CHAP 36

Romance Completed 83854

Usia kandungan Mylia yang kini mencecah tujuh bulan. Sepanjang tujuh bulan ini, banyak sekali rahsia yang disembunyikan oleh Aaron.

Kini, mereka sudah mempunyai rumah sendiri, dan kedua ibu bapa Aaron tinggal bersama mereka untuk menjaga Mylia. Mereka mengambil keputusan untuk tetap berada di Sabah kerana bagi mereka, di sinilah tempat cinta mereka disatukan kembali.
***
Aaron sedang menyuap makanan ke mulut Mylia. "Mylia bila mula cuti?" Soal Aaron. "Mylia masih larat lagi, Abang. Sayang lah cuti Mylia, kalau Mylia ambil awal-awal. Saya kan nak anak ramai." Luah Mylia. Aaron sudah tersenyum, adakah Mylia perasan dengan ayat yang dituturkannya.

"Anything for you, Mylia. Tapi, kalau tak larat dah. Ambil cuti awal-awal." Kata Aaron. Mylia hanya tersenyum, "Mylia harap sangat Abang boleh temankan Mylia, lagi best kalau Abang yang sambut kelahiran anak kita." Pinta Mylia.

Aaron hanya tersenyum, "insha Allah Mylia. Abang temankan Mylia dekat labour room pun dh kira okay." Kata Aaron. "Owh ye, Abang.. Dahlia okay?" Soal Mylia.

"Alhamdulillah.. bahagia dia dengan Syed. Memang dulu waktu Abang belajar, Syed tu kira peminat Dahlia lah juga. Cuma, apa boleh buat.. aura Dahlia Aaron waktu kami belajar kuat, kami dikatakan bagai pinang dibelah dua."

Mylia terus menarik muka, "amboi.. mengenang kenangan nampak." Kata Mylia. "Alah, tapi.. kenangan dengan Mylia lah yang abang simpan. Kenangan dari Mylia kecil sampai Mylia dah jadi isteri Abang." Kata Aaron, lantas mencium pipi isterinya yang sudah masam.
***
"Syed ada on-call ke malam ni?" Soal Dahlia menyiapkan makan malam mereka.

"Ada sayang.. ni Aaron kirim salam dekat kita. Mylia sekarang dalam tempoh lapan bulan macam tu usia kandungan mereka." Kata Syed.

Dahlia hanya tersenyum, "akhirnya.. nak jadi bapa dah Aaron tu." Kata Dahlia. Syed mendekati Dahlia, "insha Allah.. kita nanti akan menyusul. Syed pergi dulu ye, kalau Dahlia ada apa-apa, call Syed ye." Kata Syed. Dahlia menganggukkan kepalanya.

Enam bulan lalu, berkat pertolongan Syed, akhirnya dia berjumpa dengan bekas suaminya, bercakap dengan baik dengan bekas suaminya.

Dan, akhirnya bekas suaminya menceraikan dirinya dengan talak satu. Namun, dia teringat bagaimana yakinnya Syed terus berjumpa ibu bapanya dan menyakini kedua ibu bapanya yang dia akan menjaga Dahlia sebaik mungkin.

"Selepas tempoh idah Dahlia tamat, saya akan datamg kembali uncle dan aunty, membawa rombongan perminangan." Kata Syed.

Pada mulanya of dia agak gusar dengan gelarannya iaitu janda. Namun, dia gembira apabila Syed menerima kekurangan dirinya. Dan, dia sangat bahagia dengan Syed sekarang.

Keputusan Aaron supaya Syed membantunya dahulu amat tepat.
***
Mylia masih membaca buku di mini library rumah mereka sambil mengusap perutnya. Aaron ketika itu sedang melihat isterinya yang semakin hari semakin cantik dirasakan.

"Mylia.." sahut mamanya di sebalik pintu. "Ya ma." Kata Mylia. "Meh minum coklat." Kata Mamanya. Mylia mendekati ibu mentuanya. "Aaron.. Papa panggil dekat bawah. " Kata Mamanya.

Aaron meninggalkan ibunya dan isterinya di dalam bilik.

"Mylia ingat tak dulu.. Mylia pernah sakit sampai masuk hospital." Kata ibunya. Mylia cuba mengingati peristiwa dirinya yang berumur tahun empat. Mylia dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan.

"Ahh ingat.. kenapa Ma?" Soal Mylia. Mamanya terus ketawa, "takdelah.. Mama terus teringat Aaron waktu tu, dia menangis teresak-esak bila dapat tahu Mylia masuk hospital. Mama ingat lagi, dia yang nak sangat temankan Mylia dekat hospital sebab dia terlalu risaukan Mylia. Sangat.." kata Mamanya.

"Owh yeke Ma.. Mylia tak tahu pun." Kata Mylia. "Ye Mylia.. mulai dari situlah, Mama tahu yang anak teruna mama tu nak sangat jaga Mylia. Pada mulanya, Mama anggap mungkin Aaron jaga Mylia selama ni atas dasar adik dan abang. Tapi, lama-kelamaan.. Mama tahu, Aaron tu sukakan Mylia. Tulah, Mama berani nak pinang Mylia waktu tu." Kata Mamanya.

Mylia hanya tersenyum. "Dan, bila Mama tahu di awal perkahwinan kamu, Aaron lukakan perasaan kamu, Mama tak percaya sebab Mama tahu Aaron tu sukakan kamu. Tapi, tulah anak teruna Mama tu.. egonya tinggi. Bila Mylia dah tinggalkan Aaron, barulah dia tahu.. Mylia lah orang yang dia cintai. Mama nak minta maaf sekali lagi ye bagi pihak anak mama. " Kata Mamanya ikhlas.

"Ma.. Mylia dah lupakan dah semua tu. Lagipun, semuanya baik-baik sahaja. Abang pun layan Mylia macam dulu-dulu." Kata Mylia.

"Mylia orang yang kuat. Mama bangga dengan kamu. Mama sentiasa akan pegang janji arwah mama dan papa Mylia, untuk jaga Mylia macam anak Mama." Kata Mamanya.

Mylia sedikit sedih. "Terima kasih Ma." Kata Mylia. "Sama-sama.. Mylia." Kata mamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience