CHAP 13

Romance Completed 83854

Sejak berjumpa dengan suaminya kembali. Hatinya tidak tenang. Bukan kerana apa, takut cinta berputik kembali dan dia tidak mahu hatinya sakit lagi. Cukuplah sekali.

"Dr Mikhail dah khawin ke?" Soal jururawat di klinik desa itu. "Dah.. " kata Aaron.

"Owh.. kesian Dr, berjauhan dengan bini Dr" kata jururawat tersebut, Nisha. "Eh. Taklah. Dia mengajar dekat sini. Cikgu Mylia" kata Aaron.

"Owh... Cikgu Mylia.. eh, saya ingatkan dia bujang" kata Nisha. "Taklah dia dah khawin sebenarnya" kata Aaron sambil tersenyum, ramai yang menganggap Mylia masih bujang sehingga ada yang menaruh hati kepada isterinya.
********

Hujan turun dengan lebat waktu itu. Mylia pula terlupa membawa payung. "Ah.. pedulilah. Reda jelah" kata Mylia. Sampai sahaja dia di rumahnya. Wati sudah bising.

"Weh.. kau ni, apasal kau mandi hujan ni?" Soal Wati. "Eh kau. Aku lupa nak bawa payung lah." Kata Mylia.

"Dah. Kau pergi mandi. Kang kau demam. Aku yang susah" kata Wati. Dia kenal Mylia, terkena setitik hujan pun akan membuatkan dia demam.
********

"Mylia. Badan kau panas ne. Jom lah pergi klinik" kata Wati. Mylia mengangguk. Ya, dia perlu pergi klinik. Beginilah dia. Antibodinya lemah. Dalam perjalanan, baru dia tersedar sesuatu.

"Ehh.. Wati, patah balik lah.. tak pe. Aku makan panadol je" kata Mylia. "Kau kenapa? Dah nak sampai dah dekat klinik ni. Kau jangan nak mengada. Jom" kata Wati. Mylia baru teringat. Aaron bekerja di situ.
****

"Ada ic tak?" Soal jururawat itu.Wati menyerahkan ic kepada jururawat dan Nisha menyalin sesuatu.

"Mylia.. ni isteri Dr Aaron ni" kata Nisha dalam hati. "Sila tunggu sebentar" kata Nisha, senyum.

Aaron di dalam biliknya ketika itu. "Dr...." Meleret suara Nisha.

"Kenapa Nisha?" Soal Aaron. "Kita ada pesakit Dr. Nah, saya balik dulu tau. Nak bagi peluang. Hehehehe" kata Nisha.

Aaron mengambil kertas apabila ternampak nama itu. Dia sudah tersenyum. Isterinya.. tapi, kenapa keadaan isterinya tu. Dia sudah mulai risau
*******

"Mylia Inara" laung Aaron dari dalam biliknya. "Dah. Kau pergi masuk" kata Wati. "Eh.. Wati, temanlah aku" kata Mylia.

"Eh. Kau ni. Dah besar dah pun. Dah masuk je" kata Wati. Mylia dengan terpaksa masuk ke dalam bilik. Nisha pula menutup pintu dari luar. Mylia sudah melihat pintu yang tertutup.

"Kak Wati. Boleh tak tolong hantar saya balik?" Soal Nisha. "Alah, jadi Mylia macam mana?" Soal Wati.

"Mylia tu.. Biarlah Dr Aaron hantar" kata Nisha. "Sebab?" Soal Wati. "Nanti saya cerita dekat akak. Jom" kata Nisha.
*******

Aaron hanya tersenyum melihat isterinya. Sedikit pucat , dan pipinya merah menahan panas demam. Memang beginilah perangai Mylia, terkena hujan sedikit boleh sakit. Teringat sewaktu Mylia kecil, dia sering dimarahi ibunya dan ayahnya kerana terkena hujan ketika dia bertandang ke rumah Mylia. Rupanya, antibodi Mylia yang lemah boleh menyebabkan Mylia senang dapat sakit.

"Sayang kenapa boleh demam ni?" Soal Aaron. "Saya kena hujan. Cepatlah. Kepala saya pening sangat dah ni. Kesian Wati tunggu saya" kata Mylia, marah. Lebih tepat kepalanya sudah berpusing dirasakan.

"Abang cek dulu ye. " Kata Aaron. Diperiksa isteri dengan cermat dan baik. "Ini ubat. Makan dua kali sehari. Kalau belum sembuh dalam masa seminggu datang lagi tau" kata Aaron.

Mylia cepat-cepat keluar. Namun Wati tiada di situ. "Mana Wati ni?" Soal Mylia. Aaron sudah dibelakangnya.

"Marilah Abang hantar." Kata Aaron. "Takpe, saya boleh jalan kaki" kata Mylia, terus meninggalkan Aaron. "Jangan degil sayang. Sayang tu demam " kata Aaron melawan.

"Boleh tak jangan nak tunjuk prihatin sangat. Saya tak suka. Saya tahu jaga diri saya tahu tak, saya dah besar. And i don't need anyone. Especially from you." Kata Mylia, kepalanya semakin berpinar.

Aaron hanya merenung muka Mylia. Dilihat muka Aaron semakin lama semakin kelam. Selepas itu, dia tidak ingat apa lagi. Aaron melihat isterinya pitam. Dia terus menyambut isterinya dan mencempung isterinya ke kereta.

"Degil sangat kan. Malam ni tidur rumah Abang" kata Aaron sambil melihat Mylia tertidur di sebelah.
*******

"Maksudnya Mylia dah khawin. Dengan Dr Aaron?" Kata Wati. "A ah. Dr Aaron yang bagitahu" kata Nisha.

"Alahai.. aku ingatkan bujang lagi Mylia tu" kata Wati. "Saya pun ingat macam tu, Kak" kata Nisha.
*****

Aaron meletakkan isterinya cermat di katil. Ikatan satu rambut tu dibuka. Aaron meletakkan sapu tangan di dahinya agar demamnya kebah. Dipakaikan stoking dan diselimutkan isterinya.

"Jangan lari lagi sayang... Abang nak pujuk dah ni" bisik Aaron sambil mencium pipi isterinya yang tidur itu. Aaron terus melangkahkan kakinya ke dapur untuk masak sup ayam dan nasi.

Setelah tidur yang lama, Mylia terbangun. Dia pelik dia berada di mana sekarang. "Rumah siapa pula ni?" Soal Mylia melihat sekeliling.

"Dah bangun pun isteri Abang. Mari makan" kata Aaron sambil membawa makanan di dulang. Mylia sudah terkejut. Aaron sudah tersenyum.

Hehhee.. alamak... mana lah Mylia nak lari lagi? Anyway, kita rehatkan novel ni. Esok kita sambung Novelis, I in Love With You. Okay :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience