CHAP 34

Romance Completed 83854

"Abang.. boleh tak pinjam laptop Abang kijap? Mylia nak print something. Laptop Mylia tertinggal dekat sekolah." Kata Mylia menghubungi suaminya di klinik.

"Okay Mylia.. nak Abang singgah ambil ke dekat sekolah?" Soal Aaron. "Takpelah, esok kan dah sekolah. Nanti banyak barang pula Mylia nak kena bawa. Mylia pinjam laptop abang tau." Pinta Mylia. "Okay sayang." Kata Aaron.

Setelah dia selesai mencetak kerjanya untuk anak muridnya esok. Entah kenapa Mylia gatal tangan ingin memeriksa fail di dalam komputer suaminya.

Dalam fail yang bernama My Family, semua gambar dia dan keluarga, dan tidak dilupa ada juga sesetengah muka kedua ibu bapanya. Dia sedikit sedih. Sempat dia menyedekahkan Al-fatihah kepada kedua ibu bapanya.

Namun, apa yang dihairankan Mylia, tiada satu pun mukanya. "Amboi.. abang ni.. satu gambar pun dia tak simpan. Ni yang nak marah ni." Gumam Mylia.

Emosi ibu mengandung sudah merasukinya. Sedang dia melihat gambar-gambar keluarganya dan keluarga Aaron. Ada lagi satu fail paling bawah sekali. Fail "Special Person."

"Ni mesti gambar Dahlia lah tu. Kurang asam punya suami, dia masih simpan lagi ke gambar Dahlia? Eh.. geram.." kata Mylia. Sejurus sahaja dia membuka fail tersebut, terkejutnya dia apabila dalam fail tersebut semua gambarnya.

Dari gambar dia kecil kerana dia bertemu Aaron dalam umurnya darjah tiga sehingga gambar pernikahannya dan tidak dilupa pertunangannya yang tidak dihadiri oleh Aaron sendiri.

"Biar betul? Dari mana Abang dapat semua gambar ni.. eh, ni gambar waktu aku nak masuk IPG ni. Dari mana abang dapat?" Soal Mylia dalam hatinya.

Dia menguntum senyuman.. "aku ke special person di hati Abang? Aisyhh.. nak tanya abang balik ni, tak jadi nak marah.. hehhe.. comel juga abang ni rupanya." Tiba-tiba mood Mylia berubah.
***
"Suami I outstation tiga hari." Kata Dahlia. Syed hanya diam. Melihatkan muka Dahlia yang mendung. Dia tahu suami Dahlia sedang bercuti dengan bakal madu Dahlia.

"I tak marah kalau dia nak kahwin lagi. Dia mampu, tapi yang I marah bila belum ada apa-apa, suami I dah abaikan I. Macam mana kalau selepas khawin. Tulah I nak minta cerai, Syed. I takut I akan lebih terseksa." Luah Dahlia.

"You masih cintakan suami you ke?" Soal Syed. Dahlia masih lagi menangis, "I cintakan dia, Syed. Tapi, macam mana kalau dia buat I macam ni. I dah tawar hati." Luah Dahlia.

Entah kenapa Syed mengapai tangan Dahlia seakan memberinya kekuatan. "Kita berdoa semoga dipermudahkan urusan you. Tapi, yang penting sekarang.. you kena ikut plan I.. okay?" Soal Syed.

"Terima kasih Syed. You memang sahabat sejati. Dari zaman kita universiti lagi. You selalu bantu I. Terima kasih Syed." Kata Dahlia.

Syed hanya tersenyum senang.
***
Aaron hanya melihat tingkah Mylia yang dirasakan lain daripada semalam. Aura mengandung dan berserinya wajahnya dengan senyuman.

Mungkin inilah yang dikatakan seri mengandung. Ibunya ada memberitahunya semalam.

"Mylia hari ni nampak gembira je..semalam bukan main lagi Mylia nak muntah tengok muka abang.. ada apa-apa ke?" Soal Aaron. Mylia hanya tersenyum sipu. "Eh.. dia ni tersipu-sipu dengan Abang pula. "

Dan Aaron teringat perangai Mylia yang manja dan gedik dulu. Sama dna persis. Dia menjadi rindu. Inilah Mylia yang dia tunggu.

"Mehh sini dekat Abang." Mylia terus duduk di paha suaminya sambil Aaron membelai rambutnya.

"Mylia gembira tiba-tiba ni sebab apa?" Soal Aaron. Mylia terus mencium pipi Aaron. "Abang simpan gambar Mylia ehh?" Soal Mylia.

"Gambar Mylia. Owh.. ahh, ada ni. Abang simpan dekat dompet Abang." Kata Aaron. Terus wajah Mylia cemberut, "bukan dekat dompet lah.. abang simpan gambar Mylia dekat laptop Abang eh.. Apa nama fail tu, ahh.. Special Person." Kata Mylia.

Aaron mulai mengingat fail tersebut dan terus ketawa. "Owh.. Mylia buka fail abang eh.." usik Aaron terus mencium leher Mylia.

Dan, terus Mylia ketawa.. "dah.. kijap, kenapa abang simpan gambar Mylia dari Mylia kecil sampai gambar nikah kita? Cer cete. bukan dulu abang benci Mylia ke? kalau benci kenapa simpan gambar Mylia dari kecil sampai gambar khawin.?" kata Mylia.. Aaron diam sambil merenung Mylia.." macam mana Abang nak mula ye.. ahh, Abang mula dari kita first time jumpa nak?" soal Aaron. Dan Mylia menganggukkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience