CHAP 7

Romance Completed 83854

Mylia singgah ke rumah kedua ibu bapanya. Dia mengadu semahunya kepada ibunya.

Bapanya hanya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut maknya.

"Sudah lah tu, sayang. Anak mama ni orangnya baik kan. Mak yakin, Aaron belum nampak lagi sikap sebenar sayang" kata Mak Mylia.

"Tapi, Abang Aaron. Kenapa dia macam tu?" Soal Mylia sambil mengelap air matanya.

"Mungkin belum terbuka hati lagi dia tu. Mak sentiasa mendoakan kamu dan Aaron. Okay? Macam ni, nanti.. Mylia minta izin dengan suami Mylia. Lagipun, hujung minggu ni. Kami nak ke Melaka. Nak jalan-jalan. Kamu pun belum honeymoon kan?" Kata Mak Mylia.

Mylia menganggukkan kepalanya. Dia terus ceria. Memang Mamanya seorang yang memahami dirinya.

Bapa Mylia meninggalkan mereka terus membuat panggila kepada Aaron.
********

Mylia jadi gembira kembali. Hanya dengan kedua ibu bapanya, dia akan gembira.

Selepas sahaja dia balik dari rumah. Kelihatan kereta Aaron berparkir di luar rumah.

Mylia masuk ke dalam dan melihat Aaron sedang menunggunnya.

"Abang dah makan?" Soal Mylia. Setelah mendapat suntikan semangat dari keluarga untuk membina kembali rumah tangga mereka yang suram.

"Apa lagi kau nak mengadu dengan mak bapa kau?" Jerkah Aaron. Mylia terkejut dengan jerkahan tersebut. Hilang senyuman di wajahnya. Bagaimana Aaron mengetahui perkara ini. Dia memadang muka Aaron untuk kepastian.

"Bapa kau call aku. Kau nak keluarga kau fikir yang aku ni suami tak guna ke?" Soal Aaron. Dia menanggalkan tali leher dan mencampaknya ke lantai. Sangat dia marah dengan perbuatan Mylia yang mengadu.

Mylia menikus di hadapan pintu.

"Memanglah budak lah katakan. You know what, aku tak kisah dah. Kau pergilah mengadu. Lagi banyak kau mengadu, lagi cepat kita bercerai" kata Aaron meninggalkan dia.

Mylia terduduk di ruang tamu. Dari khawin sehinggalah sekarang. Perkataan cerai sahaja yang disebut oleh suaminya.
********

Mylia tahu dia bersalah. Dia sepatutnya tidak mengadu kepada kedua ibu bapanya mengenai rumah tangga mereka.

Mylia menyiapkan makan malam dan diletakkan di dulang makanan untuk dihantar kepada Aaron sebagai tanda minta maaf.

Kedengaran Aaron menghubjngi seseorang, Mylia terhenti di dinding.

"You .. you cintakan I ke atau isteri you ?" Soal Dahlia di telefon.

"I always want you, Mylia tu hanya nak sedapkan hati mak bapa I je. Mylia tu tak setanding dengan you. Dia tu dahlah budak, gedik lagi. Ada ke dia pergi mengadu dekat mak bapa dia. Tak sabar nak berpisah dengan dia " kata Aaron.

Mylia disebalik dinding menangis mendengar kata-kata itu.

Dia turun. Makanan di dulang dibuang di tong sampah. Dia penat dengan semua ini. Sudah tiba masanya, dia pasrah. Apa yang terjadi kepada rumah tangganya yang indah apabila dia baca di novel.
***********

Mylia pada awal pagi bangun. Dia sudah siap menyediakan sarapan. Walaupun tidak disentuh suaminya. Dia reda. Asalkan dia menjalankan tanggungjawabnya.

Aaron yang turun hanya minum. Dia mendengar perbualan Mylia dan seseorang.

"Hehhe.. yelah mak, enjoy your trip. Maaf tak dapat ikut. Abang Aaron mesti sibuk tu. Sayang mak.. " kata Mylia.

Aaron hanya diam mendengar.

"Mak kenapa pula nangis ni. Apalah. Mak kan pergi Melaka je. Ye mak, Mylia akan jaga diri. Jangan risau. Anak mak kan dah besar" kata Mylia.

Terus Mylia mematikan telefon. Dia berpusing terkejut dia, Aaron mendengar perbualan mereka.

"Mak tadi call. Sebenarnya mak ajak kita ke Melaka. Tapi, yalah mungkin awak sibuk kan.." kata Mylia.

Tiada sudah panggilan Abang. Dia menyerah dan berserah.

Aaron hanya buat tak endah. Bukan urusannya. Dia melihat di atas meja. Sarapan mi goreng dengan air nescafe.

Aaron pergi meninggalkannya.

Tinggalah Mylia, makan hati ulam jantung.

nak double chapter ke hari ni? ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience