Mylia sudah malas bergaduh. Dia lemah, dia letih. Selepas mereka bergaduh hanya kerana Aaron ingin menyuapkan dia makan sahaja.
"Saya bukannya sakit tangan" kata Mylia cuba merampas mangkuk dari tangan Aaron. "Cuba dengar sekali cakap suami awak ni Puan Mylia Inara. Kerja sayang senang je. Sayang buka mulut, Abang suapkan" kata Aaron.
Mylia sudah malas. Dia letih kerana demam. "Saya ikut cakap awak bukan sebab saya isteri awak. Saya lapar " kata Mylia, ego.
"Hehehe. Garangnya" kata Aaron. Habis semangkuk, Aaron menyuakan panadol kepada isterinya.
"Bagus isteri Abang ni. Rehat tau. Muahh" kata Aaron cuba mencium pipi isterinya. Mylia sudah menutup mukanya.
*****
Aaron sudah menyediakan air suam untuk isterinya mandi. Ketika itu, Mylia masih tidur. Dia menunggu isterinya bangun. "Mak, ayah.. Mylia nak mak ayah " kata Mylia, meracau.
Aaron tersentak. Dia cuba membangunkan Mylia. "Sayang... sayang bangun.." kata Aaron lembut. Mylia sudah terdiam. Aaron menyapu air mata di ekor mata isterinya.
"Abang janji lepas ni. Abang sentiasa bersama sayang.. okay?" Kata Aaron. Dia menyesal membuat Mylia begitu di awal perkhawinannya. Jika boleh diputarkan masa. Dia akan mencintai isterinya dari dahulu lagi. Dia akan membalas surat isterinya ketika belajar lagi. Kejam sungguh dia.
*****
Mylia sudah bangun. Demamnya masih belum kebah. "Sayang kita mandi ye. Lagipun, air tu suam. " Kata Aaron.
Mylia hanya menganggukkan kepalanya. Jika dia melawan pun, tiada guna. Dia sakit. Mylia menuju ke bilik air. Namun, dia berhenti.
"Err... Towel ada tak?" Soal Mylia, lemah. "Sayang pinjam tuala abang ye. Baju pula sayang pakai je baju abang. Okay?" Kata Aaron.
Mylia hanya menurut. Selepas mandi, dia keluar sahaja dari bilik air, bergegar badannya menahan sejuk.
Aaron pula melihat badan isterinya yang berkemban. "Sayang, sejuk ke? Dah mari pakai baju" kata Aaron namun menahan imannya. Jika tidak isterinya sakit. Sudah lah dibawa isterinya ke katil. Tapi, dia juga tidak mahu tergesa-gesa kerana dirasakan mood isterinya baik kerana mahu mengikuti segala arahannya.
"Boleh tak awak keluar, saya nak pakai baju" kata Mylia, malu dirasakannya. Aaron menggangguk laju kepalanya. Terus menutup pintu.
Teringat kembali ketika malam pertamanya. Dia menolak pelawaan isterinya untuk malam pertama. Bodohnya dia ketika itu, sedangkan isterinya seksi, lawa, dan bersedia. "Sayang... Dah?" Soal Aaron.
Tiada sahutan. Aaron terus masuk. Dilihat isterinya tidur kembali. Isterinya memakai baju kemejanya. Seksi dirasakan.
"Sabar Aaron. Tulah kau dulu. Tolak bangkai. Ahh, sekarang rasain lo" ejek Aaron dalam hati. Aaron membaringkan tubuhnya menghadap muka isterinya yang pucat. "Jangan garang sangat sayang. Tolong gedik macam dulu.. Abang rindu" kata Aaron.
Semua apa yang dilakukan oleh isterinya dahulu terlayar kembali di ruang mindanya. Betapa dia menyesal melakukan isterinya begitu dahulu dan perkara bodoh yang dia lakukan apabila memperkenalkan Mylia sebagai adik dan bukannya isteri, yang sememangnya layak berada di sisinya.
"I just need forgiveness from you, sayang" bisik Aaron.
hehehe . mesti readers dah lama tunggu.. sory
Share this novel
huhuhu...menyesal ke aaron