CHAP 35

Romance Completed 83854

(imbas kembali)

Mylia berlari-lari di taman rumah Aaron. "Mylia, jangan lari. Nanti jatuh" pesan ibunya. Mylia masih berlari mengejar rama-rama. Namun, tidak semena-mena dia terjatuh dan menangis.

"Sakit......" Kata Mylia mengusap lututnya yang berdarah. "Awak kenapa budak?" Soal Aaron yang baru balik dari sekolah. Terkejut dia melihat ada budak di rumahnya.

"Sakit... Ni darah..." Kata Mylia menunjuk ke lututnya. "Siapa suruh lari. Kijap..." Kata Aaron terus mengambil sapu tangan miliknya dibasahkan air dari bekal airnya dan menyapu luka itu.

"Tahan tau.." pesan Aaron. Mylia hanya menganggukkan kepalanya. "Ya Allah. Aaron kenapa tu?" Kata mamanya. Mama Mylia pun ada sekali.

"Ni budak ni. Jatuh. Aaron lap darah dia" kata Aaron.

"Aaron. Jangan panggil budak. Ni namanya Mylia... Mylia Inara." Kata maknya.

"Mylia, ni Aaron. Panggil abang Aaron tau." Tambah maknya lagi.
***

"Abang Aaron, nak tu gula-gula." Kata Mylia yang baharu sahaja berumur 10 tahun, manakala dia sudah berada di tingkatan dua. Pada hari tu, dia membawa Mylia ke kedai yang berdekatan rumah mereka.

Mereka berpimpinan tangan. Entah Aaron merasakan Mylia sangat comel, apatah lagi dengan mulutnya yang comot dengan aiskrim.

Aaron mengambil sapu tangan dan mengelap mulut Mylia. "Terima kasih Abang Aaron." Senyum Mylia. Dan, memang hatinya senang melihat Mylia tersenyum.
***
"Ma . Ma ada gambar Mylia?" Soal Aaron ketika belajar di luar negara. Ibunya di hujung talian sudah ketawa, "Aaron kenapa nak gambar Mylia?" Aaron sedikit malu tapi dia sudah terlalu rindu dengan Mylia. " Takdelah. Nak tengok dia.. gemuk ke apa ke dia sekarang." Kata Aaron memberikan alasan. Ibunya di hujung talian ketawa, "kalau rindu, cakap je lah rindu.." usik ibunya.

Dan, semenjak hari itu, fail "Special Person" itu sudah ada dalam laptop Aaron. Setiap kali Aaron merindu Mylia, dia akan melihat gambar ini.

Ibunya memberikan gambar sewaktu pertunangan dia dan Mylia, memang pada mulanya dia tidak ambil endah dengan gambar yang dikirim oleh ibunya, namun malam itu.. Aaron terus memuat turun gambar berkenaan di dalam laptopnya.

Apa sahaja gambar Mylia . Dia akan memuat turun di fail itu. Fail "Special Person."
***
(Sekarang)

"Tapi, abang kan benci Mylia waktu tu.." kata Mylia. Aaron hanya tersenyum.

"I think I love you from the first moment I saw you. Tapi, Abang takut nak mencintai Mylia. Abang takut.. takut nak mengaku cinta Abang, ego dengan perasaan Abang sendiri, takut nak tengok Mylia sedih."

"Apa yang Abang lakukan di permulaan perkahwinan kita. Itu ego Abang. Deep inside my heart, i love you, Mylia. The special person who hold special place in my heart. Tiada siapa yang boleh ambil tempat tu termasuklah Dahlia. Hanya Mylia yang ada di situ. Tiada orang lain yang boleh ambil tempat Mylia."

"And that's why you are my special person. The person who i want to see her smile, her laugh, and her sad. Dan, bila Mylia lari dari Abang. Abang tahu tempat dalam hati Abang tu kosong.. Sebab Mylia dah lari, my special person is gone."

"So... That's why you are my special person, Mylia Inara". Terang Aaron panjang.

Mylia sudah dipaut rasa sedih. Menitis air matanya sedikit. Aaron mengesat air mata isterinya.

"Why are you crying, sayang?" Soal Aaron. "Tak tahu.. hehehe.." terus dia ketawa. Aaron hanya ketawa, "emosi mengandung.."

"Abang rasa dah tiba masanya.. abang sarungkan balik cincin ni." Kata Aaron menarik sesuatu dari lacinya dan menyarungkan ke jari Mylia.

Sedih lagi Mylia.. "anyway, sayang nak tahu.. Abang yang pilih cincin ni sebenarnya.." jujur Aaron.

"Ahhh?!.. eh, bukan waktu tu Abang tak ada dengan kami ke? Sebab yang Mylia ingatkan Mama yang pilih cincin ni." Kata Mylia.

"Nope... Tak pelik ke kenapa habis je Mama keluar dengan Mylia, Mylia boleh terserempak dengan Abang tengok wayang dengan Dahlia? Kan kita satu shopping mall yang sama waktu tu.." kata Aaron.

"Ahhh??!!" Terkejut Mylia. Aaron sudah ketawa, "waktu Mylia ke tandas, waktu tulah abang pilihkan cincin ni... khas untuk Mylia. Abang ingatkan waktu tu Abang nak balik rumah selepas pilihkan cincin khawin kita. Tup tup.. abang terjumpa Dahlia. Terus dia ajak Abang tengok wayang. Abang pun pergilah . Hehehhe.." kata Aaron.

"Amboi dia.. Dahlia ajak, bukan main erk.. kita ajak keluar, sikit-sikit nak turunkan kita dekat stesen bas terus suruh kita naik Grab.. " imbau Mylia kembali sewaktu kali pertama mereka keluar bersama.

Aaron ketawa lagi, "ingat Abang tinggalkan Mylia waktu tu. Abang tunggu Mylia tau sampai Mylia naik Grab." Jujur Aaron lagi.

"Ahh?! Abang biar betul?" Soal Mylia. Aaron menganggukkan kepalanya bersungguh-sungguh, "betul.. sebab Abang risau takut Mylia tak dapat Grab. Abang pastikan Mylia dapat Grab dan Mylia sampai di rumah, baru Abang balik." Jujur Aaron.

"Aahhh?? Kebenda lah Abang ni.. baik Abang hantar Mylia je dulu. Buat habis minyak je.." kata Mylia. "Tulah namanya ego, sayang.." kata Aaron.

"Maafkan Abang ye.." kata Aaron. "Sebab?" Soal Mylia.

"Sebab pernah kecewakan Mylia dan pernah lukakan hati Mylia." Kata Aaron.

"Abang.. dah lah tu, kita ni dah nak ada anak dah lepas ni. Yang lalu tu biarkan berlalu.." sengih Mylia.

"Dahlah.. Mylia nak tidur. Jom tidur." Kata Mylia. Aaron tersenyum. "Jom."

tinggal beberapa chapter lagi.. stay tuned :). anyway, WBBLAR sudah diupdate di blog Killa.. stay tuned for next chpter :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience