CHAP 20

Romance Completed 83854

Malam itu, Mylia memakai baju biru lembut paras lutut. Aaron hanya melihat isterinya dari jauh.

"Ni kes nak goda ke apa ni? Aishhh..." Kata Aaron dalam hati. Mylia meletakkan air milo di meja.

"Terima kasih sayang" kata Aaron, sengih seperti kerang busuk. Malam ni, mereka menonton cerita hantu. Entah kenapa mereka melihat cerita ni. Daripada kerusi panjang, tiba-tiba Mylia mendekatkan diri kepada Aaron.

"Zhapppp" terpotong kepala pelakon itu dan jeritan terkejut Mylia pun kedengaran dan spontan memeluk suaminya.

"Eee... Geli nya..." Kata Mylia di dada Aaron. Aaron hanya tersenyum. Dia melihat sahaja gelagat isterinya. Bagi Aaron darah sudah kewajipan untuk dia lihat.

"Dah habis ke hantu dia Abang?" Kata Mylia spontan memanggilnya Abang.

Aaron tersentak dan tersenyum.

"Dah....." Kata Aaron. Mylia mendongakkan kepalanya dan secara tidak sengaja bertemu pandang dengannya.

Lama..........

Sehingga Mylia tersedar dia memeluk Aaron. "Saya nak tidur" kata Mylia melepaskan pelukan. "Eh kijap. Tunggulah Abang" Aaron bingkas bangun menutup televisien dan menutup lampu.
******

"Sayang.. tadikan abang periksa baby ni. Dia tak sihat. Demam. Tapi, nasib demam dia tak teruk" kata Aaron mulai bercerita. Semestinya bantal panggung di tengah-tengah mereka.

"Sayang tak nak baby ke? Lagipun mak dengan ayah nak sangat cucu" soal Aaron, lagi. "Semua yang nak kahwin mesti nak anak. Tapi, saya belum yakin" luah Mylia.

"Belum yakin sebab?" Soal Aaron di sebalik bantal panggung. "Saya belum rasa saya isteri awak yang sesuai dan layak jadi isteri awak" luah Mylia.

"Kenapa sayang fikir macam tu?" Soal Aaron. "Sebab saya tak pernah lupa apa yang awak cakap dekat saya" perlahan suara Mylia.

Aaron pula rasa bersalah. Dia mengambil bantal panggung dan menghumbannya ke lantai.

"Sayang , pandang Abang" kata Aaron.

Mylia diam merenung dinding.

"Look at me or otherwise i will.." belum sempat Aaron berkata, Mylia memandang Aaron.

"I need second chance from you, sayang.. Abang tahu abang silap besar di awal perkhawinan kita. Abang takda dengan sayang, bila sayang perlukan abang. Apa lagi yang abang perlu buat? Supaya sayang terima abang kembali" kata Aaron bersungguh-sungguh.

"Ceraikan saya" tu sahaja kata Mylia. Aaron sudah mendengus kasar. "Can't you please, stop talk about cerai. Sayang tak abang lagi ke?" Soal Aaron.

"Bukan ke benda ni dulu yang Abang nak? Abang nak ceraikan saya..." Belum habis Mylia berkata, bibir sudah dipagut oleh suaminya. Suaminya mula menindih badannya. Aaron melepaskan ciuman.

"Don't ever said that again. Atau... Abang guna taktik kotor. And i guarantee you will not like that. Jadi, jangan cabar abang sayang." Kata Aaron.

Sejurus dia berkata begitu, dia mengambil kembali bantal panggung dan meletakkannya di tengah-tengah mereka. Mylia menangis diam. Aaron pula mengawal kemarahannya.
***
(Imbas kembali)

Inilah kali pertama, Mylia memberanikan diri untuk menghantar surat kepada Aaron. Lebih kepada surat memberikan kata-kata semangat dan menyuruh Abang Aaronnya belajar bersungguh-sungguh sempena SPM yang akan datang.

Aaron yang membacanya sedikit malu dan lebih malu apabila kawan-kawannya yang pertama membaca surat ini.
***

"Mylia..ni Abang Aaron nak cakap sikit. Mylia ni pergi sekolah, nak belajar ke nak bercinta... Tak malu ke hantar surat macam ni?" Soal Aaron.

Dan, ketika itu hanya mereka berdua di luar rumah. "Tapi, Mylia cuma nak bagi Abang kata-kata semangat." kata Mylia. "Mylia cakap jelah dengan Abang, dah kenapa nak bagi surat. Habis semua kawan Abang ejek Abang." kata Aaron. "Salah ke Mylia bagi Abang surat?" soal Mylia lagi. Sedikit sedih dirasakan apabila Aaron seakan tidak menghargai suratnya.

Aaron terus ketawa, "tak salah, cuma baik Mylia belajar betul-betul. Tumpukan perhatian dekat pelajaran Mylia dulu. Abang tahulah nak jaga diri Abang sendiri. Jaga dulu diri Mylia sebelum jaga diri orang lain." kata Aaron terus meninggalkan Mylia. Sedikit sedih Mylia. Tapi, betul apa yang dikatakan Aaron, lebih baik dia belajar dahulu.
***

Mylia cuba untuk senyum kepada Aaron ketika mereka terserempak di sekolah.. namun, Aaron hanya buat tak endah dan Aaron lebih bercerita dengan budak perempuan di sebelahnya yang merupakan penolong ketua pengawas sekolah.

"Sombong betul Abang Aaron ne.." kata Mylia.
***
"Mana Abang Aaron ni? Ni dah hujan dah ne.. Dia tak balik lagi ke? Ke dia ada kelas tambahan." Gumam Mylia, sambil melihat jam tangannya.

Selalunya mereka akan pulang bersama, walaupun Aaron sudah seakan tidak suka mereka pulang bersama sejak kejadian dia memberikan surat kepada Aaron.

Hujan lebat turun dengan kuat. Dengan Mylia yang tidak membawa payung. Mylia masuk ke dalam sekolah.

"Eh.. kenapa adik masuk sekolah ni?" Soal pengawal sekolah. "Pak Cik, ada lagi ke pelajar tingkatan lima kelas tambahan?" Soal Mylia.

"Mana ada kelas tambahan hari ni. Semua pelajar dah balik. Ni dah nak dekat pukul tiga dah ni. " Kata pengawal berkenaan.

"Baik, Pak Cik." Kata Mylia. Mylia sedikit sedih.. dia rupanya sudah ditinggalkan oleh Abang Aaron.
***
"Mama.. Mama..." Racau Mylia. "Ye sayang, mama dekat sini.." kata Mylia. Dia terus demam selepas balik dari sekolah.

Habis Aaron dicubit oleh Mamanya kerana meninggalkan Mylia. "Kan, mama dah cakap balik dengan Mylia. Kenapa tinggalkan Mylia sorang-sorang." Marah Mamanya.

"Takpelah.. mungkin Aaron pun tak tahu Mylia dah balik ke belum.." kata Mama Mylia. Sedikit kesian dia melihat Aaron dimarah ibunya.

"Maafkan saya, Aunty.." kata Aaron. Mama Mylia tersenyum, "takpe Aaron. Aunty tak marah kamu pun. Tapi, Mylia ni memang macam ni, kena hujan sikit.. memang demam lah jawapnya.." kata Mama Mylia.
***
Mylia terbangun dari tidurnya. Dan, sedikit dia melihat Aaron yang sedang berusaha mengeringkan bukunya yang terkena hujan.

Selepas sahaja Aaron selesai mengeringkan buku Mylia. Aaron pergi ke arah Mylia dan tuala kecil di dahi Mylia diambil dan dibasahkan sekali lagi dan diletakkan kembali ke dahi Mylia. Aaron hanya duduk di tepi Mylia.

Memang inilah yang disuka oleh Mylia. Sikapnya yang prihatin dan sentiasa merisaukan Mylia.
***
(sekarang)

Hanya kedengaran dengkuran halus dari Mylia, Aaron mengalihkan bantal panggung di antara mereka mulai membelai rambut hitam Mylia.

"Hanya Mylia di hati Abang, percaya lah.. Mylia lah yang layak menjadi isteri Abang. Takde orang lain. Tolong lah jadi macam dulu balik. Tolong lah Mylia. Abang nak Mylia abang yang dulu. Yang sentiasa ada untuk Abang. Yang sentiasa tunggu Abang. Senyuman Mylia hanya untuk Abang." bisik Aaron terus memeluk Mylia di dalam dakapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience