CHAP 29

Romance Completed 83854

Seminggu kemudian, Mylia sudah tinggal di rumah Aaron. Aaron sangat gembira. Hatinya suka apabila isterinya tinggal bersama.

Ketika sedang menyediakan sarapan. Aaron memeluk dari arah belakang isterinya.

"Sayang..... I miss u" bisik Aaron. "Semalam kan dah" kata Mylia, malu. "Alah.. tu semalam... Hari ni?" Kata Aaron dengan muka kasihannya.

"No... Kita rest hari ni" kata Mylia. "Tapi, sayang....." Aaron memujuk isterinya.

"No..... " Kata Mylia.

Mereka bersarapan bersama. Selepas habis sahaja sarapan, ketika Mylia memeriksa buku latihan pelajarnya.

Aaron memanggilnya dari arah bilik tidur mereka.

"Sayang... Sini jap" kata Aaron.

Mylia terhenti memeriksa buku dan pergi ke bilik.

"Apa dia, Abang?" Soal Mylia.

"Ni ahh.. Abang nak bagi tunjuk something" kata Aaron.

Mylia duduk di katil mereka. Aaron mengeluarkan sebuah buku.

"Looks familiar, right?" Soal Aaron.

Mylia terkejut.

"Diari saya.... Abang jumpa mana ? Mylia ingatkan hilang... " Tertinggi suara Mylia.

"Takda lah hilang. Dekat bilik sayang, abang jumpa..." Kata Aaron.

Mylia mengambil diari tersebut dari tangan suaminya.

"Abang ada baca ke ni?" Soal Mylia sambil mengecilkan matanya.

"Hehehehe... Of course." Kata Aaron.

"Hish.... Tak malu, baca diari orang" kata Mylia.

"Kalau Abang tak baca diari tu, mungkin abang tak sedar kesilapan yang Abang lakukan ketika awal perkhawinan kita dulu" perlahan suara Aaron.

Mylia pergi ke arah suaminya. Lebih tepat memunjukknya.

"Abang ni.. dahlah tu, Mylia kan dah maafkan Abang.. okay?" Pujuk Mylia.

Aaron memeluk isterinya. Mylia mengusap belakang suaminya.

Aaron terus membaringkan isterinya di katil.

"Abang nak buat apa ?" Soal Mylia.

"Nak bagi kasih sayang lah" kata Aaron dengan sengihannya.

"Abang jangan nak mengada. Mylia buzy ni." Kata Mylia tanda protes.

"Nanti Abang tolong sayang. Sekarang, sayang tolong Abang.. hehehe" kata Aaron.

Mylia hanya membiarkan suaminya.
***

Dia melihat suaminya yang sedang tidur, sambil itu dia mengusap wajah suaminya.. "sempurna.. semoga rumah tangga kita baik-baik sahaja. " Bisik Mylia.

Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya. Sejurus sahaja dia keluar dari bilik mandi, dia melihat telefon Aaron berbunyi, Mylia tidak mahu Aaron terganggu dengan panggilan tersebut lantas mengambil keputusan untuk mengangkat panggilan tersebut.

"Hello, Aaron's wife speaking.." kata Mylia. "Mylia.. Mylia kan. Mylia.. tolong akak Mylia. Akak dah tak tahan. Tolong... " Kata seseorang perempuan sambil tangisannya kedengaran.

"Siapa ni?" Soal Mylia. Seakan pernah didengar suara ini. "Ni akak, Dahlia. Mylia. Tolong bantu akak Mylia.." kata Dahlia.

"Kenapa? Akak kenapa?" Soal Mylia. Sedikit cemas. Namun, panggilan dimatikan. Dia merenung telefon itu lama..

"Kenapa dengan Dahlia? Kenapa dia call Abang?" Soal Mylia. Dan terus merenung suaminya yang sedang tidur.. Segala persoalan mungkin ada jawapannya, iaitu suaminya.
***
Mereka makan bersama malam itu. Sedikit takut Mylia untuk bertanyakan soalan ini kepada suaminya.

"Diam je Mylia ni.. kenapa? Ada apa-apa ke?" Soal Aaron. Mylia hanya tersenyum, "err.. takde apa-apa. Sedap tak masakan Mylia?" Soal Mylia. Aaron tersenyum, "mestilah sedap. Mylia kan yang masak.." kata Aaron.

Selepas makan, mereka menonton televisien bersama. "Abang.." kata Mylia. "ya sayang.. kenapa?" Soal Aaron. "Kenapa Dahlia call Abang?" Soal Mylia. Aaron sudah terkejut.

"Dari mana Mylia tahu Dahlia call Abang?" Soal Aaron. Dia kalau boleh tidak mahu Mylia terasa hati.

"Tadi.. dah lama ke Dahlia berhubung dengan Abang?" Soal Mylia. Aaron terus meraih tangan Mylia dan menciumnya. "Mylia jangan marah ye.. betul, Abang tak sangat layan dia pun. Tapi, entah.. macam dia ada masalah." Kata Aaron.

"Tahu.. sebab sebenarnya tadi Dahlia call, tapi Mylia yang angkat. Dan, Mylia dengan dia menangis.. abang rasa dia ada masalah ke tu?" Soal Mylia.

"Mylia.. walaupun dia ada masalah. Ini bukan urusan kita sayang.. Abang baru je berbaik-baik dengan Mylia. Baru je nak bina rumah tangga kita bersama. Baik, kita fikirkan tentang kita.." kata Aaron.

"Tapi, kalau dah Dahlia minta bantuan, kenapa pula kita tak tolong ye Abang.. mungkin, dia betul-betul perlukan bantuan.." nasihat Mylia.

Aaron sudah mendengus, "Sebenarnya, abang dah call kawan Abang, ye.. Dahlia dah kahwin. Tiga bulan lalu.. tapi, secara terperinci.. Abang tak tahu apa masalah dia." Kata Aaron.

"Ke... dia kena dera oleh suami dia.." teka Mylia. Aaron sudah terdiam, "takkan lah.. " kata Aaron. "Mungkin... Mylia rasa kita kena bantu dia. Mungkin dia tak tahu dengan siapa dia minta tolong, jadi.. dia ambil keputusan minta tolong dengan kita.." kata Mylia.

Aaron sudah terdiam, "Mylia ... Bukan Abang tak nak tolong. Tapi, Abang tak suka nak masuk campur hal orang lain, sayang.." kata Aaron.

"Kita tolong ye.. please .." kata Mylia. Aaron hanya merenung Mylia. Tidak lama selepas itu, dia mencempung badan Mylia.

"Eh, abang.. kenapa angkat Mylia ni? Kita belum habis bincang lagi pun." Kata Mylia.

Aaron membalas, "abang malas nak bincang dan fikirkan hal orang lain. Baik abang fikirkan Mylia seorang je. Macam mana nak buat Mylia jadi ibu dan Abang jadi ayah. " Kata Aaron.

Sedikit termalu Mylia dengan Aaron..

esok Killa tak update ye :) stay tuned ;-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience