Setelah dua minggu. Akhirnya mereka akan membuka sesi persekolahan. Wati sudah balik ke rumah mereka seminggu yang lalu. Malam itu, panggilan daripada seseorang mengejutkan lena Mylia.
"Hello.. awak nak apa?" Kata Mylia, malas. "Abang nak sayang. Tak biasalah tidur seorang" adu Aaron.
"Boleh tak teman Abang dekat sini?" Manja Aaron. Mylia sudah terketawa dengan gelagat suaminya. Namun, ditahan.
"Awak jangan nak mengada. Saya nak tidur ni awak. Esok nak ke pekan." Kata Mylia, terlepas cakap mengenai keberadaannya esok. "Aik.. pergi pekan? Tak bagitahu abang pun. Tak minta izin dengan Abang pun?" Bentak Aaron tak puas hati.
"Awak jangan mengada boleh. Macam awak cakap dulu, buat hal masing-masing" kata Mylia. Aaron sudah terdiam..
"Itu dulu Puan Mylia Inara..." Meleret suara Aaron. "Dahlah, saya nak tidur. " Kata Mylia terus mematikan fonnya.
Aaron pula tidak puas hati. Lebih kepada marah. "Hehehe.. awak sabar ye Puan Mylia Inara.." kata Aaron terus menghubungi Wati.
******
Mereka bersiar-siar di pekan ketika itu. Mylia sedang memilih barang untuk memulakan pengajaran dan buku-buku kerja yang berkaitan untuk pelajarnya.
Ketika sedang membuat pembayaran. Baru sahaja Mylia memberi duit. Sudah ada tangan menyerahkan duit untuk dibayar. "I pay for this." kata Aaron. Pekerja tu mengambil duit daripada Aaron.
Mylia pula mengelengkan kepalanya. Semua plastik diletakkan dalam kereta Aaron. "Jom. Kita makan dulu" kata Aaron, sengih.
Mylia diam. "Saya nak makan dengan Wati. " Kata Mylia.
Satu panggilan telefon daripada Wati bergema di telefon Mylia. "Wati. Kau dekat mana?" Bentak suara Mylia.
"Hehehe... Aku dah settle beli barang. Kau ikut suami kau tau. Aku nak bagi chance sikit" kata Wati. Mylia mematikan panggilan dan memandang Aaron yang senyum melihatnya. Dia tidak pilihan.
******
Menipu kalau dia tidak tertarik dengan penampilan suaminya. Walaupun berpakaian simple tapi boleh membuatkan hatinya berdebar. Bak kata orang, "Crush lah katakan".
"Lamanya tenung Abang. Dah puas scan?" Tegur Aaron, tersenyum. Mylia pula bertukar warna wajahnya. Terkantoi tanpa sengaja.
********
"Mylia kerja elok-elok tau. Ni .. ambil baca" kata Aaron, selepas sampai di rumah isterinya. "Awak tak penat ke tulis surat" kata Mylia.
"Tak.. nak balas surat peminat lah katakan." Kata Aaron, mengusik isterinya. "Sekarang baru nak balas. Dulu.. kenapa tak nak balas?" Kata Mylia.
Terdiam Aaron.
Mylia hanya tersenyum. Dia mengambil surat dari tangan Aaron. Tapi, Aaron tidak melepaskan tangannya. "Awak.. lepaslah" kata Mylia.
Aaron terus mencium isterinya. Geram dia dengan kata-kata yang keluar dari mulut isterinya ini. "Okay. Cukup buat bekalan.. terima kasih" kata Aaron, sengih.
Mylia pula marah. Dia tidak suka. Selepas mengambil beg plastik dari kereta Aaron. Dia terus berjalan tanpa menghiraukan panggilan Aaron di belakangnya. Dia sakit hati.. marah dengan Aaron.
"Alamak. Dia tak dengar pula. Gincu dia comot. Alah... Malu seminggu lah bini aku ni. " Kata Aaron. Niatnya memanggil isterinya untuk memberitahu mengenai gincu.
"Dating ke?" Soal Wati. "Takda. Tak nak aku" kata Mylia. Wati seakan menahan ketawa. "Kenapa kau ni?" Soal Mylia.
"Takda lah. Cuma, cemburu je dengan kau. Aisyh.. aku nak call mak aku lah. Carikan aku jodoh supaya cepat khawin" kata Wati, bangun dari kerusi. Mylia memanjangkan langkah ke bilik. Sebelum pintu bilik ditutup. Sempat dia mendengar suara Wati berkata,
"Mylia, pakai gincu beli yang long-lasting sikit. Comot aku tengok. Tu mesti laki kau punya kerja " kata Wati. Mylia menutup pintu cepat-cepat dan mengambil cermin. Dia malu. Mulut nya comot akibat dicium suaminya.
"Aaronn Mikhail.. i hate you" jerit Mylia.
Wati sudah terketawa di sebalik bilik.
***
(imbas kembali)
"Abang Aaron berjangkit demam dengan Mylia kut, aunty.." kata Mylia yang sedang menghidangkan bubur di mangkuk. Nasib baik cuti sekolah.
"Takde lah. Mana ada.. Kan Mylia dah lama sembuh. Biasalah Abang Aaron kamu tu, siapa suruh rehat nya tak cukup, asyik belajar je.." kata Mama Aaron.
Mylia sudah bersedia untuk menghantar mangkuk bubur ke bilik Aaron namun, dia agak takut dan malu sebenarnya. Tapi, Aunty sudah menyuruhnya.
"Aahh.. Mylia. Abang Aaron kamu tu kalau demam, makan nya mesti bersuap. Dah terbiasa dari kecil, Mylia suapkan ye.. Pastikan bubur tu tak panas. Okay?" kata Aunty.
"Err... saya segan lah Aunty." kata Mylia. Mama Aaron sudah ketawa, "nak segan apanya, Abang Aaron juga tu .. bukannya orang lain. Tolong ye.. Aunty sibuk sikit ni. Boleh kan?" sengih Mama Aaron.
"Okay Aunty..." kata Mylia.
Mylia masuk ke bilik Aaron yang memang sudah terbuka. Mylia meletakkan dulang makanan di atas meja dan melihat Aaron sedang mengulangkaji pelajaran.
"Abang Aaron kan demam, kenapa masih nak belajar?" soal Mylia. Aaron hanya melihat Mylia dan terus menyambung kembali pembacaannya. "Err, Abang Aaron.. nah.. makan bubur.. Mylia suapkan ye. Aunty sibuk sikit dekat bawah." kata Mylia.
Aaron meletakkan bukunya di sebelah dan menantikan untuk disuap Mylia. Dan, Mylia pun menyuapkan Aaron bubur. Setelah habis semangkuk, disuakan pula ubat kepada Aaron.
"Abang Aaron rehat ye.. Nanti-nantilah belajar tu, kalau tak sihat.. macam mana nak belajar. Semoga Abang Aaron cepat sembuh." sengih Mylia ingin meninggalkannya namun namanya dipanggil oleh Aaron.
"Mylia.." kata Aaron. "Ye, kenapa? Abang Aaron ada nak apa-apa ke?" soal Mylia. "Abang nak minta maaf sebab tinggalkan Mylia hari tu. Tapi, lain kali.. Mylia balik je dulu. Tak payah dah tunggu Abang.. Abang dah besar, Abang bukannya budak kecil lagi." kata Aaron lantas menyelimutkan seluruh badannya.
Sedikit sedih Mylia dengan kata-kata Aaron, sedangkan dulu mereka gembira dapat balik sekolah bersama-sama. "Baik.. Mylia janji... Mylia dah tak tunggu Abang dah. Mesti Abang dah mula tak suka dengan perangai Mylia kan. Sorry Abang.." kata Mylia meninggalkan Aaron.
Aaron membuka selimutnya dan berkata, "Abang tak cakap pun Abang tak suka...." terhenti bicara Aaron apabila dia melihat Mylia tiada di bilik itu.
***
(sekarang)
Aaron hanya memerhatikan gambar Mylia di bingkai gambarnya. Gambar keluarganya dan keluarga Mylia bergambar bersama. Dan, ketika itu Mylia masih kecil..
"Mylia... Mylia.. Mylia... hanya Mylia seorang je yang boleh buat Abang takut kehilangan Mylia. Takut sangat.. Cukuplah lebih setengah tahun kita berpisah. Lepas ni, Abang pastikan Mylia akan duduk di tempat sepatutnya Mylia berada.. di hati Abang.." kata Aaron.
Share this novel