Mylia mendapat panggilan daripada seseorang. Sebenarnya sejak ibunya berkata begitu, hatinya tidak sedap.
Dia menuju ke hospital. Dengan menaiki Grab sahaja.
******
Mak ayah Aaron bersama Mylia sedang menunggu pembedahan kedua ibu bapanya. Kedua ibu bapanya kemalangan.
Mylia tidak habis berdoa untuk kesejahteraan ibu bapanya. Bapa Aaron menghubungi Aaron.
"Aaron kamu dekat mana?" Soal Bapa Aaron.
Aaron ketika itu bersama Dahlia makan malam. "Dekat luar. Kenapa Pa?" Soal Aaron.
"Kamu tahu ke ibu bapa Mylia kemalangan. Hish. Kamu ni. Datang sini cepat" kata bapa Aaron.
"Sayang.. I nak ke hospital kijap ye" kata Aaron.
"Kenapa Bie.?" Soal Dahlia.
"Kijap je. Sorry" kata Aaron meninggalkan Dahlia.
*******
Mylia masih sugul di kerusi. Dia tidak mahu makan dan minum. Aaron sampai di hospital. Dia melihat Mylia tersandar di bahu maknya.
Aaron menyalam kedua ibu bapanya. Mylia pula langsung tidak melihatnya. "Mylia, suami kamu dah sampai tu" kata mak Aaron.
Mylia mengelengkan kepalanya. Dia hanya mahukan kedua ibu bapanya. Keluar Doktor dari bilik pembedahan.
"Doktor Syed" kata Aaron mengenali Doktor Syed kerana mereka satu hospital.
"Hai Dr. Aaron. Err, boleh tak saya nak tahu siapa waris?" Soal Dr Syed. Mylia pergi menuju ke arah Dr Syed. "Dah boleh pergi jumpa mak dengan bapa saya ke? Mereka okay je kan?" Soal Mylia, mempamerkan muka gembira.
"Maafkan kami, Cik Mylia."kata Dr Syed.Mylia sudah terduduk. Mak Aaron pergi ke arah Mylia. Aaron pula terdiam.
******
Setelah selesai semuanya. Mylia masih duduk di pusara kedua ibu bapanya. Dia mahu menangis namun air matanya sudah tiada.
Aaron masih menunggu Mylia di hadapannya. "Kalau awak nak balik, balik lah dulu." Kata Mylia.
Aaron hanya diam. Dia melihat Mylia di hadapnnya. Hatinya sedikit kesian. "Mak, bapa. Mylia janji akan jadi anak yang baik. Nanti Mylia datang sini lagi ye" kata Mylia.
Mylia bangun , Aaron juga begitu. Aaron membuka pintu kepada Mylia. Kereta bergerak.
"Awak.. boleh tak hantar saya pergi rumah saya. Saya nak tidur sana" kata Mylia. "Tapi, malam ni ada..." Ingin Aaron berkata namun dipotong oleh Mylia.
"Please.... "Kata Mylia, lirih suaranya.
********
"Mana Mylia, Aaron?" Kata mak dan bapa Aaron. Orang ramai sudah mulai membaca Yassin. "Mylia nak pergi rumah dia. " Kata Aaron.
Mak dan bapanya sudah menepuk dahi.
"Kamu tinggalkan dia seorang dekat situ. Apa jenis suami kamu ni?" Soal mak dan bapa meninggi.
*********
Mylia memerhati gambar mereka sekeluarga. "Kalaulah Mylia ikut. Mungkin benda ini tak terjadi, kan mak bapa" kata Mylia.
Pintu dikuak dari luar. Kelihatan Aaron masuk. "Kalaulah saya ikut. Benda ni tak terjadi. Awak tahu tak?" Kata Mylia, perasaannya tidak dapat ditahan lagi.
Dia menuju ke arah Aaron dan melempiaskan semua yang dipendam. "Aku benci kau. Kalau lah aku tak kahwin dengan kau. Semuanya tak jadi macam ni. Aku tak jadi macam ni. Aku benci kau" kata Mylia menumbuk dada suaminya.
Aaron hanya membiarkan sehingga Mylia kepenatan. Entah perasaan bersalahnya bersarang di dalam hati.
******
Aaron membaringkan isterinya dengan cermat. Diusapnya air mata isterinya. Sedang dia ingin tidur juga di sofa, Mylia meracau.
"Mak, bapa.. bawa Mylia sekali. Mylia nak ikut" kata Mylia, meracau. Aaron sudah menampar wajah Mylia. Membangunkannya. Mylia membuka matanya luas. Dia melihat Aaron dihadapannya.
"Kau. Kau buat apa dekat sini. Pergi.. pergi.. aku tak nak hidup dengan kau." Kata Mylia.
Aaron hanya membiarkan Mylia menumbuknya. Sakit dirasa Aaron, namun dia tidak tahu sakitnya hati Mylia.
"Ceraikan aku, Aaron. Aku tak hidup dengan kau lagi. Aku tak nak tengok kau lagi. Aku tak akan suka kau lagi. Kau kahwin lah dengan Dahlia. Aku cuma nak mak ayah aku. " kata Mylia, menangis tersedu sedan sehingga Aaron melihat Mylia tertidur.
Sungguh berat penderitaan Mylia. Aaron hanya meraup wajahnya. Dia mencapai telefon dan menghubungi kedua ibu bapanya.
"Ya ma. Teruskan, Aaron nak jaga Mylia dekat sini ." kata Aaron. Sejurus dia mematikan panggilan. Dia membuka tudung Mylia dengan cermat agar Mylia tidak terbangun. Melepaskan ikatan rambut.
Aaron membelai rambut Mylia, dan sesekali mengusap air mata Mylia yang jatuh di pipi. Dia menyelimutkan Mylia
Aaron mundar-mandir di dalam bilik. Rasa bersalahnya bersarang dalam hati.
Dah update ;).. enjoy your reading..
Share this novel
geramnya