Malam itu, dia membuka surat daripada suaminya. Walaupun dia marah. Namun, hatinya masih menyayngi suaminya.
Ke hadapan sayang..
Abang dekat sini, okay je. Nak tahu apa hobi baharu abang sekarang.
Usik isteri Abang. Kalau dia malu, merah terus mukanya dia macam tomato.
Sayang Mylia. Muahh
********
Setelah dua minggu tidak bersua muka dengan isterinya. Dia rindu. Mahu sahaja dia pergi berjumpa dengan isterinya sekarang. Tapi, memandngkan dia tinggal dengan Wati, dia terpaksa membatalkan hasratnya.
Suatu hari...
"Cikgu... Saya nak ke klinik sekijap. Ada budak kita sakit ni" kata Mylia. Riuh bilik guru dibuatnya. Mylia pula seorang yang cepat risau kerana yang sakit ini ialah muridnya.
Cikgu Hisham mengikuti Cikgu Mylia. Cikgu Hisham yang memandu ke klinik yang berdekatan.
"Sakit cikgu" kata muridnya.
"Sabar ye.. awak salah makan ke ni? Sabar ye. Kita dah nak sampai ni. Kijap ye" kata Mylia, memujuk. Tiba-tiba dia emosi. Dia ingin menangis.
Sesampai sahaja di klinik. Orang pertama dia seru ialah suaminya. "Awak.. awak.. tolong" kata Mylia, hampir menangis. Aaron yang di dalam biliknya ketika itu mendapatkan suara isterinya di luar klinik.
Dia menuju ke arah isterinya. Tapi, dia sempat memandangkan seorang cikgu lelaki yang agak dekat dengan isterinya. "Bawa dia ke dalam Nisha" arah Aaron.
Dia memeriksa pesakit. Mylia menunggu di luar dengan risaunya. Hisham melihat Mylia. "Mylia. Duduk. Insha Allah takda apa-apa" kata Hisham, memujuknya. Dia faham Mylia, seorang guru yang menyayangi muridnya.
Aaron keluar dari bilik.
"Murid sayang keracunan makanan. Jangan risau, abang dah masukkan air dalam badan dia" terang Aaron, sengaja dia menekankan perkataan sayang itu. Biar lelaki itu mendengarnya. Hisham agak terkejut dengan panggilan yang digunakan.
"Nisha, hubungi keluarga tersebut ye." Arah Aaron. Mylia tidak tertahan lagi air matanya. Entah apa yang difikirkan. Dia takut dan trauma dengan perkara yang lalu. Aaron terus menghampiri isterinya terus memeluk untuk memberi semangat. Mylia terus menangis di dada Aaron. Dia emosi hari ini. Dia takut kehilangan.
Setelah reda. Dia menjarakkan dirinya. "Cikgu Hisham, err.. kenalkan Aaron Mikhail" kata Mylia. Hisham menyalam tangan Aaron.
"Hisham" kenal Hisham.
"Aaron Mikhail" kata Aaron.
Aaron menunggu Mylia memperkenalkan dirinya sebagai suaminya. Jika tidak, dia sendiri yang akan memperkenalkan dirinya supaya memberi amaran kepada guru lelaki ini untuk tidak dekat dengan isterinya.
"Dia suami saya" kata Mylia.
Aaron sudah tersenyum. Hisham pula terkejut. "Saya tak tahu Cikgu Mylia dah kahwin. Saga ingatkan ..... " Belum sempat Hisham menghabiskan, dia hanya melemparkan senyuman. Sedikit sakit hatinya apabila orang yang diminati sudah berpunya.
"Kalau macam tu, saya balik dulu lah. Cikgu Mylia nak ikut saya atau..." Belum sempat Hisham berkata percakapannya dipotong oleh Aaron. "Takpe, saya hantar isteri saya" kata Aaron.
Perkataan isteri tu ditekankan lagi memberi amaran lisan kedua kepada Hisham. Tertelan air liur Hisham. Hisham meminta pamit. Sementara menunggu ibu bapa pelajarnya. Mylia menunggu di tepi katil pelajarnya.
"Everything gonna be okay, sayang" kata Aaron.
"Terima kasih Abang" kata Mylia.
Aaron terkejut dengan panggilan itu. Namun, dibiarkan.
*******
"Pastikan makan ubat tau" kata Mylia kepada pelajarnya setelah ibu bapa pelajar tersebut sampai ke klinik untuk mengambil anaknya.
"Terima kasih banyak-banyak, Cikgu Mylia dengan Doktor Mikhail. Saya tidak tahu mahu balas apa." Kata ibu pelajar tersebut.
"Pastikan dia makan ubat, aunty" kata Cikgu Mylia.
"Yalah.. nanti saya suruh anak saya makan ubat. Bah, terima kasih sekali lagi Doktor, Cikgu" kata ibu tersebut. Setelah mereka belalu, Aaron melihat isterinya.
Mylia menoleh ke arah Aaron. "Terima kasih sekali lagi. Err, boleh hantar saya balik?" Kata Mylia.
"Esok Sabtu kan?" Soal Aaron.
Mylia mengangguk. "Tidur rumah abang malam ni" kata Aaron terus meninggalkan isterinya.
"What?" Jerit Mylia.
***
Mylia duduk di kerusi dalam bilik Aaron sementara menunggu waktu bekerjanya tamat. Terpaksa dia menunggu suaminya. Sementara itu, dia sempat mewasap Wati memberitahu mengenai perkara ini.
"Tolong bawa balik buku student aku tau. Esok aku nak semak" pesan Mylia. "Tahu. Jangan risau. Enjoy your second honeymoon. Hehehhe" kata Wati.
Mylia hanya membalas wasap tersebut dengan emoji. Bila difikirkan balik, selepas berkhawin dia tidak pernah ada istilah honeymoon dengan suaminya. Sedang Mylia berfikir, Aaron melihat isterinya diam di kerusi.
"What's going on your mind. I'm curious" gumam hati Aaron. Nisha mengetuk pintu bilik Aaron. Mylia tersentak mendengar ketukan itu. "Eh.. cikgu Mylia pun ada sini rupanya. Dr Aaron, saya balik dulu." Kata Nisha.
"Okay... Thanks for today, Nisha" kata Dr Aaron.
Aaron pun sudah mengemaskan biliknya.
*********
"Err... Boleh singgah rumah tak, saya nak ambil baju untuk malam ni" kata , Mylia. "Tak payah. Pakai je baju abang.. macam tak biasa" kata Aaron.
Mylia hanya diam. Malas mahu berlawan, entah kenapa dia masih teringat kali terakhir mereka berjumpa. Ciuman Aaron kepadanya.
"Dah kenapa merah muka sayang?" Tegur Aaron.
"Nope, nothing" kata Mylia.
*******
Setelah dipaksa, pakaian kerja Aaron tersarung di badannnya. Paras atas lutut. Malunya bukan kepalang.
Setelah habis makan, kini tiba masanya untuk mereka tidur. Sepatutnya bantal panggung di tengah. Tapi, ini rumah suaminya.
"Terima kasih sebab kenalkan Abang sebagai suami tadi" kata Aaron, merenung isterinya. Mylia hanya diam, mereka masih lagi berlawan pandang.
"Mylia masih marahkan Abang? Bila Mylia nak buka hati Mylia untuk cinta Abang semula, suka Abang semula, dan minat Abang semula. Macam dulu?" Soal Aaron.
Mylia hanya diam.
"I need time, awak. Bukan senang nak lupakan semuanya."kata Mylia. "I can give your time but please don't stop loving me" kata Aaron.
"Saya takut... Saya takut jadi macam dulu" kata Mylia. "I promise benda tu tak akan berulang lagi" kata Aaron mengambil tangan isterinya dan mengucup tangan Mylia.
"Saya takut Abang.. saya.." belum sempat Mylia menghabiskan ayatnya dia sudah menangis, meluahkan segala di dalam hati. Aaron tidak sanggup melihat isterinya menarik kepala isterinya di dadanya.
"Kenapa abang jahat dengan Mylia dulu. Kenapa abang buat Mylia macam tu dulu?" Luah Mylia dengan tangisan yang tidak mampu berhenti.
Aaron hanya mengusap kepala isterinya. Dia tahu dia salah. Dia tahu apa yang dipendam oleh isterinya. Di saat kedua ibu bapanya meninggal dunia, sepatutnya Aaron menemani Mylia dan bukannya bersama Dahlia ketika itu.
Di saat seorang isteri memerlukan seorang suami untuk kekuatan menghadapi semuanya. Aaron tiada di samping isterinya. Dia hanya membiarkan isterinya sendiri menguatkan dirinya.
Betapa bodohnya dia ketika itu.
"I am sorry sayang. I am really sorry." Tu sahaja yang mampu dikatakan oleh Aaron.
Dia memeluk isteri kuat seakan tidak mahu dilepaskan. Dia mahu isterinya merasa gembira dengan perkhawinan ini.
Teringat diari isterinya yang dibaca.
"Marriage was supposed to be two people loving each other, support each other and respect each other. But, when it's only come with one person. That' s was not marriage. But, it's was nightmare"
Kejam dia sebagai seorang suami. Dia menghalau Mylia keluar dari biliknya dan menyuruh dia tidur di bilik stor.
Dia tidak menyediakan apa yang isterinya mahukan. Dia malu, dia rasa bersalah.
Setelah tidak sudah kedengaran tangisan Mylia, Aaron melihat sedikit muka isterinya.
Tertidur isterinya akibat terlalu menangis.
"I love you, Mylia Inara." Bisik Aaron, terus mencium bibir isterinya.
**********
Selepas solat, Mylia seperti biasa ingin menyediakan sarapan.
"Sayang.. use this mug. Okay?" Kata Aaron.
Mylia hanya mengangguk. Aaron memeluknya dari belakang sewaktu dia memasak. "Can you please stop. Macam mana saya nak masak?" Kata Mylia.
"Shuuu... Masak je. Anggap je Abang takda " kata Aaron.
Selepas itu, dia mengeserkan mulutnya di leher Mylia. "Hahahahhahaha.. geli lah Abang" ketawa Mylia, tempat sensitifnya ialah di leher.
"Owh.. Mylia sensitif dekat sini ehh... " Usik Aaron terus mengulangi lagi perbuatan tersebut.
"Hahahhaa.. abang.. abang.. " terkeluar panggilan abang dan ketawa keras Mylia.
"Okay.. abang tak nak kacau dah.. dah masak" kata Aaron. Mylia pula menarik muka masamnya.
Masih lagi Aaron memeluknya dari belakang.
"Sayang..." Kata Aaron.
"Awak nak apa?" Soal Mylia, keras.
"Bila nak bagi Abang first night?" Soal Aaron.
Mylia sudah berpusing ke arahnya, Aaron sudah tersengih.
p/s : Jangan lupa dapatkan e-book Killa WDFMBW ye ... boleh taip WDFMBW (E-Book) untuk carian. Dan, sebarang pertanyaan boleh DM Killa di IG. :) Stay tuned, readers...
Share this novel