CHAP 15

Romance Completed 83854

Mylia terbangun, terbuka sahaja matanya. Wajah suaminya sedang merenungnya.

Pertama kali mereka di katil bersama. Mylia diam, Aaron pun diam. Hanya mata yang berbicara. Melepaskan rindu masing-masing. "Kenapa awak ada dekat sini?" Soal Mylia.

"Sebab hati saya ada dekat sini" kata Aaron. "Saya rasa awak salah. Saya bukan isteri awak. Bukan awak ke yang cakap dulu. Tak layak jadi isteri awak. " Kata Mylia.

"No. I was wrong. Now, i want to fix it" kata Aaron. "Tiada apa yang mahu dibaiki. Sudah jelas.. boleh tak awak jangan muncul lagi. Saya benci awak" kata Mylia.

"No. I don't see that. I still see love in your eyes" kata Aaron. "You must be mistaken. It's not love. It's hate" kata Mylia lancar.

"So, i can turn it to love. Right?" Kata Aaron. " Jangan bazirkan masa awak, Aaron. Please stop." Kata Mylia.

"Abang tak berhenti selagi Abang tak dapat Mylia Abang yang dulu" kata Aaron. "Mylia yang dulu dah takda." Itu yang dikatakan oleh Mylia.

Aaron meraih tangan isterinya.

"I want your hands wear our rings again. That's my promise. And make your heart love me again. Only me" janji Aaron.

"Jangan yakin sangat Encik Aaron Mikhail. I hate you.. Very much" kata Mylia. "I will change that" kata Aaron.

"Ceraikan saya" kata Mylia.

Tersentak Aaron dengan permintaan itu. Dia tidak mahu. Dia sudah jatuh cinta dengan isterinya.
*******

Mylia menyentuh dahinya pagi tu. Dirasakan sudah sembuh. Boleh lah dia pulang. Teringat bacaan doa selepas sembahyang Subuh tadi. Suaminya berdoa agar rumah tangga mereka dipenuhi keceriaan. Pertama kali juga suaminya mencium dahinya. Pertama kali dia disentuh suami sendiri.

"Sayang. Jom sarapan. Hari ni Abang masak simple je. Roti bakar dengan susu" kata Aaron. Mylia terperasankan gelas yang dibelinya dahulu. Biru dan pink. Lama dia melihat gelas itu.

"Mesti Mylia rindu kan. Kan Mylia dulu pernah cakap. Abang punya warna biru, Mylia punya warna pink. Comel kan?" Kata Aaron. Mylia hanya mengendahkan apa yang dikatakan oleh suaminya. Dia mengambil sarapan.

"Kita cek suhu ye" kata Aaron. Mylia hanya menurut. "Alhamdulillah. Dah kebah." Kata Aaron.

"Hantar saya balik" tu sahaja Mylia kata. "Kenapa pula? Mylia tinggal lah sini" kata Aaron memujuk.

"I don't want. " Keras kepala isterinya. Aaron hanya mendengus. Yalah, mana boleh dipaksa. Banyakkan bersabar.

"Okay.. boleh" kata Aaron.
******

Sewaktu di dalam perjalanan. Aaron singgah di kedai. Setelah sampai di rumah Mylia, Mylia laju ingin keluar namun ditahan oleh Aaron.

"Nahh. Bekalan. Dan, dalam sampul tu, nafkah sayang" kata Aaron.

Mylia hanya diam.

"Ambil sayang. Kalau tak, Abang jumpa Wati bagitahu dekat dia yang kita ...." Belum sempat dia bercakap, Mylia sudah mengambil plastik itu dan sampul itu.

"Jaga diri sayang... I love u" kata Aaron sebelum Mylia keluar. Sampai sahaja di rumah. Wati menunggunya.

"Kenapa kau tak bagitahu yang kau dah kahwin? Kesian Cikgu Hisham, dah lah dia minat dekat kau" kata Wati.

Mylia sudah terkejut.
"Siapa bagi tahu?" Soal Mylia. "Nisha. Dia cakap Dr Aaron bagitahu. Bertuah lah kau" kata Wati.

Mylia hanya diam dan terus masuk ke bilik. Dia melihat bungkusan plastik yang penuh dengan makanan. Dilihat lagi sampul surat itu, dibukanya ada duit dan sepucuk surat. Dia baca.

"Ke hapadan Puan Mylia Inara, isteri kepada Aaron Mikhail"

Hai sayang... Abang nak balas surat sayang yang pertama dulu waktu Abang belajar.

Abang dekat sini sihat. Abang tengah nak pujuk isteri abang ni. Mylia doakan dia lembut hati ye.

A ah. Susah dekat sini ni. Tapi, Abang suka sebab dekat dengan hati Abang.

Nanti Abang balas lagi ye surat Mylia.

Muaaahhhh..
****

Mylia melipat kembali surat suaminya. Dia menjawab soalan surat pertama nya sewaktu dia belajar. "Sekarang baru nak balas. Ingat aku kisah?" Gumam hati Mylia.
*****

Tiba-tiba telefon Wati berbunyi.

"Ni Wati ke?" Kata pesanan ringkas tersebut.

"Ya. Wati. Ini siapa?" Soal Wati membalas.

"Ni Aaron. Mylia dekat sana kan?" Kata Aaron.

"Owh Dr Aaron. A ah. Mylia dekat bilik sekarang ni. Kenapa Dr?" Balas Wati.

"Boleh nak minta tolong tak?" Soal Aaron.

"Tolong apa tu Dr?" Soal Wati.

Wati sudah tersenyum-senyum membaca pesanan daripada suami Mylia sambil melihat pintu bilik rakan sebiliknya.

Hai, readers.. Harap semua sihat? Novel ni Killa tak akan hari-hari update tau. Tengok atas kerajinan Killa. Siapa yang dah terlupa dah jalan cerita novel ni, Killa cadangkan... marathon novel ni dari Chap 1 sampai Chap 15.. Hehehhe.. gurau... stay tuned, readers...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience