Mylia sedang mengajar pelajarnya. Biarpun pelajarnya sedikit. Namun, dia suka. Pelajar yang comel dan sentiasa mengirimkan sayur-sayuran dan buah-buahan dari kebun mereka, kepadanya.
Jika diberi pilihan berpindah, dia tidak mahu. Dia sudah sebati dengan suasana di sini. Ditambah dengan cuaca yang sejuk.
"Wehh. Dengar cerita, ketua kampung nak adakan jamuan. Untuk beri penghargaan yang bekerja di sini" kata Cikgu Wati.
"Bagus lah tu. Merapatkan lagi silaturahim" kata Mylia.
"Lepas tu, kau ada dengar cerita tak. Kan klinik desa dekat sini ada dapat satu doktor baru. Hansem wehh" kata Wati.
"Kau ni.. asal orang baru masuk kampung dah mula gelabah. Kalau dah suka, pergilah try" kata Mylia. "Tak nak Dik. Akak bagi dekat Adik lah" kata Wati.
Ketawa Mylia dengan perangai Cikgu Wati.
*******
Mereka hanya berpakaian biasa malam itu. Mylia mengikat rambutnya , dengan berbekalkan torchlight. Mereka berjalan ke arah dewan kampung. Ramai orang di sana. Mylia bersembang dengan salah seorang ibu bapa pelajarnya.
Entah kenapa dirasakan dia diperhatikan oleh seseorang. Namun, dia tidak ambil endah. Mereka semua duduk di meja yang disediakan. Mylia dengan Wati dan cikgu sekolah yang lain.
Ketua kampung sedang memberikan sepatah dua kata...
"Jadi, saya mahu kenalkan lah sama kamu semua. Ini merupakan doktor baharu kita, jadi kalau kamu sakit-sakit kah, apa kah. Nahh, jangan kamu risau. Ada sudah ni Doktor kita. Jadi, saya kenalkan lah.. Doktor Aaron" kata Ketua Kampung.
Ketika itu, Mylia yang sedang makan terkejut melihat siapakah Doktor Aaron itu.
Suaminya!
Aaron pula berdiri dan mencari isterinya. "Itu dia.. isteri Abang" kata hati Aaron. Dia terpandang Aaron. Aaron memandang dia. Cepat-cepat dia melarikan pandangan.
*******
"Nah... Ni Cikgu Mylia" kata Ketua Kampung, Pak Cik Taufik. Aaron sudah tersenyum. Mylia pula diam. Malas dia melayan. Walaupun dia masih terkejut.
"Hai Cikgu Mylia." kata Aaron senyum. Mylia hanya melemparkan senyuman.
"Pak Cik, boleh saya bercakap dengan isteri saya" kata Aaron.
"Boleh. Jangan risau.Pak cik pergi sana dulu. Kamu berdua bercerita lah dulu. Kalau Doktor mahu tinggal rumah Cikgu Mylia tidak boleh lah. Sebab, Cikgu Mylia tinggal sama Cikgu Wati. " Kata Pak Cik Taufik. "Takpe PakCik. Nanti saya ajak dia tinggal dengan saya" kata Aaron.
"Yalah, ikut kamu." kata PakCik Taufik meninggalkan mereka. "Macam mana PakCik Taufik tahu pasal kita?" Soal Mylia.
"Sebab Abang dah cakap. Yalah, takut jatuh fitnah. Padahal kita kan suami isteri" kata Aaron, senyum. Dia rindu isterinya. "Saya masih isteri awak ke? Tak dah kut.. " kata Mylia.
"Masih.. Anyway, mak dengan ayah kirim salam." Kata Aaron. Mylia terdiam.
"Mereka sihat tak? Mylia rindu.." kata Mylia.
"Sihat. Err, Mylia tak tanya Abang ke? Abang sihat ke? Apa ke? Kalau Abang, Abang sihat. Rinduu dekat isteri Abang" kata Aaron.
Mylia diam.
"Buat apa nak rindu saya.. Saya kan budak lagi. Gedik lagi tu." Kata Mylia.
"Eh.. Gedik tu lah okay... Abang suka." Kata Aaron.
Jika tidak ramai orang di sini. Sudah lama dia mencium isterinya yang comel dan semakin cantik ni. Dengan ikat satunya. Walaupun mukanya tidak senyum.
"Abang nak bawa balik isteri Abang ni.. " bisik Aaron.
"Excuse me, siapa isteri awak?," Soal Mylia meninggalkannya.
Aaron memerhati isterinya. Lantas mencapai lengan Mylia. "Mylia.." kata Aaron. Mylia sudah menyentap lengannya dari disentuh oleh Aaron.
"Apa yang awak nak Encik Aaron Mikhail. Saya rasa kita dah takda apa-apa. Kenapa awak pindah dekat sini?" soal Mylia bertalu-talu.
"Sebab, isteri saya. Isteri saya ada dekat sini. Puan Mylia Inara" kata Aaron, merenung mata milik isterinya. "Muak saya dengar perkataan isteri tu. Mana Dahlia? Hurmm?" soal Mylia sinis. Tiada lagi gediknya kepada Aaron.
"Saya harap saya tak akan jumpa awak lagi. Awak buat kerja awak, saya buat kerja saya. " pesan Mylia meninggalkan Aaron. Aaron terkesima dengan sikap Mylia. Salahnya, isterinya menjadi begini.
"Dan, Abang sentiasa berdoa.. Abang akan sentiasa bertemu dengan Mylia ." doa Aaron melihat isterinya jauh pergi daripadanya.
mylia tak layan Aaron ke tu?
Share this novel