencekak pinggang.

"Semalam balik dari jumpa Pak Lang dah lewat malam. Jadi Awdra tidur hotel, "

"Hmm, kenapa tak cakap? Kasihan kat Ris dengan Umi. Dia orang risau sangat-sangat, "

"Ma, "

Awdra kemudian menghampiri ibunya. Tangan ibunya digenggam erat. Cuba menyenangkan hati ibunya.

"Awdra okay, Mama janganlah risau. "

"Betul ni? " giat Puan Asiah.

"Betul, Ma. "

"Bunyi apa bising-bising tadi? " soal Puan Asiah.

"Hmm, Noah. Entah apa masalah dia nak datang. "

"Dira, tak elok cakap macam tu. Ada sebab kenapa dia buat macam tu, "

"Ha'ah, betul lah tu. Sebab kami dah tak ada jodoh. "

Puan Asiah menggeleng perlahan. Anaknya seorang ini memang kepala batu. Entah perangai siapa diikutnya.

Tok! Tok! Tok!

Terus mereka berdua memandang pintu rumah. Masing-masing berkerut dahi.

"Siapa tu? " soal Puan Asiah.

Awdra angkat bahu.

"Awdra pergi tengok dulu, "

Puan Asiah hanya mengangguk. Dia membiarkan saja Awdra berjalan ke arah pintu rumah. Pintu rumah Awdra buka. Terus dia membuat wajah terkejut.

"Ris? "

"Sorry kacau kau. Aku ada benda nak discuss ni, " ujar Arisa.

"Jom, kita pergi luar. "

Arisa mengangguk lalu membuntuti langkah Awdra menuju ke kerusi kayu dengan tempat bersandar dan meja kopi di tidak jauh dari kawasan parkir kereta.

"Kenapa? "

"Haa, jap. "

Cepat-cepat Arisa mengeluarkan telefon dari dalam beg tangannya. Aplikasi whatsapp dibuka lalu skrin telefon ditayang kepada Awdra. Serta-merta Awdra kerut dahi.

'This is TCI. '

'Tell your friend to meet me at this location. She should know about this. '

Terus Awdra memandang Arisa. Matanya terbeliak terkejut.

"Mana dia dapat nombor kau?! "

"Mana aku tahu?! Jangan marah aku! "

"Ish, aku tak marah lah. Terkejut je. "

"Terer jugak eh mamat poyo tu nak trace kau kat mana? "

"Ris, dia kan Tengku. Semua boleh. Nak cari mana kubur moyang kita pun boleh, "

Arisa ketawa. Terhibur dengan jenaka Awdra biarpun nadanya hanya bersahaja.

"Weh, cakap pasal dia ni kan, kau rasa dia jodoh kau tak? " Arisa tersengih-sengih.

"Ei, aku tampar kau nanti! " Terus tangan kanan Awdra naik ke udara menayang tapak tangan kanannya.

"Tanya je. Kalau kau tak nak, bagi lah aku cuba nasib. "

Awdra mencebik.

Cuba nasib konon!

"Aku macam familiar lah dengan cafe ni, "

Awdra pantas menoleh kiri memandang Arisa. Sebelah kening diangkat tinggi.

"I mean, aku selalu minum coffee kat cafe ni. "

"Laa, senanglah macam tu. Nanti kau hantar aku eh? "

"Hmm, boleh. "

"Sayang kau! "

******

"Ehem, "

Terus Tengku Cairel menoleh. Wajahnya berubah cuak. Terkejut melihat Nendanya yang sedang berdiri di belakang sofa tempat dia duduk.

"Eh, Nenda. Awal balik? " Tengku Cairel membetulkan duduknya. Cuba menghilangkan rasa gemuruhnya.

"Rel tengok gambar siapa tu? "

"Gambar? Siapa? "

"Ai, Rel. Jangan ingat Nenda tak nampak apa kat skrin phone Rel tu. Nenda ni rabun je, tak buta lagi tau. "

"Ish, Nenda ni. Tak elok cakap gitu. Kata-kata tu satu doa. "

Tengku Soelihah kemudian mengambil tempat duduk di ruang kosong sebelah Tengku Cairel.

"Siapa tu? Girlfriend eh? " giat Tengku Soelihah.

"Shh...! Nenda, slow sikit. " terus Tengku Cairel meletak jati telunjuk kiri di bibir, memberi isyarat kepada nendanya untuk perlahankan suaranya.

"Okay, okay. Nenda tanya pelan-pelan, " Tengku Soelihah berbisik.

"Ni lah perempuan yang Rel cerita pagi tadi. "

Mata Tengku Soelihah terbeliak besar. Jari telunjuk ditunjuk ke skrin telefon cucunya.

"Ni?! "

"Ha'ah. Cantik kan? "

"Cantik ya lah cantik. Tapi, boleh Mum Cairel terima dia? "

"Insha Allah, Nenda. Ini Cairel lah, Nenda. Semua yang impossible jadi possible, "

"Hmm, make it true, Rel. Ini soal jodoh, bukan sesuatu perkara yang boleh dibuat main. "

"I'll promise you, Nenda! "

"Good! So, what's her name? "

"Hud kata nama dia Awdra. Awdra Fitri. "

"Sedap nama dia. Boleh Nenda tengok gambar dia? "

"Oh, nah. " Tengku Cairel menghulur telefon kepada nendanya.

"Hmm, cantik. Sesuai nama dengan tuannya. "

Telefon dihulur kembali kepada Tengky Cairel. Paha kiri cucunya ditepuk perlahan.

"Bila Rel nak jumpa dia? Bila nak bawa dia jumpa Nenda? " Soal Tengku Soelihah bertubi.

"Whoa whoa, Nenda. Relax dulu. Rel baru nak ken dengan dia. "

"By the way, umur dia berapa? "

"25 I guess? "

"Amboi... lain macam ya taste Cairel sekarang. Pilih yang muda-muda, "

"Nenda ni kan, sengaja nak perli-perli Rel. Beza dua tahun je. Tak jauh pun, "

"Nenda tak kisah janji Rel bawa dia jumpa Nenda. Nenda dah berkenan dengan Awdra ni, " Tengku Soelihah tersenyum-senyum.

"I will, "

Awdra, give me three months.

And I'll make you fall in love with me.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience