Sedang Mylia mengajar murid, entah kenapa dia merasa mual. Selepas habis sesi persekolahan. Dia terus ke klinik.
"Cikgu... Apa khabar. Err, Dr Aaron sekarang ada pesakit. Cikgu nak jumpa dia ke?" Soal Nisha. "Eh.. tak... Saya tak sihat ni. " Kata Mylia.
"Owh.. maaf. Ingatkan nak jumpa Dr Aaron. Okay, sila berikan IC dan tunggu nama dipanggil ye" kata Nisha.
Mylia menganggukkan kepalanya. Dia ingin muntah sekali lagi namun ditahan. Dia cepat-cepat mengunyah asam yang dibeli tadi sebelum ke klinik.
"Dr. Aaron. New patient..." Kata Nisha, menyerahkan borang. "Eh... Mylia. Dia tak sihat ke Nisha ?" Soal Aaron, risau.
"Tak tahu pula Dr. " Kata Nisha.. Aaron bergegas mendapatkan isterinya di luar.
Mylia ketika itu sedang mengunyah asam tersentak suaminya sudah di depan matanya.
"Sayang kenapa ?" Kata Aaron.
"Mylia tak sihat.." aduh Mylia.
Aaron memerhatikan tingkah laku isterinya yang makan asam di hadapannya.
"Jom pergi bilik Abang dulu." Kata Aaron.
Mylia hanya mengikuti suaminya. Sudah mereka duduk di sofa. Mylia mulai bercerita.
"Sebenarnya sejak kebelakangan ni, Mylia macam penat. Tapi, yang Mylia pelik kerja tak banyak mana pun. Dah rasa penat" kata Mylia sambil mengunyah asam di hadapan suaminya.
Aaron hanya senyum sahaja mendengar kata-kata isterinya. Sebagai doktor, dia tahu persis 'sakit' yang dialami oleh isterinya.
"Lepas tu, Mylia rasa nak muntah. Mylia makan lah asam. Okay pula Mylia rasa " kata Mylia masih lagi asam di mulutnya.
"Period selalunya datang berapa hari bulan?" Soalan Aaron pertama ditanya kepada isterinya.
"Kijap tau" Mylia berkata sambil membuka aplikasi period tracker di telefonnya.
Terkejut Mylia, sudah dua minggu dia terlambat.
"Abang... Period Mylia dua minggu lambat lah. Ya Allah, macam mana boleh tak perasan ni" kata Mylia
Aaron sudah menarik telefon dari tangan Mylia. Dia kemudiannya mencium bibir Mylia lembut.
Mylia terkejut.
"Eh.. Abang ni. Dah buang tebiat ke? Kenapa nak cium-cium orang ni?" Marah Mylia.
Aaron menitiskan air mata di depan isterinya. Dia terlalu gembira.
"Eh.. abang ni, sampai menangis. Abang, Mylia lambat datang period ni.. Tahu tak? Dah kenapa abang menangis.. lain lah kalau...." Terhenti percakapan Mylia di situ.
"Abang... Am i pregnant?" Soal Mylia.
Aaron sudah menganggukkan kepalanya.
Mylia terdiam..
"Better kita test dulu tau. Tapi, abang yakin, sayang pregnant" kata Aaron.
Dia teringat kejadian semalam bila mana isterinya makan banyak dari selalu. Dia cuma memerhatikan Mylia. Dan, dia yakin isterinya itu berisi.
Aaron menghubungi kedua ibu bapanya di sana. Kedua ibu bapanya gembira.
Setelah mereka membeli pregnancy test. Dan, terpapar dua line. Aaron tidak habis-habis mengucapkan syukur.
"Jaga baik-baik Mylia tu. Emosi orang mengandung ni lain." Pesan ibunya.
Setelah habis menghubungi kedua ibu bapanya. Dia mendapatkan isterinya di dalam bilik. Mylia sedang mengusap perut yang belum kelihatan itu. Tiba-tiba dia sedih. Andai kata ibu bapanya masih hidup.
"Sayang... Why you crying?" Soal Aaron sambil mengusap air mata isterinya.
"I wish that my parents still alive. They will be happy if i'm pregnant, right?" Kata Mylia.
Aaron terus memeluk isterinya memberikan kekuatan.
"Yes.. they will be happy... Sayang jangan sedih tau. Kalau sayang sedih. Abang beribu-ribu kali ganda sedih" kata Aaron memujuk.
*********
Mereka keluar ke pekan hari ni, membeli barang dapur yang sudah habis.
Selepas mereka sampai dari pekan. Aaron membantu isterinya mengemaskan barang dapur yang mereka beli.
"Sayang... Pergi mandi. Biar Abang kemas" arah Aaron.
"Okay..." Kata Mylia.
Sambil Mylia mandi, Aaron membancuhkan susu kepada Mylia.
Mylia sedang memakai baju terkejut suaminya sudah dibelakangnya.
"Kenapa Abang?" Soal Mylia.
"Do me a favor..." Kata Aaron.
"What?" Soal Mylia.
"Drink this milk..." Kata Aaron.
Mylia sudah terdiam. Kelemahannya.. dia bukan yang jenis minum susu.
"Abang.... Mylia. Errr.. Mylia tak suka. Bau dia pun Mylia macam nak muntah" kata Mylia.
"Please... Untu sayang dan baby juga tau" kata Aaron.
Mylia mengambil susu dari tangan suaminya. Dia cuba minum dan menghabiskan susu itu.
"Dah habis.. tahniah sayang" kata Aaron sambil bertepuk tangan.
Belum sampai sesaat. Mylia menarik baju Aaron dan muntah di baju suaminya. Aaron terdiam.
"Abang.... Sorry.. Abang..." Kata Mylia menangis.
"No.. no, hey, it's okay... " Kata Aaron membiarkan isterinya muntah di bajunya.
"Abang... " Kata Mylia menangis.
"Sayang. Okay dah rasa?" Soal Aaron.
Mylia menganggukkan kepalanya sambil mengelap muntah di tepi bibirnya.
"Dah.. jom mandi lagi" kata Aaron menarik isterinya ke bilik mandi.
Aaron tidak akan memberikan susu lagi kepada isterinya. Mungkin dia harus menukar perisa coklat jika isterinya tidak gemarkan susu.
***
"Kau minta bantuan dengan mereka. Nahas kau aku kerjakan.." teriak suami Dahlia, Dahlia hanya memegang bibirnya yang berdarah.
Dia menyesal mengejar lelaki ini. Memang kaya dan berharta, namun.. dia tersilap. Kekayaan dan kesenangan yang diberikan kepadanya hanya sementara apabila Dahlia mengetahui suaminya akan berkahwin satu lagi.
Dan, sememangnya suami yang sekarang bukanlah seperti yang dahulu. Suaminya lebih jahat, kaki pukul dan sebagainya.
Dan, suaminya pandai berlakon. Siapa lagi yang akan membantunya apabila kedua ibu bapanya juga tidak mempercayai apa yang dia katakan.
Kedua ibu bapanya hanya mengatakan Dahlia hanya mencari perhatian daripada suaminya dengan melukakan diri sendiri.
Dahlia memeluk lututnya, "Aaron.. Mylia, mereka sahaja yang boleh bantu aku sekarang. Tapi, macam mana?" Soal Dahlia sambil menangisi nasib dirinya sekarang.
dah update, enjoy. :)
Share this novel
terimalah nasib kau dahlia