Bab 36

Crime Completed 2648

"Mana Misako ni? Katanya hanya memakan masa 30 minit untuk umpan Anonymous tu?" ujar Akane.

"Aku rasa macam tak sedap hatilah," ujar Sumogi pula.

"Korang jangan fikir yang bukan-bukan. Aku lempang kang. Kalau ada sesuatu yang terjadi dekat Misako siap korang," ujar Fuyu pula sedikit tegas.

"Nak pergi markas tu tak?" tanya Akane.

"Aku pun nak, tapi kalau Anonymous tu datang sini, kita tak jadi jerat dia macam mana pula?" Tanya Sumogi.

Sememangnya mereka sedikit risau kerana Misako masih belum kunjung tiba seperti yang direncanakan. Misako gagal ke? Atau....Dia sudah mati? Fuyu menghentikan lamunannya tu. Berharap semuanya dalam keadaan okay.

"Takpa biar aku yang pergi," ujar satu suara lelaki yang datang dari arah mereka.

"Yoshi?" Tanya Akane.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Fuyu pula.

"Macam korang, aku juga risaukan Misako tu. Jadinya korang jaga je dekat sini. Biar aku yang pergi tengok keadaan dia dekat sana," terang Yoshi.

"Wah. Macam cerita Cinderella pula. Sesorang jejaka tampan yang datang untuk menyelamatkan puterinya yang tercinta!" kata Akane.

Yoshi hanya bersenyum sebelum dia berlalu pergi. Dia tau dia tidak mempunyai banyak masa untuk dibuang lagi!

"Misako, kau perlu hidup. Aku belum balas lagi jawapan pada surat kau." gumam Yoshi dalam hati.

*****

Yoshi tiba 10 minit kemudian di markas yang diperkatakan oleh Misako.

Yoshi melihat ada setompok darah yang masih segar di atas tanah tersebut. Apa yang sudah berlaku di sini sebenarnya?

Yoshi mencari di merata tempat. Di dalam markas, semak samun, namun tidak menjumpai apa-apa.

Selang 20 minit, kawan-kawan Misako pun tiba di kawasan kejadian.

"Darah siapa ni Yoshi??" tanya Akane sedikit risau.

Sumogi mula menangis teresak esak bersama Fuyu.

"Misako? Mana kau?" Fuyu mula meraung.

Yoshi kebuntuan. Darah tersebut masih segar. Maknanya mereka tidak pergi jauh!

Akane cepat-cepat menelefon polis dan memberitahu lokasi mereka. Akane, Sumogi dan Fuyu sangat resah memikirkan apa yang bakal terjadi kepada Misako jika mereka terlambat!

"Akane. Telefon polis sekarang juga! Aku akan cuba jejak darah ni," ujar Yoshi sebelum beredar pergi.

"Misako! Tolong selamat!"

*****

1 minggu telah berlalu. Namun kehilangan Misako masih menjadi misteri. Begitu juga dengan Puan Konari, ibu dan anaknya hilang pada hari yang sama!

Berita tersebut menggemparkan seluruh kawasan perumahan tersebut yang risau dengan keselamatan masing-masing!

Akane, Fuyu dan Sumogi tidak henti henti mengeluarkan air matanya sehingga kering.

Sehinggalah keluar satu berita.....

"Berita terkini!"

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience