CHAP 9

Romance Completed 83854

Setelah beberapa bulan berlalu,

Mylia berjaya menamatkan pengajian. Dia gembira. Setiap hari, dia tidak putus-putus berkunjung ke kubur mak dan bapanya. Mylia menjadi gembira semula.

Dia dan Aaron seperti biasa, dua orang asing yang tinggal di rumah yang sama. Mylia juga tidak ambil peduli mengenai Aaron. Kini, sudah tiba masanya dia meminta cerai. Dia ingin bebas.
******

"Bila you nak ceraikan budak tu?" Soal Dahlia. Aaron sudah terdiam. Kerap kali dia bertanya mengenai soalan itu.

"I tak sanggup" kata Aaron. Dahlia sudah memanas.

"You kata you nak ceraikan dia . Sekarang you cakap lain. Atau you dah jatuh cinta dengan budak tu?" Soal Dahlia.

"Kalau I jatuh cinta, kenapa Dahlia. Dia lebih layak dari you. Dia isteri I. Enough already. I want break up with you" kata Aaron.

"Don't you dare do this to me Aaron. I love you" kata Dahlia merintih. "Love me? Kalau sayang I kenapa you keluar dengan orang lain Dahlia" kata Aaron.

"You jangan ingat I tak tahu Dahlia" kata Aaron lagi. Dahlia sudah menelan air liurnya. Ya, di belakang Aaron dia curang.
*******

Mylia mengemaskan begnya. Dia akan pergi jauh selepas ini. Di bilik Aaron, dia meletakkan surat dan cincin di tangannya dia lucutkan.

Grab sudah sampai di bawah. Sempat dia menghubungi kedua ibu bapa Aaron untuk meminta maaf dan meminta restu. Di lapangan terbang. Dia berdoa agar dia dipermudahkan urusan di tempat baharu.

Dia ingin menjadi orang yang baharu. Orang yang boleh berdiri sendiri. Cintanya bersama Aaron sudah dimatikan dalam hatinya. Dia berdoa semoga Aaron berjumpa dengan orang yang menyayangi dirinya seperti mana dia menyayangi Aaron.

Aaron sampai di rumah. Baru sahaja dia membuka pintu. Kelihatan kedua ibu bapanya duduk di sofa. Dia menyalam tangan kedua ibu bapanya.

"Mak dah minum ke? Pa, mungkin Mylia tidur kut. Tak perasan mak dengan pa dekat sini. Kijap. Aaron panggil dulu. Mylia mesti happy mak dengan pa sampai. Mylia... Mylia.. ni mak dengan pa sampai dah ni" laung Aaron.

Maknya sudah mengelengkan kepala dan bapanya mendekati Aaron kemudian melepaskan tamparan di muka Aaron.

Aaron menyeringai kesakitan.

"Apa ni pa?" Soal Aaron kasar.

"Apa ni pa.. Tak payah nak panggil Mylia. Dia dah pergi. Kamu sebagai suami , apa nak jadi dengan kamu. Kamu ingat Mylia tu tunggul ke?" Soal bapanya.

"Mak kecewa dengan kamu Aaron. Mak ingatkan kamu boleh jaga Mylia. Kalau lah mak tahu perangai kamu macam ni. Mak..." Mak Aaron sudah menangis.

"Mak dengan Bapa tak mahu tahu... Selesaikan masalah ini." Kata mak bapanya keluar dari rumah Aaron.

Selepas sahaja keluar. Dia masuk ke bilik Mylia. Bersih dan kosong. Dia gundah.

Dia melangkah ke biliknya untuk mengambil telefon menghubunginya dan terpandangkan sebuah surat dan cincin di atas mejanya.

To : My Husband

"Hai Abang Aaron"

Terima kasih sebab jadikan saya isteri Abang walaupun Abang terpaksa.

Saya harap Abang teruskan hidup. Dan saya juga akan teruskan hidup saya.

Tolong ceraikan saya. Saya nak tengok Abang gembira. Cincin tu ada dekat atas meja. Kirim salam dekat aunty dan uncle.

Tolong maafkan dosa saya sekiranya saya bukan menjadi isteri yang terbaik. Saya cuba tapi, mungkin saya belum boleh.

Aaron sudah terdiam. Di mana dia harus mencari Mylia.

Isterinya sebenarnya, Mylia.
*******

Mylia menjadi seorang cikgu di sekolah rendah. Suka dia dengan kerjanya di pedalaman Sabah. Tenang.

"Amboii.. melayan perasaan ke cikgu, ke rindu orang jauh?" Soal Cikgu Hisham. "Taklah. Tenang dekat sini ye cikgu" kata Mylia.

"Tulah saya suka dekat pedalaman ni Cikgu. Tenang je rasa" kata Cikgu Hisham. Mylia tersenyum. Selama hampir sebulan dia di sini. Dia senang dengan kehidupannya yang sekarang.

alah.. putus pula merpati dua sejoli kita Dahlia dan Aaron. Tulah, percaya sangat dekat Dahlia. Padan muka Aaron.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience