Mereka menginap masuk di hotel malam ini. "Awak dah buang tebiat ke Aaron? Kenapa nak sampai macam ni?" Soal Mylia, membentak.
Dengan baju tak dibawanya. Sehelai sepinggang mereka di sini. "Sayang risau pasal pakaian ke atau sebab apa?" Soal Aaron. "Yalah. Habis saya nak pakai apa?" Bentak Mylia lagi.
"Tu abang urus. Sekarang, i just want to hear your explanation sebelum Abang meletup. Kenapa Cikgu tu jumpa sayang?" Soal Aaron penuh cermat. Mylia merenung terus berkata, "Dia datang nak minta maaf. Tu je. Sebab selama ni saya isteri orang. Dia minat. Dah tu je. Cukup?" Kata Mylia
Aaron masih tidak berpuas hati, "habis yang gelak-gelak tu apa? Mylia tak pernah pun nak gelak-gelak dengan abang?" Soal Aaron.
Mylia memproses kenapa mereka bergelak tadi. Ya, dia ingat.. kerana dikatakan dia dan Aaron sepadan.
"Tu.. sebab.." Mylia sudah malu.
"Sebab apa sayang....." Kata Aaron masih menahan sabar. "Sebab... Hishh.. awak nak sibuk kenapa ?" Kata Mylia melawan.
Aaron sudah hilang sabar. Dia terus kenarah isterinya dan menindih badan isterinya tu. Tangan isterinya dilekatkan di tilam. "Don't you dare, sayang.. kenapa, sayang nak buat baby ke? Malam ni juga abang buat" amaran Aaron.
Mylia diam...
"Say it. Sayang.. kalau tak... " Aaron sudah membenamkan kepalanya di dada isterinya. "Okay.. okay.. Hisham cakap kita sepadan serasi... " Mylia berkata. Dia tidak sanggup.
Aaron memandang isterinya, Mylia hampir mahu menangis.
"Kan senang macam tu.. hehehe... Dah, abang pergi cari baju dengan makanan dulu. Sayang duduk diam dekat sini tau. Muahhh" kata Aaron sempat mencium pipi isterinya.
Dia keluar dari bilik. Mylia mengambil bantal dan menjerit semahunya.
"I hate you...." Jerit Mylia..
***
Aaron masuk ke bilik. Dia agak lama di luar. Dia risau isterinya yang kelaparan. Ketika dia masuk. Dia melihat sang isteri tidur. Dia mengejutkan isterinya.
"Sayang... Bangun. Kita makan. Abang ada beli makanan" kejut Aaron. Mylia menengok suaminya. Dia masih mamai. Aaron pula melihat isterinya comel. Dengan masih mamainya.
Aaron mencium mulut isterinya. Tersentak Mylia. Dia menolak jauh Aaron. "Eishh... Awak ni. Suka sangat cium saya kenapa?" Soal Mylia. "Mestilah... Sayang kan isteri Abang. Siapa lagi Abang nak cium?" Soal Aaron.
Setelah mereka habis makan. Aaron menyuarakan hasrat hatinya. "Tak boleh ke sayang bagi Abang kasih sayang?" Rayu Aaron.
"Kasih sayang macam mana pula?" Soal Mylia. "Kasih sayang isteri kepada suami" kata Aaron.
Mylia takut... Tapi, inilah tanggungjawabnya. "Can you promise me" kata Mylia.
"Anything sayang.." kata Aaron. "Don't leave me" kata Mylia.
Aaron mencari anak mata isterinya dan dia mengangguk kepalanya. Mylia pergi ke arah suaminya dan berbisik. "I am ready." Kata Mylia terus menundukkan kepalanya.
Aaron sudah tersenyum. Dalam hati, tidak habis-habis dia mengucapkan syukur.
Dan malam itu pun berlabuh.
hari ni pendek kan? sorry .. sebab tak berapa sihat sikit .. anyway, tahun depan Killa akan publish dua novel lagi. Cuma, sedang berfikir.. nak publish dekat mana.. anyway . tunggu ye. siapa nak baca sinopsis, boleh lah jenguk ig Killa Nor Syahkilla (miss_penulis). E-Book WDFMBW masih available tau. Dapatkan segera! stay safe, readers
Share this novel