CHAP 23

Romance Completed 83854

(Imbas Kembali)

"Mylia, mana ma?" soal Aaron semenjak dua hari dia hanya berkurung di dalam bilik. Yang peliknya, tiada lagi kedengaran suara Mylia ataupun Mylia menghantar dia bubur. Kadangkala dia menunggu Mylia naik ke atas menghantarkan dia bubur.

"Mylia.. dia dah balik rumah dia daa.. Dia cakap dengan ma, dia nak teman mak dia. Dia kesiankan mak dia. Jadi, selepas ni.. kamu pergi sekolah seorang-seorang je ye. Sebab Mylia, dah tinggal rumah dia balik." kata Mamanya. Aaron sedikit tersentak, adakah disebabkan kata-katanya tempoh hari.

"Tapi, kamu tetap kena tengokkan Mylia tu. Mama dah anggap dia tu macam anak mama da. Dah lah dia tu takda Abang, kamu pula takda adik. Jadi, kamu tengokkan lah dia dekat sekolah. Boleh kan?" soal Mamanya.

Aaron hanya menganggukkan kepalanya.
***
Aaron hanya melihat Mylia sedang menikmati bekal bersama kawannya. Sedikit rindu juga dia dengan telatah Mylia. Dia melihat Mylia bergelak ketawa bersama rakannya. Comel dirasakan.

"Mikhail." sahut kawannya. "Kenapa?" soal Aaron. "Kau ada dengarkan, kita yang akan jadi fasi untuk perkhemahan unit beruniform." kata rakannya. "Tahu.." kata Aaron.

"So, kau nak siapa jadi mentee kau? Kau nak kita buat pemilihan ke atau mereka yang tentukan?" soal rakannya. Aaron terus tersenyum lantas berkata, "kita buat pemilihan" sambil Aaron melihat Mylia dari jauh.

"Mylia.. bestnya.. saya dengar minggu depan kita ada perkhemahan.." kata rakannya. Mylia sudah gembira, "bagus lah tu.. saya pun tak sabar." kata Mylia. "Tapi, aku dengar... yang akan jadi fasi kita senior kita, tingkatan lima.." kata rakannya. Terus Mylia teringat Abang Aaronnya. Dia terus bertambah suka.
***
"Baik, perkhemahan unit beruniform ni akan diketuai oleh fasilitator dari akak dan abang senior. Pelajar tingkatan satu.. mohon ingat nama abang dan kakak fasi ye." Laung guru mereka.

Dan, dalam kumpulan tersebut.. semestinya, Aaron, ketua fasilitator atau lebih tepat Abang Mikhail.
***
"Hai Abang Aaron.." senyum Mylia, dia merupakan mentee Aaron. Entah kenapalah dia ditakdirkan untuk menjadi mentee kepada Abang Aaronnya.

"Bukan Abang Aaron. Dekat perkhemahan ni, takde nak panggil macam tu. Panggil saya, Mikhail." Kata Aaron, sedikit garang.

Banyak aktiviti yang mereka adakan, dan ternyata sememangnya garang sekali fasilitator mereka ini, dia sahaja yang akan ditegur oleh Aaron sedangkan salahnya tidaklah terlalu besar.
***

Apabila mereka masuk ke hutan untuk ikhtiar hidup, tidak semena-mena hujan turun dengan lebatnya.

Aaron terus meredah hutan untuk mencari Mylia. Dia risaukan Mylia yang sememangnya tidak boleh terkena hujan. Dan, dia menjumpai kumpulan Mylia yang sedang berteduh di sebuah pokok.

Aaron dan cikgu mereka terpaksa menghentikan aktiviti ikhtiar hidup untuk keselamatan mereka.

"Nah, lindung kepala tu, kalau sakit... Kau juga yang susah." Aaron menyerahkan baju hujan kepada Mylia. Dan, dari situ panggilan Abang Aaron dan Mylia juga terkubur. Hanya menggunakan kau dan aku sahaja. Mylia sedikt sedih namun hal ini tidak sedikit pun menyebabkan Mylia membenci Aaron malah sayang kepada Aaron.

"Mentor dan mentee terbaik jatuh kepada... Mikhail dan Mylia." Umum guru mereka. Terkejut juga Mylia apabila dikatakan sebagai mentee dan mentor terbaik, sedangkan dia banyak dimarahi oleh Aaron.

"Tahniah. Nah, ambil lah hadiah ni. Kirim salam dekat aunty.." kata Aaron. Mylia hanya tersenyum, "kenapa dah tak nak tinggal rumah? Merajuk ke?" soal Aaron. Mylia hanya diam, namun membalas dengan senyuman, "sebab Mylia nak Abang Aaron belajar bersungguh-sungguh. Dan, semoga Abang boleh jadi Doktor. Boleh lah rawat Mylia kalau Mylia sakit.. Okay?" soal Mylia, meninggalkan Aaron.

"Jadi Doktor ye..." bisik Aaron sambil melihat Mylia, jauh..

esok dan lusa Killa tak update tau. stay tuned and stay safe, readers :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience