"Mylia nak pergi mana ni?" Kata mak Aaron.
"Owh ye, Aunty. Mylia nak pergi mall. Nak jalan-jalan kijap." Kata Mylia.
"Ehh.. tak ajak Aaron ke?" Soal mak Aaron.
"Eerr.. tak pelah. Takut Abang Aaron kerja hari ni" kata Mylia.
"Eh.. taklah. Dia cuti. Aaron, gi jalan dengan Mylia tu. Kesian. Takkan lah sorang-sorang dia keluar." Kata Mak Mylia.
Aaron memaniskan mukanya.
Mylia yang duduk di kerusi dalam hatinya berkata,
"Pandainya berlakon ". Mahu sahaja Mylia mengadu dengan bakal mertuanya tentang sikap anak lelakinya yang tidak melayannya. Namun, yalah.. dia bukannya budak-budak. Jika boleh, dia mahu menyelesaikan masalah ini dengan bakal suaminya.
********
Akhirnya Aaron dan Mylia keluar bersama. First date mereka. Tu pun setelah diasak oleh kedua ibu bapa mereka. Dan, Aaron sememangnya pandai berlakon.
Namun, seperti biasa. Ketika mereka keluar, seramah mana pun Mylia, begitu jugalah Aaron. Tidak melayannya, tidak berkata sepatah pun dengannya.
Setelah habis mereka berbual, mereka makan di sebuah restoran.
Mylia memberanikan diri untuk bertanya,
"Abang.. kenapa Abang tak balas surat Mylia ?" Soal Mylia. Meminta penjelasan, surat yang ditulis selama lapan tahun
"Penting ke nak balas surat kau?" Soal Aaron kembali. Mylia terdiam dengan jawapan Aaron. Bermakna selama ni surat Mylia kirim tidak dibaca dan berkemungkinan dibuang.
"Abang ni.. macam tak suka je dengan saya?" Kata Mylia, meninggi sedikit suara.
"Memang pun. Kalau tak kerana mak dengan ayah. Tak ingin nak jadikan kau isteri. Gedik!" Kata Aaron.
Mylia hampir mahu menangis namun dia harus kuat.
"So, kalau tak nak. Kita putuskan sahaja lah. Saya pun malas nak layan tunang macam Abang ni. Baik tak payah ada tunang" kata Mylia.
"Kau beranilah buat macam tu , budak. Kau tahu tak bapa aku ada sakit. Aku bila-bila je nak putuskan. Tapi, fikirkan kesihatan bapa aku. Aku terpaksa setuju. Kau tahu tak?" Kata Aaron meninggi suaranya.
Mylia sudah terdiam di meja makan. Mahu tidak mahu terpaksa lah dia menerima semua ini untuk kesihatan bapa Aaron.
"Dah. Aku malas nak layan kau. Kau dah besar kan. Kau boleh balik sendiri." Kata Aaron meninggalkan Mylia.
**********
Mylia sampai di rumah.
"Eh.. Aaron mana?" Soal bapa dan mama Mylia.
"Err. Dia dah balik. Mylia naik atas dulu ye mak ayah" kata Mylia.
"Mylia. Kijap. Mak dengan bapa nak cakap sekijap" kata mak ayah Mylia.
Mylia duduk di sofa.
"Mak dengan bapa Aaron nak cepatkan perkhawinan. Bulan depan. Sebab kesihatan bapa Aaron dah merosot. Lagipun, Mylia cuti kan sekarang" kata mak ayahnya.
"Ye mak..Mylia cuti" kata Mylia.
"Boleh kan? Kita awalkan" kata mak Mylia.
"Boleh mak" kata Mylia.
*********
Aaron di dalam bilik kusut. Bulan depan dia akan berkhawin dengan budak gedik itu.
Puas dibentak oleh Aaron atas alasan masih baru bekerja. Namun, bila bapanya berkata mengenai kesihatannya. Aaron tidak boleh berkata apa.
Aaron mengambil telefon mewasap budak gedik tu.
"Woi.. esok jam 9. Kita tempah baju " kata Aaron.
Mylia membaca pesanan ringkas. Ya, dia akan berusaha menambat hati suaminya. Terus dia.menghubungi bakal suaminya.
"Haii Abang" kata Mylia di telefon.
Aaron sudah geli, ingin termuntah mendengar suara manja Mylia.
"Apa dia kau nak?" Soal Aaron.
"Takde.. esok jam 9 kan... Okay Abang. I love u. Muahhh" kata Mylia.
Aaron mematikan telefonnya. Dia geli mendengar kata-kata begitu.
Mylia sudah ketawa. Dia sudah menceritakan semuanya kepada maknya. Dia mendapat motivasi daripada maknya.
"Anak mama jangan mengaku kalah. Goda Aaron. Mak yakin Aaron tu akan jatuh cinta dengan kamu. Jangan menyerah okay?" Kata maknya yang hanya tahu rahsia seperti apakah hubungan Aaron dan Mylia sekarang.
"Mylia janji Abang. Mylia akan pastikan yang Abang jatuh cinta dengan Mylia" itulah janji Mylia.
Stay tuned for next chapter.
Share this novel