"Abang Aaron tak datang fitting baju ke hari ni, aunty?" Soal Mylia. Nampaknya dia yang beria daripada Aaron. Tapi, perkara ini sudah pun diagak oleh Mylia.
"Tak sayang.. Maaf. Dia kerja sekarang" kata Mak Aaron.
"Takpe lah." Kata Mylia, perlahan.
Mereka membeli cincin pernikahan mereka. Sepatutnya bakal suami yang menemani dan memberikan pendapat mana yang cantik, namun.. sekarang, bakal ibu mertuanya pula yang menemaninya.
"Aunty balik dulu lah. Mylia nak jalan-jalan kijap." Kata Mylia. Kesian dia melihat bakal ibu mertuanya yang kepenatan menemaninya.
"Yalah. Aunty balik dulu ye. Kalau sempat, nanti Aunty suruh Aaron hantar Mylia pulang" kata mak Aaron.
"Takpe Aunty. Mylia naik Grab. Kesian Abang mesti penat" kata Mylia, memahami.
Mylia berjalan-jalan sekitar shopping mall namun tidak semena-mena dia terjumpa Aaron dengan seorang perempuan.
Dia memberanikan diri menegur Abang Aaron.
"Abang.. cakap kerja. Kenapa tak datang fitting baju tadi?" Soal Mylia.
Terkejut Aaron melihat Mylia di sini. Matanya melilau mencari kelibat ibunya takut-takut ada.
"Siapa perempuan ni?" Soal Mylia, memang lawa daripada dia.
"Excuse me, who are you want to know about me?" Soal Dahlia, sombong.
Mylia membalas, "saya pun tak kuasa nak tahu awak. Tapi, saya nak ingatkan lah, awak keluar ni dengan tunang saya. Awak tu siapa?" Soal Mylia.
"Budak ... Boleh tak jangan buat perangai. Hishh...sini" Aaron sudah menarik baju Mylia.
Mylia sudah tersenyum tanda kemenangan.
Aaron menarik sehingga ke keretanya. Mereka menaiki kereta. Tiba-tiba ada panggilan dari telefon Aaron.
"You wait there" itu sahaja sepatah kata Aaron.
"Lain kali budak, cuba jangan masuk campur hal aku. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. " Kata Aaron.
"Apa pula macam tu... Kita dah nak khawin dah Abang..siapa perempuan tu?" Soal Mylia.
"Kau tak perlu tahu. Yang kau perlu tahu.. dia sebenarnya bakal isteri aku." Kata Aaron, lancar.
"Habis.. saya ni? Saya ni apa?" Soal Mylia.
"Bingit lah kau ni.. dah turun. Cari Grab sendiri" kata Aaron.
Aaron menghentikan keretanya di tepi jalan. Mylia keluar dari kereta dan melihat keretanya meluncur pergi.
********
"Mylia.... Kenapa ?" Soal maknya.
"Mak.. boleh tak kalau Mylia tak nak khawin dengan Abang Aaron. Abang Aaron jahat" kata Mylia.
"Mylia.... Mak selalu mendoakan kamu. Mak yakin sesuatu hari nanti Aaron akan terbuka hati nak terima Mylia" kata maknya.
Mylia menangis di bahu ibunya.
***********
Majlis Perkhawinan.
Aaron buat tak endah sahaja. Lafaz akad nikah juga dibuat tanpa perasaan.
Selesai semua. Tiba masanya untuk tidur.
Aaron sudah tidur di sofa. Manakala Mylia di katil. Diingatkan, mereka akan menikmati malam pertama seperti pasangan lain. Namun, disebaliknya.
Aaron sedang menghubungi seseorang. Mylia menjangkakan mestinya perempuan itu.
Mylia menulis di buku diarinya. Pengalaman bergelar isteri. Not happy at all! Beginilah kejadianny jika kedua mereka tidak mencintai, menyayangi antara satu sama yang lain.
Mylia tertidur. Namun, teringat pesan maknya.
"Mylia lebih layak jika dibandingkan perempuan itu. Aaron tu suami Mylia. Mylia kena ambil hati Aaron. Okay sayang?" Itulah pesan maknya. Dia bersyukur mempunyai seorang maknya yang sentiasa memberikan kata semangat kepadanya.
**********
Pagi
Mereka bersarapn bersama, Aaron seperti biasa. Pandai berlakon. Pandai mukanya dimaniskan.
Sekali dengan Mylia, usahkan senyuman. Nak sengih pun payah.
"Ahh.. Aaron. Nanti bawalah Mylia pergi rumah sewa kamu" kata bapa Aaron.
Aaron menganggukkan kepalanya.
Mylia sudah suka. Kalau dekat rumah dia, mungkin akan lebih rapat kut..
Sebelum mereka jalan. Mak Mylia sempat menitipkan kata-kata semangat.
"Pakai baju seksi malam ni. Goda dia tau. Dekat bakul ni mak dah belikan. Selamat berjaya !" Kata Mak Mylia memberi cadangan.
Mylia sudah tersenyum.
*******
"Rumah Abang dekat mana?" Soal Mylia.
Pertanyaan tidak berjawab.
"Abang kerja dekat hospital bahagian mana?" Soal Mylia.
Pertanyaan sepi berlalu.
"Bila Abang nak ceraikan Mylia?" Soal Mylia.
Terus tertoleh kepala Aaron dengan pertanyaan terakhir Mylia.
"Ahhh.. baru nak pandang kita.. lajunya kalau bab cerai-cerai ni kan? Tapi, Mylia tak nak. Mylia sayang Abang cintakan Abang dari dulu lagi. Jadi, misi Mylia nak buat Abang jatuh cinta.." kata Mylia, ceria.
"Budak gedik" itu sahaja kata daripada Aaron.
"Alah.. gedik dengan suami sendiri kan. Abang....." Kata Mylia manja terus menarik lengan Aaron.
"Kau ni budak. Kau tak nampak ke aku memandu. Jangan sampai aku..." Belum sempat Aaron berkata, dia dipotong oleh Mylia.
"Jangan sampai aku turunkan kau dekat stesen bas. Dah agak dah tu ayat Abang. Aihh. Untung Grab.. Sebab mungkin Mylia akan menjadi pelanggan setia mereka" kata Mylia terus melepaskan lengan suami.
Namun, dia bahagia. Dia dapat memeluk lengan suaminya
"Tak pe.. Malam ni aku goda kau.. " kata Mylia.
*********
Ketika mereka sampai di rumah sewa Aaron. Terkejut Mylia. Sangat cantik dan tersusun kemas.
Aaron sudah masuk ke biliknya. Mylia pula menuju ke bilik Aaron.
"Wait.. wait... Kau dah kenapa masuk bilik aku? Bilik kau dekat bawah." Kata Aaron.
Mylia terkejut.
"Eh. Kenapa pula dekat bawah bilik Mylia. Bukan suami isteri tidur sama-sama ke?" Soal Mylia.
"Kita tidur asing. Kau ingat aku nak sangat dengan kau ke?" Soal Aaron.
Mylia sudah menarik muka. Dia turun ke bawah dan didapati rupanya bilik bawah tu ialah bilik stor..
"Aishh.. suami siapalah ni. " Kata Mylia.
Dia mengemaskan bilik stor itu. Setelah beberapa jam. Bilik stor terus menjadi biliknya.
"Abang Aaron.. jom kita pergi pasar.." kata Mylia.
"Malas.. Kau lah pergi." Kata Aaron.
"Tapi.. Abang.. barang dapur Abang takda pun. Macam mana Mylia nak masak?" Soal Mylia.
"Kalau aku cakap tidur asing. Masak asing lah" kata Aaron.
"Tapi, Mylia pandai masak. Mylia nak jadi isteri mithali. Nak masakkan Abang. Nak buatkan Abang minuman." Kata Mylia.
"Bingit arr. Kau boleh keluar tak?" Soal Aaron kasar.
Mylia tersentak dengan jerkahan itu. Mylia mengambil beg dan terus keluar dari rumah itu.
"Biarlah... Aku beli sendiri.. aishh... Mak... Tolong doakan Abang Aaron terbuka hati" gumam hati Mylia.
******
"Bukan apa Abang. Saya orang tua. Boleh nampak dari mata budak Aaron tu, dia tak suka anak kita" kata Mak Mylia.
"Saya faham.. kita sebagai orang tua kena mendoakan mereka. Insha Allah" kata bapa Mylia.
"Kalau kita takda dah lagi. Siapa nak jaga anak kita Abang" kata mak Mylia.
"Awak ni.. jangan lah sampai ke situ pula.. kita doakan je. Insha Allah" kata bapa Mylia.
hari ini Killa update Letter For My Husband je tau... Esok MBW, Lusa NIILWY.. hehehhe
Share this novel