CHAP 27

Romance Completed 83854

(imbas kembali)

"Abang Aaron dapat belajar dekat luar negara, Mylia.. " kata Mamanya. Mylia gembira namun pada masa yang sama dia juga sedih, dia akan merindukan Abang Aaronnya.
Mylia naik ke atas dan mulai menulis surat untuk Aaron sebelum dia berangkat pergi ke luar negara minggu depan.
***
"Abang Aaron jaga diri ye.." kata Mylia. Sedikit sedih namun seperti biasa, Aaron hanya tidak mengendahkan Mylia.

(Di Luar Negara)
Aaron meletakkan bingkai gambar keluarga mereka dan tidak dilupa gambar keluarga dia dan keluarga Mylia.

"Siapa perempuan ni?" Soal rakan sebiliknya. "Owh.. ni, dia . Adik aku." Kata Aaron. "Owh.. kau ada adik perempuan ke?" Soal rakan sebiliknya.

"Eh, bukan.. keluarga kami rapat .. sebab tulah, aku anggap dia adik aku." Kata Aaron. Dan, apabila surat pertama Mylia sampai dia akan letak di dalam satu kotak khas.

"Kau tak baca surat tu Aaron. Jauh kut dari Malaysia.." kata rakannya. "Tak nak lah aku, malas ." Kata Aaron.

"Siapa dia Mylia Inara tu, tu ke adik kau yang kau cakap hari tu?" Soal rakannya. Aaron hanya menganggukkan kepalanya.

"Untung kau.. sanggup dia hantar surat. Sesekali, kau balas lah surat dia.." kata rakannya. "Tak nak aku, gedik dia.. naik menyampah aku." Kata Aaron.

Rakannya hanya ketawa, "dia perangai gedik ke atau macam mana?" Soal rakannya. " Dia... Kalau jumpa aku je, ahh mulalah gedik dengan manja semacam.." adu Aaron.

"Dia suka kau lah tu. Kau ni.. tak kan tu pun tak faham.." kata rakan sebiliknya. "tak nak aku.." kata Aaron.

"Terpulang dengan kau.. dah lah. Jom kuliah."ajak rakan sebiliknya.
***
"Mylia jadi mulai belajar dekat IPG ye ma?" Soal Aaron ketika keluarganya melawatnya di luar negara.

"A ah. Bijak kan Mylia tu.. ni ada sedikit barang kiriman dari keluarga Mylia ." Kata Mamanya.

"Aunty dengan Uncle, mereka kirim salam dekat kamu. Mylia pun sama. Katanya, minggu depan mula dah kuliah Mylia tu." Kata mamanya.

Aaron membelikan Mylia tiga helai selendang dan sepasang kasut. Dia memberikannya kepada mamanya sebelum mereka balik ke Malaysia.

"Mama jangan cakap pemberian ni daripada Aaron tau." Kata Aaron. "Eh, kenapa pula?" Soal Mamanya.

"Malas lah Aaron. Mama bagi je dia. Cakap je Mama yang belikan.." kata Aaron, entah kenapa dia membelikan untuk Mylia.

Sebenarnya dia sedikit rindu kepada Mylia. Telatahnya dan manjanya Mylia.
***
(kini)

Aaron menyelimutkan Mylia dan sempat mencium bahu isterinya. "I love you, Mylia.." kata Aaron seraya berdiri sambil mengutip pakaian mereka. Sedikit tersenyum Aaron.

Sambil dia melihat permandangan di luar, dia berdoa agar rumah tangga dia dan Mylia bahagia hendaknya.. Secara tiba-tiba getaran telefonnya berbunyi.

"Aaron.. please help me.." kata pesanan tersebut. Sedikit terkejut dia dengan pesanan ini dan hanya membiarkan pesanan daripada orang yang dikenali.

Aaron memadam pesanan tersebut, sekarang... dia hanya akan mengutamakan Mylia sahaja. Aaron mendekati Mylia di katil dan memeluknya.

"Terima kasih atas peluang yang kedua ini. Abang tidak akan sia-siakannya, sayang.." bisik Aaron.

Dah baca ke sinopsis untuk novel Killa.. Ada tiga novel yang akan diterbitkan.. 1. I'm not him! 2. Two is better than One. 3. We Bound By Revenge and Love boleh jenguk IG Killa ye...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience