CHAP 19

Romance Completed 83854

Aaron awal bangun. Cuma dia masih baring-baring di katil. Mylia pula masih tidur. Aaron hanya membiarkan Mylia tidur. Selepas 10 minit nanti dia bangunkan.

Tiba-tiba Mylia mengeliat sehingga terpeluk Aaron. Cuma dia tidak terperasaan.

Aaron hanya menahan ketawanya. Mylia memeluk Aaron kuat. Mungkin dia ingatkan patung atau bantal panggungnya. Selang beberapa minit barulah Mylia tersedar dia bukan di rumahnya. Dia di homestay dan orang yang dia peluk semestinya.

Suaminya...

Mylia membuka matanya dan apabila dia ingin melepaskan pelukan, Aaron membalas pelukannya. Terkunci Mylia di dalam pelukan suaminya.

"Awak. Let me go. Saya nak mandi" kata Mylia, menahan suara dari terlepas. "Sekijaplah. Semalam peluk Abang tak pun malu" kata Aaron.

Mylia sudah bertukar warna. Merah dirasakan wajahnya. "Awak. Saya nak solat. Please" kata Mylia. "Okay... Kita solat sekali. Mak dengan ayah selalu solat jemaah. Okay?" Soal Aaron.

Mylia menganggukkan kepalanya.
*****

"Hari ni kita pergi Mesilou dulu ye. Terus kita pergi Kinabalu Park" kata Aaron. Dia sempat bertanya kepada Nisha , tempat menarik di Kundasang.

Mereka bersiar-siar. Tanpa Mylia sedar. Aaron banyak menangkap gambar secara sembunyi. Mereka menikmati percutian mereka di sini.

Selepas beberapa hari di Kundasang. Tiba masanya kedua ibu bapa Aaron balik. Mereka menghantar ibu bapanya di airport.

Sempat mak dan bapanya menitipkan pesanan,

"Jaga isteri, Aaron. Jadi suami yang baik. Jangan lupa, bagi cepat kami cucu. Okay?" Kata ibunya. Mylia sudah termerah muka. Selepas melihat kedua ibu bapanya berlepas.

Aaron dan Mylia akan pulang ke tempat mereka bekerja. "Sayang masih cuti lagi kan?" Soal Aaron, dirasakan isterinya sudah boleh sedikit melayannya.

"Ye" sepatah kata Mylia.

"Kalau Mylia bosan. Pergi rumah Abang lah. Nak? " Kata Aaron. "Tengok lah nanti. Tapi, mungkin saya nak ready untuk mengajar tahun hadapan" kata Mylia.

"Yalah sayang.. tapi, abang risau sayang tinggal sorang. " Kata Aaron.

"Selama ni saya tinggal sorang, awak tak kisah pun. Dah kenapa awak ni? Buang tebiat?" Kata Mylia.

"Bukan macam tu sayang. Sayang tu perempuan. Mestilah Abang risau. Macam ni, Abang nak tidur rumah Mylia sampai Wati balik. Boleh?" Kata Aaron. "Tak nak.." kata Mylia. Rimas dirasakan kalau Aaron berada dekat dengannya.

"Kalau tak nak, terpaksa lah bagitahu dekat Pak Cik Taufik ni" kata Aaron.

"Awak ni. Memang suka cari pasal kan. Dah, tidur lah selama mana yang awak suka. Puas?" Bentak Mylia sambil menjegilkan matanya.

"Amboi.. marah dia.. tapi, tak pe. Yang penting dapat tidur dengan sayang.. Abang tak boleh dah tidur sorang. Dah biasa Mylia ada dekat sebelah" kata Aaron, sengih.

"Mengada" kata Mylia.
*******

Mereka sampai di rumah. Aaron menghantar isterinya ke rumahnya. Malam baru dia bertandang ke rumah isterinya. Sebelum keluar. Seperti biasa, Aaron memberikan sampul surat.

"Mylia, salam abang..." Kata Aaron. Mylia hanya mendengus. "Salam Abang, sayang.. berdosa tau tak salam Abang." kata Aaron. Mylia sekali lagi mendengus, dia menyalam suaminya, dia keluar dari kereta cepat.
********

Selepas mandi, dia membuka surat kedua Aaron. Seperti biasa, ada duit untuk perbelanjaannya. Atau lebih tepat, nafkah zahir kepada Mylia. Mylia membaca surat kedua Aaron.

Ke hadapan isteri Aaron Mikhail, Puan Mylia Inara.

Abang rindu masakan Malaysia, terutama sekali masakan isteri Abang.

Boleh jatuh cinta Abang dibuatnya. Terima kasih sebab temankan mak dengan bapa Abang.

Dan, sekarang Abang nak makan masakan isteri Abang je.

Semoga isteri Abang sentiasa baik-baik sahaja.

Sayang Mylia. Muahhh

Surat kedua yang dihantar nya dibalas oleh suaminya. Ya, dia ingat lagi. Surat keduanya sewaktu Aaron belajar di luar negara waktu tu mengenai adakah Aaron merindui masakan Malaysia?.

Mylia tersenyum sedikit melihat gelagat suaminya walaupun adakalanya dia tidak suka dan rimas.
***
(imbas kembali)

"Tahniah dapat 5A, Mylia. Memang bijak anak dara kesayangan Aunty ni." Kata Mama Aaron. Mylia hanya tersenyum.

"Alah aunty, Abang Aaron juga yang ajar." Kata Mylia , Aaron hanya tersenyum melihat Mylia. "Takde lah. Kalau tanpa usaha Mylia sendiri, Abang Aaron cuma bantu apa yang patut je." Senyum Aaron.

Setelah mereka sekeluarga makan bersama, Mylia keluar untuk duduk sebentar di buaian luar rumah sambil menulis diarinya.

"Dekat sini rupanya Mylia.." kata Aaron. "Kenapa Abang Aaron?" Soal Mylia. Aaron melabuhkan duduknya di sebelah Mylia. "Ni, dah ready ke nak masuk sekolah menengah?" Soal Aaron.

"Dah Abang Aaron. Tahun depan kita satu sekolah lah kan?" Soal Mylia. Aaron hanya menganggukkan kepalanya.
***
Apabila mereka mendaftarkan diri pada hari pertama persekolahan, ketika itu Aaron berumur 17 manakala Mylia berumur 13 tahun.

"Ahh. Mylia, cepatlah.. Aunty nak ambil gambar ni.." tegur Mama Aaron. Mylia sedikit kekok untuk dekat dengan Aaron.

"Dekat sikit.. jauh betul tu jaraknya. Abang Aaron tak makan Mylia lah. Kenapa nak malu-malu?" Kata Mama Aaron.

Aaron hanya tersenyum lantas menarik lengan baju Mylia untuk dekat dengannya, sedikit tersentak Mylia. Hatinya berdegup kencang.

"Aahh... Okay, senyum.. hari pertama persekolahan Aaron dengan Mylia." Kata Aunty.
***
"Alah.. biarlah Mylia tinggal dekat kami. Senang sikit dia nak pergi sekolah dengan Aaron. Tinggal jalan kaki je." Kata Mama Aaron.

Sedikit gembira Mylia, dia akan berjalan bersama Aaron. Namun, entah kenapa muka Aaron pula yang lain riaknya. Adakah Abang Aaron tidak suka dengannya?
***
"Wehh.. budak tingkatan satu tu awek kau ke, comel.." Usik kawannya. Aaron hanya diam, "takde nya.. dia kira adik aku. Mama bapa kami kawan rapat." Kata Aaron.

"Eya lah tu... Aku tengok budak tu selalu minta ajar kau." Kata kawan mereka. "Dah, dia tak tahu.. aku ajar jelah." Kata Aaron.
***

Mylia sedikit terusik perasaannya apabila Aaron naik ke pentas untuk membacakan ikrar pelajar. Rupanya Aaron merupakan ketua pelajar di sekolah mereka sekarang.

Semua perempuan meminati Aaron. Siapa yang tidak kenal, Aaron Mikhail. Pelajar bijak, atlet lagi, dan pelajar harapan sekolah. Ini lah kali pertama Mylia tahu, dia menyukai Abang Aaron. Crush kali pertama dalam hidupnya.
***
(sekarang)

"Mylia... ingat, Abang Aaron bukan cintakan kau pun. Dia lebih kepada kesiankan kau. Lebih kepada kena paksa oleh Aunty dan Uncle." gumam Mylia kepada dirinya, mengingatkan dirinya bahawa Aaron sememangnya bukan mencintai dirinya.

"Kalau Abang Aaron mencintai kau, Abang Aaron akan layan kau baik-baik waktu perkahwinan pertama kau dengan Abang Aaron. Dan, akan membuat kau bahagia dan bukannya abaikan kau. Betul kata arwah Papa." kata Mylia lagi. Lebih kepada bercakap dengan diri sendiri.

Sebelum mereka bertolak ke Melaka, Papanya ada menghubunginya. "Anakku.. Cinta ni bukan semestinya memiliki. Ramai orang kata, Mylia tu bertuah sebab suami Mylia tu doktor, keluarga Aaron pun berada. Bukan macam kita Mylia.. Tapi, Papa bersyukur.. keluarga kita cukup segalanya. Kalau Abang Aaron dah tak suka dan cinta pada Mylia. Buat apa Mylia bazirkan masa untuk lelaki yang tak pernah hargai anak Papa ni. Anak Papa ada seorang je. Papa nak Mylia bahagia dengan perkhawinan Mylia. Perkhawinan bukan hanya Mylia seorang je yang perlu ada cinta. Aaron juga perlu ada cinta kepada Mylia. Barulah rumah tangga yang dibina, bahagia. Papa sentiasa mendoakan kamu, Mylia... Sentiasa, agar kamu dapat suami yang ikhlas mencintai kamu." nasihat Papanya sebelum Papa dan Mamanya meninggalkan Mylia buat selama-lamanya.

Mylia mengusap air mata yang jatuh di pipinya. Dia merindukan kedua ibu bapanya. Setelah perasaannya reda, dia mengemaskan pakaian selama mereka bercuti di Kundasang. Namun, dia dikejutkan dengan pesanan ringkas daripada seseorang.

Mylia membaca pesanan tersebut dari suaminya.

"Already missing you, isteriku" kata pesanan ringkas daripada Aaron. Mylia hanya membiarkan sahaja. Terus ada panggilan telefon daripada Aaron.

"Awak nak apa?" soal Mylia. "Takde.. saja call. Sebab Mylia tak balas pun mesej Abang.." kata Aaron, tersenyum.

"Saya penat ni, Aaron. Saya nak berehat." kata Mylia. "Abang tahu kenapa Mylia penat, sebab Mylia berlari-lari di fikiran Abang.. cia.. cia..cia.." sempat Aaron memberikan kata pikat untuk Mylia. Mylia di hujung talian sudah terkedu, sedikit terusik tangkai hatinya.

"Abang rindu Mylia. Rindu nak dengar Mylia panggil Abang dengan panggilan Abang Aaron.. Bila Mylia nak panggil Abang macam tu lagi?" soal Aaron. Mylia hanya terdiam, "saya penat ni. okaylah.. bye.." kata Mylia mematikan panggilan.

Aaron hanya merenung telefonnya. "Mylia Inara.. kali ni, Abang pula yang akan berusaha mengejar Mylia.." kata Aaron.

"Aaron Mikhail.. jangan putus asa ye. Pikatlah kembali hati isterimu." Stay tuned, readers :)

Share this novel

Lisa Halik
2022-02-20 02:51:44 

huhuhuhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience