Hari ini mereka ada majlis sempena meraikan hari jadi Dahlia. Kejadian dahulu, Mylia lupakan sedikit. Dia ingin menjadi ceria dan tidak cepat melatah. Salahnya terlalu memaksa Aaron, walaupun dia sedikit malu, dia menggoda suaminya untuk hubungan itu.
Dalam kereta, Mylia tersenyum senang. Dia suka apabila dia dijemput. Boleh lah dia memberitahu bahawa Aaron miliknya. Tidak sabarnya apabila Aaron memperkenalkan dia ialah isterinya.
"Woii budak, dengar sini. Kau jangan cakap banyak. Biar aku yang bercakap bagi pihak kau. Faham.. Ini pun sebab Dahlia yang jemput kau. " kata Aaron. Mylia mengangguk suka. Biarlah apapun, asalkan dia senang bersama Aaron.
***
Mereka sampai di majlis hari jadi Dahlia. Mylia hanya berjalan bersama Aaron cuma mereka agak jauh.
"Hai bro.. " sapa rakan sekerja mereka. Aaron tersenyum.. "Hai.. " kata Aaron. Namun, mereka terlihat budak perempuan di belakang Aaron. Sangat comel dan cantik.
"Siapa tu?" kata seorang lelaki. Aaron sudah tersenyum, Mylia juga melemparkan senyuman tanda keramahan.
"Ini adik aku. Mylia.." kata Aaron. Senafas. Mylia terkejut. "Adik? Abang Aaron kenalkan aku sebagai adik? " gumam hati Mylia. Sedikit sedih dia, mungkin dia malu memperkenalkan Mylia sebagai isterinya.
"Owh.. Comel. Dah ngam dah ni jadi abang ipar" usik lelaki dalam kumpulan, terketawa mereka. Aaron tersenyum, setelah kumpulan lelaki berlalu pergi. Aaron memandang Mylia.
"Buka cincin kau tu, budak" arah Aaron. Mylia tersentak, "tapi kenapa Abang kenalkan Mylia sebagai.." belum sempat Mylia bercakap, dia dipotong oleh Aaron.
"Bukalah. Banyak cakap lah budak ni. Aku tak kira, kau buka cincin tu, kau simpan dalam beg. Jangan malukan aku." kata Aaron meninggalkan Mylia.
Mylia sedikit terasa hati. Dia melihat Aaron menuju ke arah Dahlia, sangat mesra dan sesekali Dahlia menyentuh tangan suaminya. Sangat romantik Aaron kepada Dahlia. Sedikit terkeluar air mata Mylia.
Mereka semua berkumpul, menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada Dahlia dengan Aaron di samping Dahlia. Mylia hanya tersenyum kelat. Cincin yang tadi, sudah Mylia tanggalkan. Ya, dia sakit hati. Sangat. Mylia mengambil keputusan untuk meninggalkan majlis ini.
Dia memesan Grab dan terus mewasap Aaron.
"Saya balik dulu. Saya penat" -Mylia.
Namun, hanyalah dibaca oleh Aaron dan tidak pernah dibalas.
Mylia menangis di dalam Grab. Sangat sakit hatinya apabila suami sendiri memperkenalkannya sebagai adik dan menyuruh mencabut cincin berkenaan.
Apabila Mylia tiba di dalam bilik. Dia terus ke arah diarinya, menulis mengamburkan tangisannya.
"Apabila hati tidak dapat dipaksa untuk mencintai seseorang, adakah aku yang perlu mengundurkan diri.." tulia Mylia.
Telefonnya berbunyi, dia mencapai an melihat ibunya menghubunginya. Mylia terus menangis tersedu-sedan.
"Mylia okay?.." soal mamanya
"Ma... I need you." kata Mylia, menangis semahunya. Tepat kata hati seorang ibu merasa anaknya tidak akan bahagia.
"Mylia datang rumah Ma ye esok. Jangan lupa minta izin suami. Okay Mylia?" soal Mamanya. Mylia menganggukkan kepalanya.
Semakin lama, semakin dia sedar.. yang cinta itu tidak boleh dipaksa.
***
"Mana isteri you?" soal Dahlia. Aaron sudah menutup mulutnya dengan telapak tangan..
"You jangan kuat sangat. I kenalkan dia sebagai adik I" kata Aaron. Dahlia sudah mengekek ketawa. "Amboi you.. dekat majlis ini lah yang you kenalkan dia sebagai isteri you" kata Dahlia, tersenyum menggoda.
"Mana boleh. You lah isteri I yang sebenarnya nanti. I love you Dahlia.." bisik Aaron. Dahlia hanya tersenyum. Dia menang hati Aaron bukannya budak gedik seperti yang Aaron katakan.
Minggu ini Killa akan update Letter For My Husband je tau. MBW minggu depan, and next week NIILWY. Okay ;)
Share this novel