Selang beberapa minggu, Mylia di meja guru masih memikirkan mengenai Dahlia. Sedikit kasihan dia dengan Dahlia yang ingin meminta tolong daripada mereka. Namun, Aaron hanya membiarkannya sahaja.
Mylia cuba untuk menghubungi nombor Dahlia, "hello Dahlia . Ni saya ni Mylia." Kata Mylia. Dan, perbualan daripada mereka pun berlangsung lamanya.
***
"How's work sayang? Okay?" Soal Aaron. Tulah pertanyaan pertama Aaron dari dia tinggal bersama sehingga sekarang.
"So far.. okay.. " kata Mylia. Mereka sedang menikmati makan malam. "Abang.. kenapa renung Mylia macam tu?" Soal Mylia, sedikit pelik dia diperhatikan oleh suaminya.
"Takde sayang.. dah, makan ye ." Kata Aaron. Adakah Mylia mengetahui bahawa termasuk kali ini sudah dua kali dia menambah nasi. Senyuman di muka Aaron terlihat.
"I am hoping for a good news." Bisik Aaron. "Ahh, apa? Apa abang cakap?" Soal Mylia. "Takde.. nak tambah lagi, meh abang tambahkan lauk dekat pinggan sayang.." kata Aaron, masih tersenyum.
***
"Abang.. tadi, sebenarnya.. Mylia call Dahlia." Kata Mylia, dia takut menyimpan rahsia ini dengan suaminya.
"Sayang... Kenapa call Dahlia? Kan abang cakap.. kita jangan masuk campur hal mereka." Nasihat Aaron.
"Abang dengar dulu cerita Mylia. Please.." kata Mylia. Aaron merenung Mylia.
"Memang betul tekaan saya, Dahlia kena dera oleh suami dia. Suami dia kaki pukul Abang. Sejak dia berkahwin dengan suami dia sekarang, dia kena dera. Dia mengharapkan agar kita boleh tolong dia.." kata Mylia.
Aaron hanya mendiamkan diri. "Mylia.. apa yang Mylia buat tu, abang hargai.. tapi, Dahlia ada ibu bapa dia.. ada orang lain yang boleh tolong dia sayang.." kata Aaron.
"Kalau dia boleh minta tolong dengan family dia, dah lama dia minta tolong abang.. dan Abang fikir.. dia tak akan call kita lah, kalau dia dapat minta tolong dengan orang lain." Kata Mylia.
Sedikit diam Aaron.. "abang... Kita tolong Dahlia ye.." kata Mylia, memujuk.
"Dan kenapa kita mesti tolong Dahlia?" Soal Aaron. "Atas belas ihsan sebagai manusia, dan Dahlia dulu pernah jadi kawan abang.." pujuk Mylia lagi.
Aaron hanya merenung Mylia. "Tu nanti kita fikirkan. Tengoklah mana Abang boleh bantu, Abang bantu ye. Tapi, ingat.. Abang tak nak kita yang masuk campur secara terus. Kita cuba hubungi pihak tertentu. Dan, kita kena cari tahu dulu.. betul ke atau tidak, Dahlia kena dera." kata Aaron.
"apa rancangan Abang?" soal Mylia. Aaron terdiam, "memandangkan kita jauh.. abang cuba minta tolong dengan kawan abang dekat sana.. tapi, ingat Mylia.. kita tolong hanya sebab kita nak tolong. Jangan melebih-lebih. Faham." nasihat Aaron. Agak bahaya dirasakan apabila mencampuri urusan rumah tangga orang. Namun, atas belas ihsan rakan, dia cuba untuk membantu mana yang patut.
"Abang nak minta tolong dengan siapa?" soal Mylia lagi. "Kawan Abang, Dr Syed.." kata suaminya.
Mylia tersenyum.. "terima kasih Abang.. errr, abang... Mylia lapar lah. Boleh tak masakkan Mylia." Pinta Mylia.
Aaron yang tadi berbaring terus terbangun, "what... Sayang tak kenyang ke tadi makan?" Soal Aaron. Sedikit terkejut dia dengan perubahan isterinya.
"Entahlah.. tapi, sekarang.. memang Mylia lapar lagi Abang.." kata Mylia, tersenyum manja..
Aaron meraih tangan Mylia dan mengajaknya ke dapur, "isteri punya pasal. Dah.. jom." Kata Aaron mengajak isterinya ke dapur.
readers .. jangan lupa jenguk blog Killa ye. link ada di IG killa. Killa dah masukkan watak untuk tiga novel Killa yang akan diterbitkan di blog Killa. Stay tuned for next chapter ye :)
Share this novel
mesti mylia pregnant