CHAP 5

Romance Completed 83854

Mylia siap membeli barang-barang. Suaminya ingin membantu? Hermm.. semestinya tidak.

Sempat Mylia menghubungi maknya. Maknya kata, goda dia dari masakan. Mylia kan pandai masak.

Mylia sudah mengemaskan semuanya. Muncul Aaron.

"Abang.. tengok Mylia ada belikan gelas. Satu biru satu pink. Abang warna biru, Mylia warna pink tau" kata Mylia, manja.

Aaron hanya diam, pergi ke peti sejuk untuk membasahkan tekak. Dilihat peti aisnya sudah berisi.

"Eh .. kijap, Abang kalau nak minum, gunalah gelas ni. Lawa kan?" Soal Mylia.

Aaron sudah geram melayan sikap Mylia.

"Oii Budak! Bising. Biarlah aku nak guna gelas ke, guna tangan ke? Sibuk je" kata Aaron.

Dirasakan cepat lah hari esok. Supaya dia boleh bekerja tanpa melihat budak di hadapannya ini.

"Alah Abang ni. Saya sibuk pun hal suami saya tau" kata Mylia.

"Sejak bila aku cakap aku ni suami kau. Budak gedik" kata Aaron terus menuju ke biliknya.

Mylia diam..

"Tak pe Mylia.. ikut cakap mak. Goda dia.." kata Mylia dalam hati.
********

Dia memakai minyak wangi, dia bermekap sikit, dia memakai baju tidur yang dibelikan khas oleh ibunya. Walaupun agak malu untuk memakainya. Namun, demi suami. Dia pasti boleh.

Dia menuju ke tingkat atas. Mengetuk pintu bilik suaminya. Mylia main masuk sahaja ke bilik suaminya.

Aaron yang baru sahaja minum air tersembur air dari mulutnya melihat isterinya yang seksi.

"Kalau tak tahan ni. Memang aku belasah budak gedik ni". gumam hati Aaron.

"Seksi kan saya malam ni. Saya nak jadi isteri awak yang sebenarnya" kata Mylia.

Malu betul dia menuturkan kata-kata itu. Tapi, apa yang nak dimalukan. Di hadapan ini, suaminya.

Aaron pergi ke hadapan Mylia.

"That's not gonna happen, in your dreams. Keep dreaming" kata Aaron, dengan senyuman sinisnya.

"Kehh Abang takut? Takut dengan Mylia?" Mylia memberanikan diri.

Aaron merapatkan lagi mukanya, wangi betul isterinya tapi dia tidak suka. Dia tidak suka budak dihadapannya ini.

"Berapa harga kau, budak? " Kata Aaron.

"Abang anggap saya pelacur ke, main letak harga?" Soal Mylia, hatinya sakit.

"Lebih kuranglah. Sebab tak malu ke? Datang bilik orang, pakai macam ni. " Kata Aaron, menyakitkan hati Mylia.

Muka Mylia seperti mahu menangis namun ditahan.

"Sekurang-kurangnya yang saya datang ni, bilik suami saya. Tapi, takpelah. " Kata Mylia meninggalkan Aaron.

Aaron pula tergamam sebentar. Suami?
********

Mylia membersihkan mukanya yang bermekap, dia mandi. Di dalam bilik air, dia menangis.. menangis semahunya.

Sampai sahaja di bilik, dia terus membuka diarinya, menulis isi hatinya yang penuh duka.
********

Keesokannya....

Mylia hanya diam. Dia menyediakan sarapan pagi. Untuk dia dan suaminya.

Kelihatan Aaron turun ke ruang makan.

"Saya dah sediakan sarapan. Abang makan ye" kata Mylia.

Aaron melihat nasi lemak dan air milo di meja tersebut.

Gumam hatinya, "pandai budak ni masak. Nampak sedap pula tu" kata Aaron.

"Boleh tak jangan susah-susah nak sediakan semua ni? Kenapa? Nak aku iktiraf kau isteri mithali?" Kata Aaron, kasar.

"Dah memang saya isteri Abang. Tanggungjawab sayalah nak sediakan semuanya. Dari pakaian, makanan, semuanya" kata Mylia.

"Tak payah susah-susah budak. Aku tak ingin. Belum aku iktiraf kau jadi isteri aku lagi" kata Aaron.

"Tak pe Abang. Saya akan tunggu. Saat itu." Kata Mylia.

"Jangan yakin sangat budak" kata Aaron pergi meninggalkannya.

Sejurus Aaron keluar, Mylia menangis. Menangis semahunya.

kesian Mylia... :-(

Share this novel

Lisa Halik
2022-02-20 01:59:31 

alahaiiiii . aaron


NovelPlus Premium

The best ads free experience