"Doktor.. saya dengar ada doktor baru akan masuk ke klinik kita ni.." kata Nisha..
Aaron hanya tersenyum, "ye.. saya pun ada dengar.. untuk bahagian pergigian kan?" Soal Aaron kembali.
"Ya Doktor.." kata Nisha.. "Ahh, Nisha... Awak bila nak kahwin, dah ada calon?" Soal Aaron.
Nisha hanya tersenyum lalu mengelengkan kepalanya, "belum ada yang diminat, Doktor." Kata Nisha. "Eh, apa pula. tu anak ketua kampung, Pak Cik Taufik tu masih bujang kan?" Usik Aaron.
"Alah.. Doktor ni. Saya malu dengan anak Pak Cik Taufik tu. Pensyarah, saya ni jururawat. Mana sama tu.." kata Nisha.
Aaron sudah tersenyum, "alah.. belum cuba belum tahu. Kalau dia tak minat Nisha, tak kan lah dia selalu hantar bekal dekat awak.." usik Aaron lagi. Nisha sudah tersenyum simpul.
"Ahh.. Doktor pula macam mana? Dulu.. macam mana Doktor boleh terkahwin dengan Cikgu Mylia, yang dulu kami sangkakan masih bujang?" Soal Nisha.
Aaron sudah tersenyum, "panjang ceritanya Nisha.. Panjang sangat.. tapi, yang penting.. apa yang saya lakukan sekarang ni, untuk Mylia sebenarnya. Kamu nak dengar cerita.. dia lah yang suruh saya jadi Doktor. Supaya boleh rawat dia kalau dia sakit." Kata Aaron.
Nisha sudah tersenyum, "romantik Doktor ni, untung Cikgu dapat Doktor." Kata Nisha. Aaron hanya tersenyum. Entah kenapa dia merindukan isterinya, tidak sabar dia ingin pulang menatap wajah isterinya.
***
Mylia terus termuntah apabila Aaron terus memeluknya.
"Sayang... Sayang okay ke?" Soal Aaron. Dari klinik lagi, dia ingin memeluk isterinya. Dia merindukan isterinya.
Namun, tidak semena-mena isteri termuntah. Mylia keluar dari bilik mandi dan apabila melihat suaminya, dia muntah lagi sekali. Aaron terus mendapatkan Mylia dan mengurut belakang Mylia perlahan.
"Kenapa sayang?" Soal Aaron, risau. Mylia hanya memalingkan muka Aaron ke dinding.
"Mylia nak muntah tengok muka Abang, bau badan Abang.. Abang tak mandi ke?" Kata Mylia. Aaron sudah pelik.
"Apa pula. Abang ni pakai minyak wangi kut.. " namun belum sempat Aaron menghabiskan ayatnya, dia sudah ditolak oleh Mylia ke luar biliknya dan Mylia mengunci bilik tersebut.
"Mylia.. Mylia.." sahut Aaron. Sedikit pelik Aaron dengan tingkah isterinya.
***
Ibu dan bapanya hanya ketawa di hujung talian. "Nama je Aaron ni Doktor. Biasalah tu, masa mak mengandungkan kamu lagi lah.. Mak tak boleh tercium bau masakan. Setiap ibu mengandung lain alahannya." Nasihat ibunya.
Aaron hanya tersenyum dan selepas sahaja mematikan talian. Dia terpaksa memakai pelitup muka dan menyediakan susu coklat untuk diminum isterinya.
"Mungkin Mylia muntah tengok muka aku..Mylia.. Mylia.." kata Aaron.
***
Mylia sedang membaca majalah Pa&Ma di atas katil. Masuk suaminya membawa susu coklat untuk isterinya minum.
Namun, Mylia ketawa melihat tingkah suaminya yang memakai pelitup muka dan kaca mata hitam.
"Abang buat tebiat ke?" Soal Mylia. Aaron juga ketawa, "dah Mylia muntah tengok muka Abang. Terpaksa lah macam ni. " Kata Aaron.
Mylia hanya ketawa sambil dia menghabiskan minuman di gelas yang baharu disuakan oleh suaminya.
"Sorry ye Abang.. entah bila tengok muka Abang Mylia nak muntah. Sedangkan suami saya ni kacak orangnya.. " kata Mylia.
Aaron hanya tersenyum sambil mengusap perut Mylia. "Takpe.. biasalah tu. I miss you and I love you Mylia." Bisik Aaron.
***
"Dahlia.. can we talk?" soal Syed apabila terserempak dengan Dahlia di hospital. "What do you want from me?" soal Dahlia, seakan takut-takut.
"Saya dapat panggilan dari Aaron suruh bantu awak.." kata Syed. Dahlia sudah terdiam.. dia sedikit malu. "jangan risau Dahlia. Hanya kita tiga je tahu apa yang terjadi dekat awak." kata Syed.
"Kenapa Aaron call awak?" soal Dahlia. "Dia suruh aku bantu kau, untuk bebas dari suami kau." kata Syed. Air mata Dahlia terus menitis dengan lajunya.
"Stop crying Dahlia. I'm trying to help you, but you have to help me as well. Okay?" soal Syed. Dahlia hanya menganggukkan kepalanya.
kesian Aaron, muka punya hensem pun, isteri boleh muntah nak tengok.. :)) anyway, Chap two for We Bound By Love and Revenge sudah diupdate di blog Killa ye... jangan lupa baca.. stay tuned :)
Share this novel