Mylia memandu kereta Aaron untuk menjemput kedua ibu bapanya. Setelah beberapa paksaan dan pergaduhan. Terpaksa Mylia bersetuju untuk menggunakan kereta suaminya.
Orang yang ditunggu sudah sampai. Mylia pergi mendapatkan kedua orang tua itu. Dia rindu. Dia melepaskan pelukan.
"Mak, ayah.. Sihat?" Kata Mylia. "Sihat. Mylia sihat tak? Rindu dekat kamu." Kata mak Aaron.
"Samalah.. dah jom" kata Mylia.
Dia memandu. Di sepanjang permanduan menuju ke Kundasang yang mengambil masa dua jam setengah mereka bercerita.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi,
"Hello. Ye.. saya dah ambil. Ni ahh. Okay. Nanti share location. Okay bye" kata Mylia, dingin.
"Abang Aaron cakap Abang kirim salam" kata Mylia.
"Walaikumsalam" kata mak bapa Aaron.
******
Mereka sampai di homestay yang ditempah oleh Aaron. Cuaca yang sejuk dan kabus-kabus di perbukitan dan mereka dapat melihat jelas Gunung Kinabalu di hadapan homestay mereka.
"Sejuk kan Abang?" Kata Mak Aaron.
"Ye.. " kata bapa Aaron.
"Mak bapa, rehat lah dulu. Mylia nak masakkan " kata Mylia.
"Eh.. tak payah susah-susah. Kami pun masih kenyang lagi ni. Mylia, mak nak cakap sikit boleh" kata mak Aaron.
Mylia mengangguk.
"Tolong terima Aaron kembali ye. Maafkan dosa dia yang lalu. Dia bersalah. Mylia boleh kan buka hati Mylia kembali untuk mencintai Aaron" pujuk maknya.
Bapanya pula menambah, "mungkin anak bapa tu belum tahu membezakan antara kaca dan permata. Setiap orang buat silap. Maafkan anak bapa Mylia. " Kata bapa Aaron.
"Mylia cuba ye. Insha Allah.. Tapi, Mylia perlu masa" luah Mylia.
"Yalah. Tapi tolong jangan sampai korang bercerai. Mak dengan bapa tak sanggup" kata mak Aaron.
*********
Mak dan bapa Aaron sedang menonton televisien. Mylia sudah lama tidur. Mungkin kepenatan memandu tadi.
Kedengaran pintu diketuk dari luar.
"Mungkin Aaron kut" kata maknya. Bapanya pergi membuka pintu.
Aaron masuk lalu menyalam tangan kedua ibu bapanya.
"Mak, bapa.. sihat, dah makan?" Soal Aaron.
"Dah. Mylia masak tadi." Kata maknya.
"Mylia mana?" Soal Aaron.
"Mungkin tidur. Yelah penat kan. Kamu pergilah rehat. Mandi dulu. Cuti berapa hari?" Soal bapanya.
"Seminggu pa. Selepas tu, kerja lagi." Kata Aaron.
"Aaron. Kami dah cakap dengan Mylia. Pujuk dia baik-baik. Mak tahu Mylia tu masih sayangkan kamu. Tapi, bagi dia masa" kata maknya.
"Kami pun dah tua. Nak juga timang cucu" kata bapanya.
"Insha Allah pa. Saya akan cuba" kata Aaron.
"Macam mana kerja sini. Okay?" Soal bapanya
"Okay pa. Penduduk sini bagus. Tak putus bekalan makanan saya. Setiap minggu ada je penduduk kampung kirim sayur buah." kata Aaron.
"Aaron tak nak pindah ke?" Soal maknya. Yalah, ibu mana yang ingin berjauhan dengan anak dan menantu.
"Aaron dah sebati dekat sini. Lagipun, Mylia kan kerja sini juga." Kata Aaron.
*********
Setelah bercerita dengan kedua ibu bapanya. Dia merasakan penat. Ibu dan bapanya sudah masuk tidur.
Dia baring di sebelah isterinya. Tangannya mengusap rambut isterinya yang lebat dan ikal itu.Lama dia melihat isterinya. Tiba-tiba isterinya melakukan pergerakan ke arah.
Mungkin kesejukan. Mylia merapatkan kepala di dada Aaron dan kaki Mylia diletakkan di atas kaki Aaron. "Comel sangat Mylia ni.. macam dulu-dulu juga." kata Aaron.
***
(imbas kembali)
"Abang Aaron... tengok tu kucing.." kata Mylia mendekati kucing jalanan. "Aduh.." kata Mylia. Aaron yang sedikit cemas pergi mendekati Mylia.
"kenapa?" soal Aaron. "ni kucing cakar. Garang lah kucing tu." kata Mylia. Aaron mengambil air mineral yang baru dibelinya dan membilas luka cakaran tersebut, "aduh.." kata Mylia. Rasa sengat pada luka terpaksa Mylia menahannya.
Aaron mengusap kepala Mylia, "lain kali .. kalau nampak kucing, jangan terus nak usap. kalau kucing tu manja dengan Mylia baru belai. Faham?" soal Aaron. Mylia sudah menarik muka. "Ahh, tarik muka tu. Nanti Abang Aaron bagitahu dekat mak dengan ayah Mylia, baru tahu." ugut Aaron.
"yelah.. dah, jom balik. kan Mama cakap Abang Aaron nak ajar Mylia matematik. UPSR nak dekat dah ni.." kata Mylia. Mereka sama-sama berdiri, "nanti Mylia nak sekolah menengah dekat mana?" soal Aaron.
Mylia sudah tersenyum, "kata Mama... Mylia nanti sekolah dekat Abang. Supaya Abang Aaron boleh lah tengokkan Mylia." kata Mylia. Aaron sudah tersenyum. "tapi, tahun depan Abang Aaron dah umur 17 tahun, mungkin sibuk sikit untuk SPM. Jadi, mungkin jarang lah nak tengok-tengok Mylia dekat sekolah. Sebab, sekolah akan buat banyak kelas tambahan." kata Aaron.
"Takpe, Kalau Abang Aaron tak boleh tengok Mylia. Nanti Mylia pergi tengok Abang Aaron.. " kata Mylia dengan manjanya. Sayang betul Mylia pada Abang Aaronnya.
***
(sekarang)
Aaron memeluk isterinya. Mungkin cuaca yang sejuk, jadi isterinya mencari haba dari badannya.
"Sweet dreams sayang. I love you, always" kata Aaron terus mencium rambut isterinya.
Baik je kan Aaron dengan Mylia dulu. Tapi, kenapa terus Aaron cakap Mylia gedik dan terus Aaron tak suka Mylia waktu mereka meningkat remaja? Nak tahu... tunggu ye, next chapter :)
Share this novel