Aaron mengusap katil disebelahnya. Tiada orang, dia bangun dan melihat Mylia memegang perut. Dengan muka yang pucat, Mylia keluar dari bilik mandi. Dia tidak tahu Aaron sudah bangun.
"Sayang.. are you okay? Kenapa pucat ni?" Soal Aaron risau. Mylia buat tak tahu, dia menuju ke arah almari. "Sayang... Tell me. Why?" Soal Aaron risau dan terus berdiri di sebelah isterinya.
"Alamakkk" kata Mylia . "Apa yang alamak. Kenapa?" Soal Aaron.
Mylia sudah kerisauan. Terpaksalah dia meminta bantuan daripada insan yang sedang merisaukan dirinya sekarang. "Err.. Awak. Boleh tolong tak?" Kata Mylia.
"Tolong apa. Say it.. Kenapa?" Soal Aaron. "Belikan saya... Er....." Malu Mylia.
***********
"Hello sayang. Yang mana satu, okay. Lepas tu. Ahh jumpa" kata Aaron. Selepas Aaron membuat pembayaran, dia bertembung dengan Nisha.
"Doktor. Beli apa tu? Pagi-pagi dah ke kedai ni" kata Nisha. "Hehehe. Isteri emergency case. Once in a month lah katakan." kata Aaron. "Owh.. kirim salam dengan Cikgu ye. Jumpa dekat klinik nanti." Ramah Nisha.
*******
Mylia ingin memakainya namun melihatkan menunggunya membuatkan Mylia sedikit malu dan cemas. "Boleh tolong tak?" Kata Mylia. Aaron sudah berdiri.. dia risau. "Apa sayang. Sayang nak apa?" Soal Aaron menuju ke arah Mylia.
"Boleh tolong keluar tak? Saya nak .. hish" kata Mylia tidak mampu menghabiskan ayat. "Owh itu. Okay sayang" kata Aaron menunggu di luar.
Setelah habis, Mylia keluar. Dia meyediakan sarapan pagi sebelum suaminya ke klinik. "Er.. sayang, kalau period. Sayang sakit apa? Waktu Abang belajar dulu, selalunya period bergantung kepada seseorang. Ada yang tahap, sakit perut, pucat, nak muntah, pening-pening" kata Aaron.
Mylia sudah termerah mukanya. Dia lupa yang dia kahwin dengan seorang Doktor. Mylia meletakkan makanan yang dimasaknya di meja. Nasi goreng dan air nescafe.
"Mylia tak jawab pun soalan Abang?" Kata Aaron lagi. "Menyibuk je dia ni. Kalau saya, saya senggugut. Tu je. Puas?" Kata Aaron.
"Owh.. okay lah. Tak nak tanya lebih-lebih dah. Nanti jadi merah muka sayang" kata Aaron, mengusik. Bertambah merah lagi muka Mylia.
*****
Mylia hanya diam di katil sambil memegang perut. Kalau period nya sudah datang. Kejang kaki, pinggang, semua akan dia alami. Aaron di klinik risau dengan isterinya. Dia selalu melihat jam di dinding agar dia boleh pulang.
Dia ada menghubungi isterinya. Namun, tidak berjawab.
*****
"Sayang... Are you okay?" Soal Aaron risau. Mylia sudah meringkuk badannya melawan sakit senggugut itu. "Meh Abang sapukan minyak dengan tuam perut sayang ye" kata Aaron lembut.
Mylia menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu, tapi dia mahu. Cuma, dia malu. "Please sayang... Teruk sangat ni, Abang tengok. " Kata Aaron.
Mylia pula setengah mati menahan sakit senggugutnya. Akhirnya, Mylia menganggukkan kepalanya. Aaron meletakkan minyak urut di perut isterinya. Dia membuka sedikit baju isterinya.
Dia juga terketar tangannya mengurut perut isterinya. Bukan sebab apa, menahan iman. Mylia tertidur dengan urutan suaminya. Aaron menyelimutkan isterinya. Sempat dia mengucup dahi isterinya.
"Sayang dia ni... " Kata Aaron.
***
(imbas kembali)
Mylia sedikit tersesat di sekolah yang besar ni. Dia disuruh oleh Cikgu untuk menghantar peralatan di bengkel. Namun, dia belum berapa kenal dengan kawasan sekolah yang besar itu.
Mylia melihat ada sekumpulan pelajar lelaki sedang duduk di tangga. Entah mana datang keberanian Mylia untuk bertanyakan kepada pelajar lelaki tersebut, "err.. Maaf, Abang tahu tak mana bengkel?" soal Mylia. Pelajar lelaki tersebut tersenyum, "entahlah dik, adik sesat ke tu?" ketawa pelajar lelaki berkenaan. Mylia sedikit kekok. Dia hanya senyum dan terus berlalu pergi namun, dia sempat terlanggar dengan seseorang.
"Abang Aaron.." kata Mylia, mengangkat mukanya. "Mylia nak pergi mana?" Soal Aaron. "Ni, Mylia nak hantar barang dekat bengkel. Tapi, Mylia tak tahu bengkel dekat mana.." kata Mylia.
Aaron sempat melihat sekumpulan pelajar yang duduk di belakang kelas.
"Wehh.. Mikhail weh, jom masuk kelas. Kang tak pasal-pasal, dia report guru disiplin." Kata seorang dari kumpulan tersebut.
"Hai.. Mika, kita orang masuk kelas dulu ye. Bye..." Kata rakan mereka.
Aaron hanya melemparkan senyuman. "Mereka ada kacau Mylia ke tadi?" Soal Aaron. Mylia mengelengkan kepalanya.
"Dah, jom pergi bengkel. Lepas tu, Mylia masuk kelas. Mari Abang Aaron tolong." Kata Aaron.
***
Mylia hanya memandang muka Aaron sahaja. Naik rimas Aaron dibuatnya. Disitulah kali pertama sisi manja Mylia terserlah.
"Gedik." Tulah kata pertama dilemparkan oleh Aaron. "Alah, Mylia manja, gedik dengan Abang Aaron je pun." Kata Mylia.
Dan, di situlah bermulanya kebencian Aaron terhadap Mylia. Rimas dirasakannya apabila Mylia menjadi gedik dan manja kepadanya. Kadang kala sehingga dia tidak mampu melayan karenah Mylia.
***
(sekarang)
"Mylia abang ni... Dulu, suka minta tolong dengan Abang. Sekarang, dah tak nak. Kalau Mylia minta tolong, seribu kali Mylia minta tolong, sejuta kali Abang Aaron akan tolong Mylia.." bisik Aaron.
Ketika itu, kelihatan Mylia tidur sangat nyenyak.. mungkin disebabkan kesakitan yang ditanggungnya..
Esok dengan hari Khamis Killa tak update tau ... Jumaat kita sambung lagi. Stay tuned :)
Share this novel