CHAP 25

Romance Completed 83854

Setelah dihantar oleh suaminya, sempat Aaron memberi surat untuk dibacanya dan kata-kata berbaur pengodaan.

"Baca surat ni. Okay? And.... I will always wait for our first night, sayang.." bisik Aaron. Mylia sudah malu. Cepat-cepat dia keluar daripada kereta suaminya. "Ahh. Mylia. Kau dah makan?" Soal Wati yang sedang memasak.

"Dah. Tadi" kata Mylia "Kenapa kau tak tinggal je dengan suami kau? Kesian dia... Kau ni, sepatutnya tinggal dengan suami" kata Wati.

"Eh. Tak nak lah. Kesian kau" alasan Mylia. "Aku okay jelah dekat sini ni" kata Wati.

Mylia masuk ke dalam bilik dan terus membuka surat suaminya.

Sedikit sahaja yang diperkatakan oleh suaminya namun dia tertarik dengan ayat terakhir suaminya.

"Suami yang terseksa"

Terketawa Mylia membaca surat tersebut. Entah apa yang dia buat kepada suaminya dan disebut sebagai menyeksa.
*********

Seminggu persekolahan berjalan seperti biasa. Pada hari Jumaat petang, Mylia membersihkan kawasan rumahnya. Tib-tiba kereta Hisham berhenti di hadapan ruman mereka.

"Mylia... Can we talk?" Tanya Hisham.

Mylia menganggukkan kepalanya dan duduk di kerusi kayu.

"Sebelum tu, saya nak minta maaf dekat awak dan Aaron. Saya minta maaf sebab meminati awak sedangkan awak isteri orang." Luah Hisham dengan perasaan bersalahnya.
******

"Takpe, Hisham... Salah saya sebab saya tak bagitahu saya dah kahwin" kata Mylia, senyum. "Maafkan saya ye Mylia. Err, anyway.. awak dengan Aaron sesuai sangat. Serasi" kata Hisham.

"Lah.. hahahha, biasa jelah. Tak lah serasi mana pun" gelak tawa Mylia.
******
"Puan Mylia Inara" tinggi suara Aaron. Mylia dan Hisham sudah berdiri terkejut mendengar suara Aaron.

Aaron pergi memdapatkan Mylia.

"Dude, don't you understand. Tak malu ke dating dengan isteri orang?" Kata Aaron, sambil mengenggam tangannya.

"Dr.. Dr, salah faham ni. Sebenarnya saya..." Belum sempat Hisham bersuara, dipotong percakapannya oleh Mylia.

"Abang.. stop. Hisham. Pergi balik. I know what to do"kata Mylia tidak mahu perkara ini berpanjangan.

Hisham sempat berkata maaf sebelum meninggalkan mereka berdua. Dia rasa bersalah.

"Owh.. macam ni rupanya Mylia.. dengan lelaki lain bukan main layan baik. Dengan suami sendiri, dia buat kita macam sampah" marah Aaron.

Mylia hanya diam, merenung mata Aaron.

"It's fair. I guess. Abang pun dulu macam tu juga. Dengan Dahlia.. saya rasa kami tak de salah kut. Yang lagi salah, apabila isteri kematian ibu bapanya dan suaminya pergi dating dengan perempuan lain" kata Mylia.

Terkena setepek di muka Aaron. Dia seakan ditumbuk oleh Mylia dengan kata-kata isterinya.

Baru sahaja Mylia ingin melangkah. Aaron sudah membawa isterinya ke bahunya.

"Lepas lah... Wati" jerit Mylia, meminta pertolongan.

Wati terkocoh-kocoh keluar.

"Wati. Saya pinjam dulu kawan awak yang comel ni" kata Aaron terus membawa Mylia ke dalam keretanya.

"Don't you dare to go out... Listen to me" tegas Aaron. Tertelan air liur Mylia. Tiba-tiba dia rasa takut.

Dia ingatkan mereka akan ke rumah suaminya. Tapi...

"Where we are going..?" Soal Mylia.

"You will find out" kata Aaron. Mylia hanya mendiamkan dirinya dalam kereta. Sedikit takut dan gerun pun ada. Sama seperti perasaan yang dia alami sewaktu sekolah dulu.
***
(imbas kembali)

"kau biar betul Mylia.. Kalau Abang Mikhail nampak, mahunya dia marah kau.." kata sahabatnya, entah apa yang merasuki Mylia untuk mengenakan Aaron pada saat ini.

"Dia jahat sangat dengan aku. Dia panggil aku gedik lah apalah. Dia tak layan aku. Dia sombong, sudah benda nak marah aku. Entah, kenapa aku rasa dia yang berubah.." kata Mylia, sambil meletakkan kotak pada meja Aaron.

"Dah.. jom blah.." kata Mylia. Sahabatnya hanya mengetawakannya, "tak sangka aku,.nakal juga kau ni kan.." kata sahabatnya sambil ketawa.

"Cihhh.. Mikhail, ada hadiah lah. Ni mesti dari adik mentee dia lah tu.." kata rakannya. Mikhail hanya diam sambil membuka hadiah daripada Mylia.

Dan, apabila kotak dibuka dan secara mengejut patung keluar sehingga membuatkan Aaron terkejut dan terjatuh daripada kerusinya. Satu kelas mengetawakannya.

Sesampai sahaja waktu pulang, Aaron sudah menunggu Mylia di hadapan pintu pagar sekolah. "Wehh ... wehh, Abang Mikhail wehh.." kata sahabatnya.

"Mylia Inara...." laung Aaron. Mylia dan sahabatnya sudah melarikan diri. "Cabut.. Cepat..." kata Mylia. Aaron mengejarnya sehingga mereka pergi ke jalan mati.

"Maaf Abang Mikhail.." kata sahabat Mylia. " Dah, awak balik. Saya cuma nak jumpa budak nakal ni." tegas Aaron. Tertelan air liur Mylia.

"Sini.." ditariknya lengan baju Mylia sehingga ke rumah Aaron. Dan, nasib kedua ibu bapanya tiada di rumah.

"Duduk!" tegas Aaron. Mylia takut-takut untuk menatap wajah Aaron yang sememangnya bengis, "sejak bila jadi nakal ni? Sejak bila suka buat benda macam ni? siapa ajar Mylia? tak malu ke? Mylia tu masih muda, dah nak buat orang macam tu." leter Aaron.

Mylia hanya diam.. "Mylia minta maaf, dah Abang tak layan dengan Mylia. Sombong dengan Mylia. Kita dah tak rapat macam dulu daa.." kata Mylia.

"Dan, buat apa aku nak rapat dengan kau? Kau ni siapa? Adik aku ke? Bukan kut. Kita rapat pun sebab mak ayah kita rapat, tak semestinya kita pun nak kena rapat juga." kata Aaron, sedikit terkesan Mylia dengan kata-kata Aaron.

"Abang dah tak suka Mylia ke? Dah tak suka kawan dengan Mylia ke?" soal Mylia, sedikit sedih.

"Sebab... sejak aku rapat dengan kau. Hidup aku tak senang, ada je kau nak kacau. Ada je kau nak buat. Dan, aku tak suka.. apatah lagi budak perempuan yang tersangat gedik macam kau." kata Aaron mencerlung matanya ke arah Mylia yang sekarang dilihatnya takut, sedih, gerun, dan ingin menangis.

Mylia menitiskan air matanya sedikit, "maaf... Mylia janji.. Mylia tak kacau Abang dah. Okaylah.. Mylia balik dulu.. Maafkan Mylia." kata Mylia, meninggalkan Aaron.

Sesaat dua saat Aaron di bangku, seakan menyedari keterlanjuran kata-katanya, mungkin kerana terlalu marah dengan Mylia menyebabkan dia mengeluarkan kata-kata sebegitu.

Aaron meletakkan beg sekolahnya dan mengambil basikalnya. Dilihat Mylia berjalan, dengan pantas dia mengayuh basikal.

"Dah naik!" kata Aaron tanpa memandang muka Mylia. Mylia hanya mengikuti arahan Aaron. Dan, Aaron hanya mengayuh basikal dengan Mylia sebagai penumpang.

Sesampainya di rumah Mylia, "Terima kasih.." tu sahaja kata Mylia lalu masuk ke rumahnya. Entah kenapa wajah Mylia yang mendung tu menyentuh tangkai hati Aaron.

"Hish.. kenapa dengan aku ni.." kata Aaron. Benci dia dengan perasaan ini, perasaan takut melihat Mylia sedih.
***
(sekarang)

Aaron menggengam tangan Mylia. Mylia hanya diam. "Tolong jangan buat Abang macam ni Mylia.. Abang tak suka. So, malam ni.. kita bincang baik-baik.." kata Aaron, sambil sempat melihat sekijap muka Mylia yang sudah mendung dan hampir menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience