Mylia berlegar-legar di dalam bilik. Ya, hari ini majlis pertunangannya.
"Mylia. Jom, nak sarungkan cincin ni" kata ibu Mylia.
"Mak... Abang Aaron datang tak? Mylia lama tak jumpa dia" kata Mylia.
"Aaron tak datang sayang. Dia sakit kata maknya. Mungkin perubahan cuaca Malaysia kut" kata mak Mylia.
Selesai upacara pertunangan mereka. Mereka akan berkhawin pada tahun hadapan.
Mylia sedikit sedih kerana diingatkan dia akan melihat wajah tunangnya namun apakan daya.
"Maaf tau Mylia.. Aaron memang tak sihat" kata mak Aaron.
Mylia hanya tersenyum.
******
Aaron melihat gambar yang dihantar namun dia tidak memuat turun gambar itu.
Dirasakan malas. Esok dia sudah mula bekerja di hospital dan paling dia suka dia ditempatkan di tempat yang sama dengan Dahlia.
*********
"Alhamdulillah" kata Mylia, menutup kertas peperiksaannya. Dia sudah habis menjawab semua soalan peperiksaan.
Mereka ada cuti tiga bulan sebelum menjalani latihan mengajar di sekolah.
"Alhamdulillah.. tinggal praktikal lagi. Terus kita konvo. Yayy!!. Anyway, tahniah Mylia dah jadi tunang orang. Macam mana bakal suami kau tu. Herlokks tak?" Soal Siti.
Mylia hanya memaniskan mukanya.
"Herlokkss.. Dahlah, aku nak kemas barang ni. Kita kan nak balik bercuti panjang" kata Mylia. Sedangkan, dia belum lagi bergemu dengan bakal suaminya AKA crushnya dari kecil.
Dia semakin rindu ingin bertemu, namun apakan daya... tunangnya tidak ingin bertemu dengannya.
******
Ketika Mylia menunggu ibu bapanya mengambil dia, tiba-tiba dia menerima satu wasap dari nombor yang dia tidak kenali.
"Turun bawah. Sekarang!" Kata pesanan tersebut.
"Siapa ni?" Soal Mylia membalas pesanan tersebut.
"Cepatlah budak gedik. Aku dahlah penat ni" kata orang itu.
Mylia sudah terkejut. Siapa lagi yang akan memanggilnya budak gedik kalau bukan Aaron. Takkan lah Aaron yang mengambilnya. Dia gembira. Akhirnya, orang yang dinantikan akan dia jumpa hari ini.
********
Setelah semua begnya dimasukkan ke kereta Honda milik Aaron. Dia masuk ke tempat duduk hadapan. Mylia gugup, malu, suka, semuanya.
Suasana agak diam. Mylia mengambil keputusan untuk menegurnya.
"Err... Abang sihat?" Soal Mylia.
Aaron diam... Dia malas mahu menjawab soalan budak itu.
Mylia melihat Aaron yang semakin hansem, tinggi, pakai spek mata.. Masha Allah.
Aaron pula melihat Mylia dari tepi matanya dan berkata dalam hati.
"Lawa pula budak gedik ni. Bakal cikgu lagi tu" gumam hati Aaron.
"Abang makin hansem. Abang baru dari mana ni? Terima kasih ambil Mylia" kata Mylia berbasa-basi. Dia segan sebenarnya.
"Boleh diam tak. Aku dah lah penat dari hospital. Kalau mak dengan ayah tak paksa aku ambil kau. Aku sekarang dah boleh tidur" kasar bahasa Aaron.
Mylia sudah terasa hati. Setelah sekian lama, kasarnya masih belum berubah. Dari dulu sampai sekarang. Entah kenapa Abang Aaronnya ini tidak menyukainya dari dia kecil lagi.
"Sabar jelah" kata hati Mylia.
"Maaf.. Mylia tak tahu pun Abang nak ambil. Kalau tak, Mylia boleh ambil teksi." Kata Mylia.
"Bagus.. Aku tinggalkan kau dekat stesen bas. Kau naik teksi. Aku dah lah mengantuk. Menyusahkan" kata Aaron.
Mylia terdiam. Beginikah bakal suaminya nanti.
Betul-betul Aaron meninggalkannya di stesen bas. Nasib dia ada aplikasi Grab.
Mylia sedih dengan layanan Abang Aaron. Nak nangis pun ada. Perlukah dia memutus tali pertunangan jika tunangnya tidak sudi dengannya.
*******
"Mylia dah sampai?" Soal bapa Mylia.
"Dah Abang.. ada dekat atas tu. " Kata Mak Mylia.
"Siapa hantar dia?" Soal bapa Mylia.
"Nampak macam Grab. Tapi, kata Mak Timah. Aaron ambil dia. Kenapa Mylia naik Grab. Pelik saya Abang" kata Mak Mylia.
"Mungkin buzy si Aaron tu. Yalah, budak tu pun baru start kerja" kata bapa Mylia, bersangka baik.
Mylia sudah menghamburkan tangisannya. Dia menulis apa yang terjadi di buku diarinya.
Perlukah dia memutus tali pertunangan ini kalau dia sendiri pun tidak gembira dengan pertunangan ini.
********
Aaron bersama Dahlia keluar menonton wayang.
"I dengar you sebenarnya dah tunang, betul ke?" Soal Dahlia.
"Ye. Masalahnya, I tak suka budak tu. Dahlah gedik, masih muda. You bayangkan lah umur baru 21 tahun dah nak tunang dengan I" kata Aaron.
"You ni... Yelah, budak tu ada restu ibu bapa you. I ni. Terpaksa lah makan hati ulam jantung" kata Dahlia.
"You jangan risau sayang.. I nak you je. Lepas setahun I kahwin dengan budak tu. I ceraikan lah. " Kata Aaron.
*******
"Awal bangun anak mama ni. Nak pergi mana? Cuti kan?" Soal mama Mylia.
"Mak.. Ayah, Mylia nak pergi mall kijap. Nak jalan-jalan. Hehhe. Boleh kan?" Soal Mylia.
Kedengaran bunyi kereta masuk ke garaj.
"Aahhh.. masuk lah. Aaron. Lama Uncle tak jumpa kamu" kata bapa Mylia.
Mylia sudah terhenti di tangga rumahnya. Mereka kedatangan keluarga Aaron pada pagi ini. Dia takut melihat Aaron. Teringat dia kejadian dimarahi oleh Aaron.
"Apa khabar Aaron sihat?" Basa - basi bapa Mylia.
"Sihat Uncle. Uncle Aunty sihat?" Soal Aaron.
"Sihat. Dah. Jomlah sarapan sama-sama" ajak mak Mylia kepada keluarga Aaron yang bertandang.
Dapat semangat kembali, enjoy reading.. readers
Share this novel
klu tak suka terus teranglh