CHAP 1

Romance Completed 83854

"Wehh Aaron, ni Dahlia ajak keluar. Katanya nak buat makan-makan sebelum balik Malaysia" kata Amir, rakan sebiliknya.

Setelah lapan tahun berada di negara orang, tiba masanya dia akan pulang. Segalanya sudah diselesaikan. Pelajaran yang juga sudah tamat.

"Kau nanti dapat dekat mana?" Soal Amir.

"Dekat je. Boleh lah, hospital area tempat aku. Kau pula?" Soal Aaron.

"Dekat seberang lautan, aku dapat dekat Sarawak" kata Amir.

Aaron menganggukkan kepalanya.

"Ahh. Baru aku teringat, ni ada surat lagi. Boleh tahan juga budak yang minat kau ni ye. Tiap tahun ada surat dia hantar. Kira setia lah budak ni" kata Amir.

"Hishh. Kau tak tahu lagi dia tu gedik. Aku sebenarnya paling tak suka bila jumpa budak tu tau." Kata Aaron.

"Kau ni... Jangan benci sangat dekat orang... Nanti tersuka. Hahahha, lagipun. Bila kau tunjukkan gambar dia, comel apa budak tu. Mana tau sekarang, makin lawa. Ahhh, melepas kau" kata Amir.

"Alah.. tak heran sangat budak gedik tu. Yang penting dalam hati aku ada Dahlia" kata Aaron.

Aaron dan Dahlia. Dua nama yang popular di universiti itu. Sama-sama lawa, sama-sama pandai.

"Ye tak ye kan.. tapi, sekurang-kurangnya kau balas lah surat budak tu, kesian dia. Lapan tahun kirim surat dekat kau. Lapan tahun juga kau tak balas. " Kata Amir.

"Malas aku. Tak ada masa nak fikir pasal budak gedik tu" kata Aaron.

Surat Mylia satu pun dia tidak baca. Dia hanya menyimpannya sahaja.
*********

"Mylia... Belajar macam mana? Okay tak? Habis belajar ni jadi cikgu lah kamu kan?" Soal mama Aaron.

"Ya makcik. Err, makcik nak tanya Abang Aaron balik lusa kan? Dia sihat tak dekat sana?" Soal Mylia.

"Sihat. Baru je tadi call makcik" kata mama Aaron.

"Dah kamu semua dekat sini. Sebenarnya, aku nak merisik anak kamu. Lagipun, kita dah lama kenal kan. Aku dah berkenan dengan anak kamu ni. Boleh tak aku nak risik anak kamu untuk anak teruna aku" kata bapa Aaron.

Mak dan bapa Mylia tersenyum. Apatah lagu Mylia yang sudah tersenyum simpul. Akhirnya, orang yang dia minati akan menjadi bakal suaminya.

"Aku pun berkenan dengan Aaron tu. Bolehlah. Kira jadilah kan" kata mak bapa Mylia.

Akhirnya, mereka bersetuju an terus disarungkan cincin tanda sudah dirisik.
**********

"Dah kenapa kau muram je. Dari habis kita makan sampailah nak tidur. Kau ada problem ke? Cerita lah" kata Amir.

Melihat wajah Aaron yang masam dan sentiasa mendengus.

"Aku baru je dapat wasap dari mak ayah aku. Mereka risik budak gedik tu. Aduii... Macam mana ni Amir. Aku tak suka lah. " Kata Aaron tanpa berselindung.

"Aaron.. satu je aku nak cakap. Aku yakin pilihan orang tua ni adalah pilihan yang tepat. " Kata Amir.

"Tapi, aku tak suka budak gedik tu. " Kata Aaron.

"Aaron. Nilah masalah kau, cuba kau selami sikap dia yang sebenarnya.. jangan lah sampai dibutakan dengan cinta kau dengan Dahlia tu" kata Amir.

Aaron masih tidak berpuas hati. Dia tidak suka apabila mak dan ayahnya membuat keputusan untuk dirinya.
*******

Mylia berada di kampus ketika ini. Mereka berkata, Abang Aaron sudah sampai.

Dia gembira.. hatinya sungguh gembira. Apatah lagi, dikhabarkan minggu hadapan dia akan bertunang.

Yang dahulunya dia berangan khawin dengan Abang Aaron menjadi kenyataan.

"Oii.. berangan!" Seloroh Siti.

Mylia sudah terketawa.

"Tahulah bakal suami balik hari ni. " Kata Siti.

"Hahaha. Dah-dah fokus.. lect dah masuk" kata Mylia.

Dah dapat semangat kembali, enjoy reading.. readers.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience