Bab 2 - Bermulanya Perkenalan

Romance Completed 27813

Awdra mengerling jam tangannya. Dia menarik nafas lega. Dia bersandar di tempat duduk penumpang kereta.

"Cik, Cik nak pergi kat alamat ni, kan? " soal pemandu Grab Car itu.

"Ha'ah, " Awdra senyum lalu mengangguk.

Awdra menyandarkan kepala di tingkap kereta. Matanya memandang panorama indah senja di bandaraya Kuala Lumpur ini. Entah mengapa bapa saudaranya itu tiba-tiba mengajak berjumpa. Puas dia berfikir, tiada juga jawapan yang timbul.

"Cik, kita dah sampai. "

Mata Awdra membesar sedikit memandang pemandu itu tidak percaya. Kemudian dia menoleh ke kiri. Dia sudah tiba di destinasi.

"Berapa, Encik? " soalnya.

Laju tangannya menggeledah beg silang lalu mengeluarkan dompet. Zip dompet lantas dibuka.

"Dua puluh lima, Cik. "

"Dua puluh lima eh? "

Awdra mengeluarkan satu helai not RM20 dan satu helai not RM5 dari dompet. Duit itu kemudian dihulur kepada pemandu itu.

"Terima kasih, Cik. Hati-hati jalan, " ucap pemandu itu.

"Sama-sama. Hati-hati drive, " ucap Awdra pula.

Pintu kereta dibuka lalu dikatup kembali. Sempat dia melambai kecil ke arah pemandu kereta itu yang berjalan keluar dari perkarangan hotel besar ini. Dia meregangkan badan. Penat setelah lama duduk di dalam kereta.

Awdra senyum nipis lalu berjalan naik ke atas ke tangga kecil menuju ke lobi utama hotel. Pintu kaca automatik terbuka seolah menyambut kedatangan Awdra. Dia yang menyarung kemeja labuh hitam yang dipandankan dengan loose ripped jeans itu berjalan ke kaunter receptionist.

"Hai, " sapanya.

Dua orang receptionist yang sedang tekun memandang monitor komputer itu angkat wajah. Terus mereka senyum melihat Awdra yang bertocang kuda itu.

"Eh, Cik Awdra. Buat apa datang sini? " sapa seorang receptionist wanita. Tag nama di bahagian kiri bajunya tertulis 'Nabihah'.

"Nak jumpa my uncle. Tiba-tiba ajak jumpa. Dia ada tak? "

"Ada, Cik. Tapi tak ada kat office. Tuan ada kat restoran kut, " ujar Nabihah.

"Cik nak jumpa Tuan ke? " soal Nabihah serta-merta.

Awdra hanya mengangguk sekali.

"Sekejap eh, "

Nabihah berjalan ke hujung kaunter. Dia mengambil satu buku log besar. Helaian muka surat diselak hingga terhenti di satu muka surat. Dia duduk di kerusinya lalu mengangkat gagang telefon. Satu kombinasi nombor ditekan.

"Haa, hello. Nak tanya ni, Tuan Fudhail belum balik lagi kan? "

"Haa, okay. " Kelihatan Nabihah mengangguk beberapa kali.

"Oh, okah okay. Thank you, Kamil. "

Gagang telefon diletak. Dia senyum memandang Awdra yang dari tadi berdiri menunggu.

"Cik, Tuan Fudhail ada kat restoran. Nanti Cik tanya Kamil mana Tuan Fudhail. "

"Okay. Thank you, " Awdra senyum lebar.

"You're welcome, "

"Pergi dulu ya? "

"Bye, Cik Awdra. "

Awdra hanya melambai tanpa menoleh. Sudah biasa begitu. Pekerja di sini pun hampir semuanya mengenali dia.

Dia berhenti di satu restoran masakan Melayu. Papan tanda restoran dipandang. Dia menggeleng perlahan lalu mengeluh panjang. Bapa saudaranya ini tidak peduli langsung dengan kesihatan diri. Suka menambah kolesterol yang sedia ada banyak.

"Hai, "

"Eh, Cik Awdra? " soal pekerja hotel yang memakai tag nama 'Kamil' itu.

"Hmm, lama tak nampak batang hidung kan? " seloroh Awdra.

"Ha'ah. Tulah, Tuan Fudhail selalu cerita. Eh, tahniah lah Cik Awdra sebab Encik Amir dapat straight A's SPM. " ucap Kamil.

"Thanks, "

"You're welcome. Kejap, Cik nak jumpa Tuan Fudhail kan? " teka Kamil.

"Ha'ah. Where's he? " soal Awdra.

"Ada, ada. Kejap eh, "

Kamil terus mendail satu nombor. Gagang telefon ditekap pada telinga.

"Haa, Jas. Cik Awdra dah sampai ni. Tuan punya meja nombor berapa eh? Tak ingat lah, "

Awdra tahan ketawa mendengar. Boleh pula tak ingat. Macam-macam Kamil ni.

"Okay, okay. Terima kasih, Jas. "

Kamil senyum malu memandang Awdra. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.

"Cik masuk je dulu. Nanti jumpa Jas, dia tunjuk kat mana. Okay? " Kamil buat isyarat jari; jari telunjuk dan ibu jari dibentuk menjadi bulatan manakala tiga lagi baki jari dinaikkan ke atas.

"Okay! " Awdra membuat isyarat jari yang sama.

"Bye, Kamil. "

"Bye, "

Awdra berjalan masuk. Dari jauh dia tersenyum setelah terlihat kelibat Jasmin yang sedang menantinya.

"Tuan Fudhail ada kat meja sana. Nak saya bawakan ke Cik? " Jasmin mempelawa.

"It's okay. Awak sambunglah buat kerja dulu. " Awdra senyum nipis lalu menggeleng perlahan.

Jasmin menunduk sedikit lalu berjalan pergi. Sempat dia menoleh. Risau jika Awdra tidak menjumpai letak duduknya Tuan Fudhail.

Awdra melangkah hingga tiba ke satu meja. Dari jauh lagi bapa saudaranya itu sudah melambai tinggi. Dia senyum.

"Hai, Pak Lang. " sapanya.

"Amboi, hai Pak Lang. Kan lagi elok kalau bagi salam? " giat Tuan Fudhail.

Awdra senyum malu. Kepala digaru.

"Assalamualikum, Pak Lang. "

"Hmm, wa'alaikumussalam. Kan elok macam tu? "

"Pak Lang ni, dalam banyak-banyak restoran kat hotel ni restoran ni jugak Pak Lang pilih. Tak sihat tau. Pak Lang ni, suka macam ni tau. Suka buat Awdra risau, "

Awdra memandang sekeliling kemudian dia memandang pinggan bapa saudaranya yang sudah diletak tepi. Dia duduk lalu mencekak pinggang.

"Tengok ni, mana elok makan gulai ni. Kan Awdra dah pesan, kena kurangkan makan gulai, kari dengan makanan banyak garam. Pak Lang ni, "

Tuan Fudhail pejam mata. Dia menggeleng perlahan. Mula sudah anak saudaranya seorang ini membebel. Tak lain tak bukan, tentang darah tingginya.

"Ish, Pak Lang ni. Orang cakap tak nak dengar. Lepastu bila naik darah tinggi mulalah nak marah sana marah sini. "

"Awdra, Pak Lang ajak jumpa ni bukan nak dengar Awdra membebel. "

"Habistu? "

"Pak Lang nak bincang pasal pengurusan hotel ni. I think it's time for you to mnage this hotel, "

Terus Awdra kerut dahi. Dia menyilang tangan lalu bersandar selesa pada kerusi empuk restoran yang dilapisi kulit berwarna hijau itu. Menanti penjelasan selanjutnya dari Tuan Fudhail.

"What do you mean? "

"Okay, look, Awdra dah 25 tahun. Dah nak masuk 26. Sampai bila Pak Lang nak urus hotel ni? Semua ni dah tertulis dalam wasiat arwah Papa. When you're 25, it's time for you to manage the hotel. "

Awdra membuat wajah tidak puas hati. Dia memejam mata. Kemudian mengeluh perlahan.

"Pak Lang, Awdra bukan nak elak dari tanggungjawab. Cuma Awdra rasa masih terlalu awal. "

"Terlalu awal? Awdra, ni bukan untuk kebaikan Pak Lang semata. Ni untuk
untuk kebaikan Awdra, kebaikan Amir, Mama dan semua orang. Ini hak Awdra, bukan Pak Lang. Pak Lang cuma pemegang amanah. "

Kepala didongak ke atas. Matanya masih terpejam. Beberapa saat dia kembali memandang Tuan Fudhail yang sedang menanti jawapannya.

"Pak Lang, Awdra nak cari pengalaman dulu. Awdra tak sedia. Lagipun Awdra belajar engineering, bukan hospitality. "

"Okay, okay. Awdra janji, Awdra akan cari kerja dulu. Sebulan empat Awdra manage hotel lepas dah gain experience. Boleh? "

"Awdra, " panggil Tuan Fudhail.

"Sampai bila Awdra nak kerja part-time macam ni? Pagi hantar bunga, malam cuci pinggan kat restoran hotel. Awdra dah buat semua ni sejak dari sekolah menengah lagi. Bukan Pak Lang tak tegah, dah banyak kali. If you want money for Mama's treatment, Pak Lang can give it. Awdra tak perlu susah payah cari duit macam ni. Awdra fresh graduate. Have a big potential to manage the hotel, "

Awdra mengeluh. Dia memicit dahi lembut.

"Bagi Awdra masa. Please, "

******

Tengku Cairel melangkah keluar dari pusat karaoke yang disinari cahaya terang lampu neon pelbagai warna itu. Dia menggeleng kepala. Entah apa logik clientnya mengajak berbincang di situ. Langsung tiada etika.

Dia berjalan ke belakang bangunan. Keretanya diparkir di situ. Malas mahu bersesak-sesak mencari parkir petang tadi. Kunci kereta dikeluarkan dari dalam saku seluar slack hitam yang dipakai.

Baru saja dia hendak menghampiri keretanya, hidungnya menangkap bau busuk. Berkerut juga dahinya melihat ada dua orang lelaki sedang bersandar pada kereta. Terbeliak matanya.

Kereta kesayangan aku!

"Er.. Encik berdua. Boleh ke tepi sikit? Ini kereta saya, "

Terus dua lelaki itu mengangkat kepala. Memandang Tengku Cairel dengan muka bengang. Seraya itu mereka bangkit dengan tangan dua-dua memegang botol arak. Tengku Cairel telan air liur.

Aduh, bala apa pulak ni?

"Kau nak halau kami? " soal salah seorang lelaki itu.

"Eh, bukan halau. Tak halau pun. Saya cuma minta laluan je, " Cairel senyum kelat.

"Lu ingat kami dua ni pengemis? "

Tengku Cairel telan air liur. Habis dia kali ni. Mahu telefon siapa di tengah malam begini?

"Bang, relaks lah. Saya cuma nak masuk kereta je, " ujar Cairel cuba menenangkan dua orang lelaki ini.

"Hoi, dia nak berlagak kereta dia kereta mahal. "

Lelaki yang memakai t-shirt hitam itu menyiku rakannya. Masing-masing senyum sinis. Terkejut juga Tengku Cairel ketika depan matanya sendiri dua lelaki ini meneguk arak. Sesudah habis, botol arak itu dicampak merata.

"Jom ahh ! Apa lagi, belasah! "

Terus dua lelaki itu. menyerang Tengku Cairel. Tidak sempat langsung Tengku Cairek mengelak. Habis dia ditumbuk di perut dan wajah.

******

Awdra menguap kecil. Dia melangkah keluar dari hotel. Kepala dipusing menjadi bulatan kecil.

Dia mengerling jam. Sempat lagi jika mahu ke 7Eleven sebelum pulang ke rumah. Ini semua kerja adiknya, Amir. Ada saja benda yang mahu dikirim.

Buk!

Buk!

Awdra pantas menoleh. Memandang sekeliling. Jantungnya berdegup laju tatkala terdengar bunyi seperti seseorang dibelasah itu. Entah lah, dia sendiri tidak pasti.

Buk!

Buk!

"Lu jangan mau main-main sama gua. Lu ingat lu kaya, boleh main tendang orang suka hati?! "

Awdra telan liur. Ish, biar betul ni? Patutkah dia pergi memberi bantuan?

Jangan buat gila, Awdra. Macam kau tak tahu pasal pemabuk, penangih dadah dengan penghisap gam kat sini.

Awdra meraup wajah. Dia geleng kepala laju. Terus dia berlari ke arah bunyi bising itu.

"Hoi! "

Dua lelaki itu berpaling. Senyum sinis kelihatan dengan bantuan cahaya samar-samar lampu jalan.

"Wah, ada adik manis garang. "

"Kau orang buat apa ni hah? "

"Jangan sibuk lah. Nanti kau pun kena jugak, " ujar lelaki ber-t-shirt hitam itu.

Awdra ketap bibir. Dia sempat mengerling ke arah seorang lelaki yang sudah terkulai layu itu. Mungkin pengsan akibat dibelasah.

Beg silang diletak tepi. Hujung lengan baju kemejanya dilipat hingga ke siku. Lantas kuda-kuda silat dibuka. Dia sudah bersiap sedia dengan serangan dua lelaki itu.

"Hui, dia nak lawan! "

Dua lelaki itu ketawa lucu. Awdra senyum sinis. Hujung kening sebelah kanan digaru.

"Mari lah! " ujar Awdra memprovokasi.

Dua lelaki itu merengus geram. Pantang dicabar. Lantas mereka berlari ke arah Awdra. Tanpa belas kasihan Awdra lantas menendang dan menumbuk dua lelaki itu. Dua lelaki itu langsung tidak diberi peluang.

"Wei, lari! Lari! "

Terkocoh-kocoh dua lelaki itu bangkit lalu berlari laju meninggalkan Awdra. Awdra mencebik. Dasar lembik.

Tapak tangan disapu sesama sendiri. Menghilangkan habuk yang ada pada tapak tangan. Dia berjalan menghampiri lelaki itu.

"Encik, Encik okay tak? "

Diam. Tiada jawapan. Awdra kerut dahi.

"Takkan pengsan kut? "

Beg silang disilangkan ke bahu. Lantas lelaki itu dipapah, mahu dibawa ke hotel.

"Eh, Cik. Siapa ni? " soal Kamil kaget sebaik saja melihat Awdra. Terus tak jadi mahu menyarung helmet motosikal.

"Tadi lelaki ni kena belasah dua orang mabuk. Pengsan dah. Saya bawa datang sini. "

"Meh, saya tolong. "

Kamil lantas memapah lengan sebelah kanan lelaki itu. Kagum juga dengan Awdra yang larat memapah lelaki itu hingga ke sini. Idola!

"Eh, Cik? Kamil? Siapa lelaki ni? " soal Nabihah. Reaksinya lebih kurang seperti Kamil tadi.

"Bagi saya satu kad akses bilik suite. Saya bayar nanti, "

Nabihah mengangguk laju lantas dia menaip sesuatu di komputer meja. Kad akses diimbas menggunakan mesin imbas lalu dihulur kepada Awdra.

"Jom, Kamil. " ajak Awdra.

Kamil mengangguk akur lantas membantu Awdra memapah Tengku Cairel masuk ke dalam lif. Seminit dua mereka tiba di depan pintu bilik suite yang ditempah Awdra.

Tengku Cairel dibawa ke atas katil. Awdra dan Kamil masing-masing menarik nafas lega. Termengah-mengah akibat penat.

"Cik, saya balik dulu eh? Dah lewat ni. Nanti pukul satu lebih Syarif pulak datang syif malam. "

"Ha, okay okay. "

Kamil kemudian berlalu pergi. Awdra duduk di birai katil. Tergeleng kepala melihat wajah lelaki itu tang penuh lebam dan luka.

Kaki kanan Tengku Cairel yang hampir terjatuh diangkat ke atas. Dia kemudian menarik selimut tebal menutupi seluruh tubuh Tengku Cairel agar tidak kesejukan.

Awdra mencebik. Alat kawalan pendingin hawa diambil dari dari atas almari kecil sebelah katil. Suhu diturunkan.

Beg silang diletak di atas almari kecil diambil lalu disilang ke bahu. Telefon terjatuh ke atas lantaj yang dilapisi karpet tebal itu. Dia menunduk mengambil telefon.

Baru saja dia mahu bangkit, ada satu tangan tiba-tiba menghempap kepalanya. Dek terkejut, dahinya terhantuk pada almari kayu kecil itu. Lantas dia terbaring pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience