CHAP 10

Romance Completed 83854

Aaron seperti orang hilang arah. Hampir sebulan dia mencari isterinya. Mylia. Semua sudah ditanya, keberadaan Mylia. Dia selalu berada di bilik Mylia. Seperti ada wangian Mylia melekat di bantal.

Kejamnya dia, membiarkan isterinya tidur di bilik stor, sedangkan dia layak tidur di sebelah Aaron. Kenapa dia bersikap kejam kepada Mylia.

Diri Aaron tidak terurus, jambang di mukanya tidak dibersihkan. Apabila Aaron di dapur, Aaron seakan merindui masakan Mylia walaupun dia belum pernah merasai.

Dia ternampak lagi gelas yang dibelikan Mylia kepada dia. Mylia berusaha untuk membahagiakan rumah tangga mereka. Mylia berusaha menjadi isteri yang terbaik.

Dan, yang paling dikesalinya, sewaktu Mylia kehilangan kedua ibu bapanya. Aaron lebih mendekati Dahlia, membiarkan Mylia sendiri bangkit dari kesedihan.

Suami jenis apakah dia? Nafkah zahir dan batin juga tidak ditunaikan. Makanan di rumah ini pun menggunakan duit Mylia. Sedangkan Mylia yang berusaha agar dia menjadi suami yang menjalankan tanggungjawab nya.

"Mylia.. maafkan Abang. Mylia dekat mana?" soal Aaron, sambil memeluk gelas bewarna pink milik Mylia.
***

"Dr Aaron, macam tak terurus je Doktor ni saya tengok. Tengok budak yang sakit tu, takut sangat" kata Doktor Syed.

Aaron hanya tersenyum. Doktor Syed mendekati Aaron. Aaron sudah menceritakan masalah rumah tangganya kepada Doktor Syed.

"Ada masa lagi ni Aaron. Baiki semua yang dah lepas. Jadi suami yang baik kepada Mylia. Saya pun dulu terkejut, rupanya Mylia itu isteri awak bukannya adik awak" kata Doktor Syed.

"Cari dia Aaron. Mulakan semula. Saya tahu Mylia itu budak yang baik. Insha Allah, berdoa kepada Allah semoga rumah tangga awak baik-baik sahaja" kata Doktor Syed.

Aaron mengalirkan air mata jantan. Dia kesal dengan perbuatannya kepada Mylia.

"Tolong doakan saya , Syed. Terima kasih" kata Aaron. Syed menepuk bahunya dan memberikan semangat kepada Aaron.

Aaron mendapat panggilan daripada kedua ibu bapanya. " Ya Mak, Mylia dekat Sabah. Baik Mak, terima kasih Mak. " kata Aaron, mengalirkan air matanya.

"Syed. Doakan aku ye. Aku nak pujuk isteri aku. Dia dekat Sabah" kata Aaron. Syed sudah tersenyum. Semoga ada sinar kebahagiaan mereka.

Ahh.. baru nak merana ke Aaron?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience