Selang beberapa bulan.
"Dengar cerita kau kena pindahkan dekat Sabah" kata Dr Syed. "Ye Syed. Dekat Sabah, pedalaman. Okaylah tu. Aku lagi suka" kata Aaron.
"Sebab kenapa kau suka?" Soal Syed.
"Sebab ada hati aku dekat sana. Aku tak sabar nak jumpa dia" kata Aaron.
****
"Mak, bapa. Doakan saya dapat bawa balik isteri saya balik ye" kata Aaron.
"Aaron bawalah Mylia balik" kata Maknya.
"Maafkan Aaron mak atas perangai Aaron dan sikap Aaron yang dulu. Doakan Aaron dapat hati isteri Aaron balik" kata Aaron meminta restu kedua ibu bapanya.
Aaron di dalam kapal terbang. Dia membaca setiap diari isterinya.
10 September.
"Hari ni Abang Aaron datang rumah, dia nak bertolak dah pergi tempat jauh..
Rindulah dekat Abang nanti"
19 Disember.
"Surat dah dihantar, tapi Abang Aaron tak balas pun. Mungkin sibuk.
7 Julai.
"Ditunangkan dengan jejaka yang saya minat dari kecil , owh abang Aaron.
8 November.
"Abang Aaron tak makan masakan saya. Jahat betul.. tak pelah
31 Disember
"I give up".
Aaron suka membaca diari isterinya. Inilah peneman malamnya. Isterinya yang sentiasa mencintai dia.
"Mylia jangan give up ye sayang... Abang nak datang dah ni" kata Aaron.
*****
"Achuumm.. " kata Mylia.
"Siapa sebut nama aku ni" kata Mylia sambil menanda buku kerja pelajarnya.
Wati yang pada masa itu masuk, menyapa Mylia. "Siapa sebut nama kau, Cikgu Hisyam lah kut. Dia kan minat dekat kau" kata Wati.
"Ye ye je kau tu Wati. Mana ada. Kawan jelah" kata Mylia. Kalau boleh dia tidak mahu ada komitmen sekarang. Hatinya masih takut untuk jatuh cinta.
"Alah.. okay apa korang tu. Dua-dua bujang" kata Wati. Mylia sudah menelan air liur yang kesat terasa. Bujang?. Dia kini dalam proses untuk bercerai. Namun, yang peliknya.. sampai sekarang belum ada panggilan daripada pihak sana.
Adakah mereka suami isteri ataupun sebaliknya? Mylia malas ingin memikirkan perkara ini.
***
"Apa nama Doktor?" soal ketua kampung.
"Nama saya Aaron Mikhail Pak Cik Taufik" kata Aaron, ramah. Pak Cik Taufik senyum melihat anak muda yang rupa parasnya boleh tahan.
"Doktor bujang lagi kah?" soal Pak Cik Taufik. Aaron tersenyum.
"Tak Pak Cik. Saya dah kahwin. Sebenarnya, isteri saya mengajar dekat sekolah rendah sini" kata Aaron.
"Ahh?? Siapa orangnya, mana tahu saya kenal" kata Pak Cik Taufik. Aaron tersenyum.
"Mylia namanya, Pak Cik. Orangnya kecil je tapi comel" kata Aaron. Pak Cik Taufik terus tersenyum. "Owh... Cikgu Mylia, aik saya ingat dia belum berkahwin. Tu Cikgu Hisyam minat dekat dia tu." kata Pak Cik Taufik.
Sedikit cemburu Aaron apabila ada yang meminati isterinya. "Hehe.. Cikgu Mylia tu dah kahwin, tulah sebab saya pindah dekat sini. Mungkin Cikgu Mylia tak nak orang lain tahu kut. Kami kahwin tahun lalu Pak Cik" kata Aaron.
"Owh.. yalah. Doktor tinggal di sana lah ya. Rumah tu, sebab yalah... Cikgu Mylia tinggal dengan orang lain. Apa pun Dr, esok ada majlis kampung kita buat. Jadi, baguslah Dr datang. Boleh lah saya kenalkan Dr dengan penduduk kampung sini" kata Pak Cik Taufik.
"Baik Pak Cik, Terima kasih Pak Cik" kata Aaron. Esok, dia akan berjumpa dengan isterinya. Orang yang paling dia rindui... Sangat..
pendek kan? Soryy....
Share this novel