Mylia bangun agak lewat. Dia tidur kembali selepas mereka solat bersama. Dia melihat suaminya merenungnya.
"Still tired?" Soal Aaron.
Mylia hanya menganggukkan kepalanya. Dia segan mahu melihat suaminya. Merah dirasakan. "Mulai hari esok. Boleh tinggal rumah Abang tak?" Soal Aaron.
Mylia menjawab, "bagi saya masa sampai minggu depan, boleh. Saya packing barang dulu" kata Mylia. "Okay sayang....." Kata Aaron. Dia memeluk isterinya.
"Hari ni ke kita balik?" Soal Mylia. "Ye.. hari ni. And i will miss u, sayang" bisik Aaron.
"Abang nak lagi, boleh. Buat bekal. Hehehehe" kata Aaron.
Mylia hanya senyum.
*******
"Jaga diri elok-elok sayang.. ni surat. Hehehe. I love u. " Kata Aaron. Mylia mengangguk kepalanya. Sempat ciuman diberikan.
Setelah Mylia hilang dari pandangan.
" My Mylia" kata Aaron.
"Amboii, third honeymoon ke sis?" tegur Wati. Mylia hanya tersenyum melihat Wati. "Dah lah, aku nak masuk bilik dulu ye.." kata Mylia. Wati hanya merenungnya..
"Kenapa kau tengok aku ni? Ada apa-apa ke?" soal Mylia. Wati hanya tersenyum, "takde lah. Cuma, lain macam je aku tengok kau. Entah.. macam glowing pun ada.. " kata Wati. Mylia sudah termalu sendiri..
"Mungkin, aku pakai pencuci muka yang sesuai dengan kulit aku kut.. Hehhee, anyway.. minggu depan. suami aku suruh pindah dekat rumah dia. Kau okay sorang-sorang dekat sini?" soal Mylia.
Wati sudah tersenyum, "dah sememangnya kewajipan kau Mylia. Seorang isteri perlu ada di sisi suami.. Kau nak risaukan aku, apasal? Kau tu yang sepatutnya kena risau. Tugas seorang isteri kena dilaksanakan. Wajib, dan begitu juga suami kau.." nasihat Wati.
Mylia sedikit tersentak dengan nasihat Wati, betul apa yang dikatakan Wati. Dia terlalu mengikut perasaan sehingga terabai kewajipannya sebagai seorang isteri.
"Kau jangan risaukan aku tau.. okay?" soal Wati. Mylia sedikit sedih. "Eh, dah kenapa kau ni? Emosi sangat.. Dah, cakap nak mandi.. pergilah mandi." kata Wati.
Mylia tersenyum, "Wati... Thanks" kata Mylia. Wati hanya tersenyum.
***
Aaron hanya tersenyum manis apabila dia mengingati peristiwa semalam. Sangat indah dirasakannya. Namun, secara tiba-tiba panggilan telefon berbunyi.
"Hello.." kata Aaron. "Aaron.. please help me. Aku tak sanggup daa.." kata perempuan di hujung talian. Terdengar esakan perempuan itu, Aaron terkejut.
"Why? What happened Dahlia?" soal Aaron.
"Aku kena pukul oleh suami aku, Aaron.. tolong aku.. Tolong..." rayu Dahlia. Dan, talian terus dimatikan.
Aaron terdiam... "dia kena dera ke oleh suami dia? bila dia kahwin?" soal Aaron bertubi-tubi, dan kemudian.. dia menghubungi Doktor Syed. Untuk mengetahui mengenai Dahlia.
Dan, selepas sahaja dia menghubungi Dr Syed, rupanya Dahlia sudah berkhawin tiga bulan yang lalu.. "Perlu ke aku tolong dia sedangkan... hubungan aku dengan Mylia baru je baik.. Apa yang aku harus lakukan.. Perlu ke aku bagitahu Mylia?" soal Aaron bertubi-tubi.
Antara isteri dan bekas kekasihnya.. siapa yang perlu dia utamakan? Hubungannya dia dan Mylia baru sahaja ada sinar, namun.. Dahlia sedang meminta bantuan. Sedikit buntu Aaron memikirnya..
Share this novel