Selepas mereka solat Subuh bersama. Mylia terus ke dapur menyediakan sarapan pagi. "Sayang masak apa tu?" Soal Aaron terus memeluk isterinya dari arah belakang.
"Can you stop. Rimas lah saya" kata Mylia. "Okay.. sorry. Abang tak nak rosakkan mood sayang awal pagi. Abang tunggu dekat sana ye" kata Aaron menunggu di meja makan.
Biarpun hatinya benci melihat suaminya namun dia tidak kejam untuk menyediakan sarapan pagi. Mylia meletakkan piring berisi nasi lemak dan segelas nescafe di hadapan suaminya.
Selepas membaca doa, Aaron mula makan. "Sedap sayang. Rugi nya Abang dulu tak rasa masakan sayang. Sedap..." Puji Aaron. Mylia malas melayan suaminya. Dia melihat telefon. Aaron pula seperti tidak dilayan oleh isterinya.
"Sayang wassap siapa tu?" Soal Aaron. "Awak sibuk kenapa ?" Soal Mylia.
"Mestilah , sayang isteri abang.. Sayang wasap dengan Cikgu Hisham ke? Ingat Abang tak tahu.. Cikgu tu minat dekat isteri abang." Kata Aaron.
"Yang awak nak sibuk kenapa, Encik Aaron ?" Soal Mylia meletakkan telefonnya.
"Don't you ever... Mylia isteri Abang" tegas Aaron. "Nope... Saya akan menjadi bekas isteri awak." Keras kepala Mylia.
Aaron menarik nafas.
"Kalau abang dapat tahu Mylia mengatal. Adalah Abang nak buat. Awas" amaran Aaron. "Kita buat hal sendiri boleh tak. Mana perempuan awak yang dulu awak bawa kehulu ke hilir tu?" Luah Mylia.
Aaron sudah menarik nafas. Salahnya juga.. tapi, Mylia tidak boleh buatnya begini. Dia tahu salahnya. Aaron diam, dia menghabiskan sarapannya. Dia berangkat pergi ke klinik.
Sedang dia ingin menuju keluar pintu. Dia menutup pintu kembali dan ke tempat isterinya Ditarik isterinya ke bilik dan dihimpit isterinya.
Mylia yang terkejut dan ingin menjerit namun sempat ditutup mulutnya oleh Aaron.
"Jangan cabar Abang, sayang.. kalau Abang nak, Abang boleh je buat sekarang. Tapi, Abang tak jahat sangat nak paksa sayang. So, here some tips. Kalau abang dapat tahu sayang berwasap dengan Cikgu Hisham. We gonna make a baby. Okay. Understand? Abang pergi kerja dulu. Terima kasih sarapan sayang. I love you" kata Aaron.
Mylia pula terbaring di katil sehingga kedengaran kereta Aaron meninggalkan rumahnya. "I hate you, Aaron Mikhail" kata Mylia, menangis.
Dia sebenarnya bukan berwassap dengan Cikgu Hisham. Dia tahu guru lelaki itu menaruh hatinya kepada namun dia masih tahu batas sebagai isteri orang. Tadi, dia cuma melihat gambar kedua ibu bapanya. Dia merindukan ibu bapanya.
***
Aaron hanya diam di mejanya. Bagaimana dia ingin meraih kembali hati isterinya. Terimbau kembali kenangan mereka berdua sewaktu Mylia masih kecil dan dia sudah remaja.
(imbas kembali)
"Kenapa Mylia?" soal Aaron ketika dia melihat Mylia di luar rumah. Ketika itu, keluarga mereka bertandang ke rumah Mylia.
Mylia hanya tertunduk sedih. "Abang Aaron . tengok, basikal Mylia. Rantai dia.."kata Mylia. Aaron sudah ketawa, "owh.. ni caranya dia senang je." Aaron terus membaiki rantai basikal Mylia.
"Dah siap.." kata Aaron. Mylia terus ketawa.."tangan Abang Aaron kotor.." kata Mylia. Terus Aaron mengacah Mylia untuk mengenakan Mylia.
"Ahh.. Abang. Aaron tak nak lah. Kotor nanti Mylia.. Abang Aaron ni jahat lah." kata Mylia sambil berlari-lari di luar rumah. Dan, memang dia suka mengusik Mylia yang baru sekolah rendah manakala dia sudah di sekolah menengah.
***
"Doktor.." seru Nisha. "Owh.. Nisha. Ada apa?" soal Aaron. "Kita ada pesakit. Ni borang dia." kata Nisha.
"Baik, terima kasih." kata Aaron. Sesekali dia melihat gambar dia dan Mylia sewaktu mereka kecil. "Abang sayangkan Mylia.. tolong buka hati Mylia untuk Abang sekali lagi. Dan, Abang janji.. Abang tak akan sia-siakan Mylia." janji Aaron.
Killa sedang menyiapkan e-book "What Dresscode For My Billionaire Wife". Tolong doakan Killa dipermudahkan urusan dan Killa akan sentiasa mendoakan readers juga semoga sihat dan baik-baik selalu.. Aaaminnn :) Stay Tuned, readers ...
Share this novel